Alhamdulillah

Monday, 6 October 2014

Mabohai Resort, Pantai Klebang, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih lagi sambungan tentang cerita cuti sekolah. Balik dari JB kami sempat singgah Melaka untuk satu malam (18-19/9/2014). Boleh klik disini untuk baca tentang KSL Hotel, JB dan De Hotel, Ipoh.

Sempat merasa makan Rojak Jawa kat Ayer Hitam on the way dari JB ke Melaka

Disebabkan percutian ke Melaka tidak dirancang awal, kami mengalami kesukaran untuk mendapat bilik hotel. Kebanyakan hotel yang kami inginkan semuanya penuh pada tarikh yang dikehendaki. Jadi kami hanya terjah sahaja area Pantai Klebang tu (memang mencari hotel area situ). Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga satu resort baru. Resort kecil sahaja dan masih ada satu blok lagi masih dalam pembinaan.

Mabohai Resort



Rate bilik untuk satu malam ialah RM140 (Seaview). Bilik kecil dan mempunyai 1 katil double dan 1 katil single. Harga amat berpatutankan.!
Ada juga 'swimming pool kecil' disediakan. Parking kereta depan bilik masing-masing.








Coconut shake Klebang yang sedap!

Coconut shake Klebang yang sedap!
Malamnya kami sempat mencari dobi layan diri untuk mencuci pakaian kotor sebelum pulang ke KL. Balik KL nanti takdelah penat sangat kan. Maklumlah dah berhari-hari travel.

Bubblelab Laundry Arcade, Taman Anika, Melaka

Besar juga dobi layan diri ni. Siap ada playground untuk kanak-kanak dan kerusi urut.

Esoknya sebelum pulang ke Kl sempat cuci mata tengok kebaya nyonya yang cantik dan sangat meriah warna dan coraknya.





Sekian dulu buat kali ini. Till we meet again. Wassalam!











Friday, 3 October 2014

KSL Hotel & Resort, JB

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada umat Islam. 

gambar ihsan google

Entry kali ini nak berkongsi cerita tentang  KSL Hotel & Resort di Johor Bahru. Kami sekeluarga telah menginap selama 3 hari 2 malam di hotel bertaraf 5 bintang ini pada 16-18 september 2014 lalu. Memang hotel ni sangat menarik dan of course tarikan utama hotel ini ialah 'Dinosaurs Alive Water Theme Park' yang memang membuatkan kanak2 teruja dengan kehadiran 5 ekor dinosaur yang besar dan boleh menggerakkan ekor dan kepala. 
Menu sarapan pagi juga sangat banyak pilihan dan sedap-sedap! Haishh masih teringat lagi nasi lemaknya yang sedap...nyum nyum nyum.

KSL Hotel & Resort
32, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
07-288 2666
gambar ihsan google

Hotel ini terletak di dalam bangunan yang sama dengan KSL City Shopping Mall.

Bilik superior dengan katil bersaiz king , bilik yang luas serta lengkap dengan segala kemudahan dan bilik air juga dilengkapi dengan bath tub

Ada kaunter jual tiket ke Legoland di lobby hotel ini. Legoland hanya 20 minit dari sini.
Rate untuk bilik Superior katil king ialah :
RM238 per nite (gov rate)
RM278 per nite (corporate rate)














Tak sah bila melancong kalau tak merasa makanan 'glamer' penduduk setempat. Oleh itu kami  sempat merasa salah satu makanan istimewa orang Johor iaitu Kacang pool di sebuah kedai makan di medan selera bersebelahan Balai Bomba Larkin.

Memang sedap sangat!

Makanan ini kalau ikut sejarahnya berasal dari Negara Arab
Sempat juga ajak encik suami teman cuci mata di Johor Premium Outlet (JPO).




To be continued! Wassalam!

Thursday, 2 October 2014

De Hotel Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini nak berkongsi cerita dan gambar kami sekeluarga jalan-jalan cari makan ke Ipoh, Perak pada 30-31 Ogos 2014 yang lalu. (Sambut Hari Kemerdekaan di Ipoh gitu)

Kali ni kami bermalam di De Hotel. Hotel taraf 1 bintang tapi dekorasi dalaman hotel ala-ala hotel 5 bintang! Ambil 3 bilik deluxe . Setiap bilik ada satu katil bersaiz double yang besar. 'Rate'nya RM150 per room per nite. 
*Tiada breakfast disediakan.

Hadapan hotel. Hotel ni berkongsi bangunan dengan Courts



Dekor bilik yang cantik, selesa serta bilik air yang seksi hehe
^
^
^
Makan malam di Medan Selera SSI Corner.

* Jangan lepaskan peluang untuk rasa Nasi Vanggey juga jika berkunjung ke Ipoh. Memang Sedap!



Nasi goreng udang yang sedap! RM15 sepinggan
^
^
^
^
^
Sempat juga menaiki bot bersantai di Taman Rekreasi Gunung Lang.








Dan tak lupa juga melawat  Kellie's Castle.




Kami juga singgah Menara Condong, Teluk Intan.




On the way balik semula ke KL, sempat singgah membasahkan tekak dengan Cendol Bakar yang sedap di Kuala Selangor. Lempeng pisang pun sedap! Siap ada 'drive - thru' lagi.

Gambar Ihsan google
Cendol Pulut tapai


Tokbah dan tokma bergambar dengan 4 orang cucu kesayangan!
Sekian coretan untuk kali ini.Jumpa lagi nanti..tata!