Alhamdulillah

Saturday, 10 August 2013

Kemeriahan Syawal Fasa 1:Rumah Mertua

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua.
Hari ini baru berkesempatan untuk 'update' sedikit cerita raya kerana tahun ni 'turn' beraya rumah ibu mertua dulu ( di Besut, Terengganu) . So, raya ketiga ( Sabtu, 10 ogos 2013) baru berpeluang untuk pulang beraya di rumah ibu bapaku di Kota Bharu, Kelantan.

Cerita sambutan raya di rumah ibu  mertuaku memang meriah kerana suamiku mempunyai 11 adik beradik dan semua pulang beraya (setiap tahun pun begitu ). Nasib baik rumah mertuaku memang besar dan ada 12 bilik tidur dan cukup untuk semua hehe. Cucu pun dah 30 orang! Juadah raya memang semua sedap dan sangat lazat dan semuanya home made.
(bapa mertua dah meninggal dunia tahun 2011)

gambar kami sekeluarga pada pagi 1 Syawal

little Danish
Danial
ibu mertua bersama-sama 5 anak lelaki kesayangannya hehe
Ini pula barisan menantu perempuan yang memang 1 geng dan kamceng together hehe
Sesi bersalam-salaman



sebahagian anak2 saudara
Sempat buat ping pong tournament utk kanak2 dan dewasa, kategori single dan double
Haikal, Danial dan Danish bersama-sama sepupu mereka

me and kakak ipar
gambar sekeluarga
ini pula nak keluar beraya ke rumah kawan2 (sekampung) suamiku yang kebetulan semuanya pulang beraya ke kampung pada waktu yang sama pada raya kali ini.



Itu sahaja cerita untuk entry kali ini. Jumpa lagi next entry ye. 
Wassalam!

Klik sini untuk membaca cerita rayaku di rumah ibu bapaku.

Wednesday, 7 August 2013

'Colek' ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malam ni sempat juga pergi pekena colek ayam kat area Kubang Kerian ni sebelum esok bertolak ke rumah mentuaku di Besut.

Memang colek ayam dan colek buah ni memang famous di area Kota Bharu, Kelantan especially bila bulan Ramadhan. Biasanya selepas solat tarawikh, ramai yang akan singgah untuk menikmati keenakkan colek ayam dan colek/rojak buah  yang sedap ini .

colek ayam ni macam rojak la...macam2 ada...as your request! Pencicahnya memang special. Bahan utamanya of course la mesti ada ayam hehe





KOTA BARU - Come Ramadan, after terawih prayers, locals here indulge in their favourite snack called colek ayam and colek buah.
Colek ayam is a dish of mixed seafood like prawns or squid, chicken, potatoes, dried beef and others dipped in flour and deep-fried.
The dish is then eaten with a specially-made sauce to complete the course.
- See more at: http://news.asiaone.com/News/Latest+News/SoShiok/Story/A1Story20110809-293504.html#sthash.HT7N4K8F.dpuf
p/s :ni nak kongsi juga gambar perkahwinan kami 10 tahun  lalu (tahun 2003) hehe (tak berkait langsung dengan tajuk entry). Muka memang kelakar sebab saya rasa x boleh nak senyum sebab masa kahwin tu first time make-up dan pakai gincu.Rasa ketat je muka hahaha. Maaf coz kualiti gambar kurang jelas kerana gambar ni diambil atas gambar yang terdapat dalam frame gambar (hehe boleh faham tak?? Berbelit-belit ayat.)





KOTA BARU - Come Ramadan, after terawih prayers, locals here indulge in their favourite snack called colek ayam and colek buah.
Colek ayam is a dish of mixed seafood like prawns or squid, chicken, potatoes, dried beef and others dipped in flour and deep-fried.
The dish is then eaten with a specially-made sauce to complete the course.
- See more at: http://news.asiaone.com/News/Latest+News/SoShiok/Story/A1Story20110809-293504.html#sthash.HT7N4K8F.dpuf
Sekian , wassalam! 
(sebenarnya nak lepas gian menulis sebelum balik ke rumah mentua hehe. Kat sana dah takde peluang blogging hihi)
KOTA BARU - Come Ramadan, after terawih prayers, locals here indulge in their favourite snack called colek ayam and colek buah.
Colek ayam is a dish of mixed seafood like prawns or squid, chicken, potatoes, dried beef and others dipped in flour and deep-fried.
The dish is then eaten with a specially-made sauce to complete the course.
- See more at: http://news.asiaone.com/News/Latest+News/SoShiok/Story/A1Story20110809-293504.html#sthash.HT7N4K8F.dpuf
KOTA BARU - Come Ramadan, after terawih prayers, locals here indulge in their favourite snack called colek ayam and colek buah.
Colek ayam is a dish of mixed seafood like prawns or squid, chicken, potatoes, dried beef and others dipped in flour and deep-fried.
The dish is then eaten with a specially-made sauce to complete the course.
- See more at: http://news.asiaone.com/News/Latest+News/SoShiok/Story/A1Story20110809-293504.html#sthash.HT7N4K8F.dpuf

Tuesday, 6 August 2013

Potong urat paha/betis untuk pembedahan jantung

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Petang ni berkesempatan melawat bapa saudara tersayang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Bapa saudaraku ini baru-baru ini telah menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi masa tu saya tak sempat melawat . Kebetulan balik cuti raya ni, baru plan nak pergi menziarahinya.
Alhamdulillah, pembedahan pintasan jantung berjaya tetapi bapa saudaraku terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana komplikasi pada luka pembelahan pada betis dan peha  untuk mendapatkan urat bagi pembedahan pintasan jantung. Ini kerana bapa saudaraku penghidap penyakit kencing manis. Itu yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh

sedikit info tentang teknik memotong urat paha/betis untuk pembedahan pintasan jantung:

"Pembedahan pintasan jantung dilakukan untuk pesakit-pesakit yang diserang sakit kerana urat menyalurkan darah ke jantung tersumbat. Apabila urat yang menyalurkan bekalan darah ke jantung (urat koronari) tersumbat akibat plak (timbunan lemak, kolesterol dan bahan lain) pengaliran darah akan tersekat. Ini akan memperlahankan atau menghentikan pengaliran darah melaluinya ke jantung hingga membawa kepada sakit pada dada dan serangan jantung. 

Apa yang dilakukan oleh pakar bedah adalah mengeluarkan seutas urat dari peha/kaki lalu menggunakannya sebagai saluran baru untuk memintas urat koronari yang tersumbat itu. Dengan ini urat dari kaki/paha dijahit melintasi urat yang tersumbat itu. 

Proses memotong urat dari kaki/paha atau usaha mengeluarkan urat itu memerlukan bahagian belakang kaki dibelah agak panjang bagi mendapatkan urat berkenaan. Ini biasanya meninggalkan parut dari celah kelangkang sehingga ke buku lali. Anda bukan saja terpaksa melupakan impian untuk menyertai pertandingan ratu cantik tetapi proses mengeluarkannya amat sakit sekali. Pemulihan juga mengambil masa yang lama sebelum pesakit boleh berjalan semula."
gambar ihsan google~cara mengeluarkan urat kaki untuk digunakan dalam pembedahan pintasan jantung
Sakitnya! Kesian ayah Din . Tapi ayah Din memang seorang insan yang sangat sabar dan baik. Moga Allah melindunginya. Ayah Din ku ini seorang guru matematik dan sekarang telah pencen.

ceria walaupun sakit dan masih berkeras untuk berpuasa


Kami semua mendoakan kesihatan ayah Din.

Sekian, wassalam!

Tudung bawal sulam ayak (sulam tangan) with swarovski crystal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah balik kampung tercinta, tak sah kalau tak pergi cari tudung bawal hehe (tu khas untuk peminat tegar dan pengguna setia tudung bawal macam saya nih...walau pelbagai fesyen tudung dan shawl di pasaran, bawal tetap di hati...chewwah!).

Pagi ni memang niat nak pergi cari tudung raya. Tapi nak pergi Pasar Siti Khadijah di tengah bandar Kota Bharu (KB) memang tak berani time gini. For sure memang jem teruk dan orang padat gila. So...ubah plan, saya ajak husband teman ke butik Hajra je . Butik ni terletak di Wakaf Che Yeh.. takde lah kena masuk town KB. Dalam hati sedih juga sebab memang dok niat nak beli tudung bawal.

jalanraya memang sesak


Cari tudung Syria kat Hajra, takde yang match pula dengan warna baju raya saya. Kalau ada yang berkenan pula, takde pulak saiz yang dikehendaki atau fabrik pula tak berkenan. Hmmmm macam2 hehe. Rasa memang dah nak balik bila tetiba terpandang ada tudung bawal sulam ayak with swarovski!! Hurray! Belek-belek tengok ada warna yang berpadanan. Saya terus 'grab' 2 helai walaupun banyak sangat warna dan pattern yang berkenan. Tak mampu eden nak beli banyak-banyak hehe. Buat2 tak nampak je harganya time bayar tuh hehe ( ada jugak pesen ni ish ish ish). 
Jangan ditiru perangai saya ni ya.


warna hijau yang cantik...dalam picture ni colour slightly different




Harga?? (RM170 sehelai) Biarlah rahsia huhu.
Ok, itu sahaja...jumpa lagi next entry. Sekian, wassalam.



p/s : petang ni nak gi melawat bapa saudaraku di hospital (HUSM Kubang Kerian).

Kampung tercinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ceritanya, saya dah selamat pulang ke kampung halaman tercinta hehehe. Sempat la berpuasa sehari dirumah ibu bapaku dan sehari di rumah mentuaku. Tahun ni 'turn' beraya di rumah mentua dulu...so hari raya ke-3 baru balik semula ke rumah ibu bapaku (dalam hati memang huhuhuhu aci tak? hehe).

Dah selamat sampai kampung .. tengok kuih - muih yang di tempah dah bersusun ( saya memang setiap tahun mesti tempah beberapa jenis kuih kegemaran sejak kecil dengan orang yang sama hehe~setiakan!) dan duit raya yang minta tolong abah tukarkan pun dah dapat. So, bolehlah mula mengisi duit raya ke dalam sampul raya ni. (Best je bau duit barukan).
 Menu raya yang dirancang sepanjang beraya di kampungku dan mentua juga...menarik dan semua ada gitu! Alhamdulillah!

Rasa sangat gembira dan tenang dapat menatap wajah ibu bapa dan famili tersayang. Alhamdulillah!

Buat semua di luar sana, have a safe journey back home ya!

gambar ihsan mr google
gambar ihsan mr google

Sekian, wassalam!

Monday, 5 August 2013

Mood balik kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari-hari terakhir Ramadhan...nampaknya sudah ramai teman2 yang telah selamat pulang ke kampung  halaman dan sibuk dengan persiapan terakhir sebelum Syawal menjelma. Jangan terlupa juga melakukan ibadah di malam2 terakhir ni...
Saya  juga telah selesai 'packing' barang2 untuk pulang ke kampung. Rasa sangat tak sabar nak jumpa keluarga tersayang dan berbuka puasa bersama2. Ma & abah....tunggu kami hehe. 
Semoga perjalanan kita menuju destinasi masing2  dilindungi Allah dan kita semua selamat tiba ke destinasi masing2...in sha Allah!

Nak selitkan juga disini...hari tu selepas dibenarkan keluar dari wad...sampai je rumah terus pulun buat muffin hehe. Kuat semangat (walaupun tangan bekas inject tu masih sakit dan badan masih lemah) sebab muffin2 tu nak bawa pulang ke kampung.

muffin blueberry
muffin coklat
muffin strawberry
Namun tak sempat buat cheese cake, red velvet cupcakes dan biskut semperit dahlia. Bahan2 dah ada,,,in sha allah....
Ok, sampai sini sahaja buat kali ini. Wassalam!





p/s: di bulan Ramadhan yang mulia inipun masih ramai yang melakukan  kejahatan. Baru2 ni (hari Nuzul Quran~Jumaat),  seorang cikgu di sekolahku (teman sejawat), telah disamun di dalam kawasan sekolah kami. Temanku baru balik dari bank dan baru mengeluarkan sejumlah wang yang besar (5 angka) dan dia kembali ke sekolah semula untuk menunggu anaknya selesai solat jumaat di masjid berhampiran sekolah kami. Penyamun tu mungkin sudah mengekori kereta kawanku itu dari bank lagi. Dan yang melakukan jenayah itu adalah orang melayu (tengok dalam cctv).

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini juga seorang lagi cikgu di sekolahku telah kehilangan kereta. Keretanya di curi di hadapan pagar rumahnya sendiri.

Takziah diucapkan kepada teman2  sejawat yang telah diuji dengan dugaan yang besar di bulan puasa ini. Bersabar dan ingatlah ...setiap yang berlaku itu adalah dalam pengetahuan-Nya dan tentu ada hikmah disebaliknya.

Saturday, 3 August 2013

Food poisoning dan hari2 terakhir Ramadhan di hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama juga tak sempat nak update blog dan BW blog teman2. Walaupun banyak kisah nak dikongsikan , terpaksa beri laluan kepada kisah yang lebih besar dan tak dijangka hehe. Itulah lumrah kehidupan sebagai hamba-Nya..mesti redha untuk diuji dengan sebarang bentuk ujian (kecil & besar). Alhamdulillah, dah melepasi tempoh ujian tersebut.

Alkisahnya, pada pagi 2 Ogos (Jumaat, pukul 4 pagi), saya telah dibawa ke hospital (APSH) oleh suami dan anak2 kerana mengalami sakit perut yang amat berserta dengan muntah2 dan cirit-birit. Setelah diperiksa oleh doktor, doktor menyatakan aku terkena food poisoning. Memang pada petang hari sebelumnya, aku ada makan lala untuk berbuka puasa. Lauk lala itu memang aku beli di restoran berhampiran rumahku. Nasib baik suami dan anak2 tidak makan lala tu sama. Kot tak, memang satu rumah kena food poisoning. Lagi haru...nak dekat2 raya ni...tak best aa raya kat hospital....nak balik kampung.
Melihatkan keadaanku yang agak teruk, aku ditahan di hospital dan  diberi injection tahan sakit. Sekali inject, masih x jadi. Aku diberi injection kedua yang dosnya lebih tinggi dan akan mengakibatkan mengantuk. Barulah rasa sakit perutku berkurang. Namun muntah dan cirit birit masih berterusan. So, kena la masuk air garam guna drip tu huhu (5 botol tu!)

Sedihnya  tengok muka anak2ku bila aku terjaga dari tidur akibat kesan ubat tahan sakit tu Ketiga-tiganya setia berdiri di tepi katil ku sambil menangis dan memanggil .."mama...mama...bangunlah...". Slow je aku dengar.. Takpe...mama bukan nak mati lagi ni (ye ke?huhu). Aku bisik dalam hati je. Sayang juga depa kat mama depa ni hehe. Kesian suami dan anakku tak sempat bersahur kerana menemaniku.




Haikal & Danial tidur di hospital malam tu kerana menemaniku.Little Danish pun taknak balik, tetapi suamiku pujuk bawa balik juga kerana risau takut dia terjaga malam dan nak susu...susu tak bawa pulak ke hospital.
Alhamdulillah, setelah menerima rawatan sewajarnya, aku dibenarkan keluar pada hari sabtu, pukul 2.00ptg. 2 hari dan 1 malam aku berada di hospital. Syukur sangat! Ingat dah tak boleh nak balik beraya kat kampung dah. Tapi walaupun dah dibenarkan keluar, tekakku jadi sakit akibat banyak muntah hingga suara jadi rock haha. Tangan tempat cucuk drip pun sakit dan agak bengkak huhu. Berat badan pun turun 4 kg (tapi for sure raya ni naik balik haha).

Sekian, wassalam!


p/s: ingin minta maaf zahir dan batin kepada semua teman, sanak saudara, murid2ku dan semua yang mengenali. Selamat menyambut kedatangan Syawal. Sedih untuk berpisah dengan Ramadhan yang mulia ini. Pandulah dengan cermat untuk pulang berhari-raya!