Alhamdulillah

Thursday, 2 October 2014

De Hotel Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini nak berkongsi cerita dan gambar kami sekeluarga jalan-jalan cari makan ke Ipoh, Perak pada 30-31 Ogos 2014 yang lalu. (Sambut Hari Kemerdekaan di Ipoh gitu)

Kali ni kami bermalam di De Hotel. Hotel taraf 1 bintang tapi dekorasi dalaman hotel ala-ala hotel 5 bintang! Ambil 3 bilik deluxe . Setiap bilik ada satu katil bersaiz double yang besar. 'Rate'nya RM150 per room per nite. 
*Tiada breakfast disediakan.

Hadapan hotel. Hotel ni berkongsi bangunan dengan Courts



Dekor bilik yang cantik, selesa serta bilik air yang seksi hehe
^
^
^
Makan malam di Medan Selera SSI Corner.

* Jangan lepaskan peluang untuk rasa Nasi Vanggey juga jika berkunjung ke Ipoh. Memang Sedap!



Nasi goreng udang yang sedap! RM15 sepinggan
^
^
^
^
^
Sempat juga menaiki bot bersantai di Taman Rekreasi Gunung Lang.








Dan tak lupa juga melawat  Kellie's Castle.




Kami juga singgah Menara Condong, Teluk Intan.




On the way balik semula ke KL, sempat singgah membasahkan tekak dengan Cendol Bakar yang sedap di Kuala Selangor. Lempeng pisang pun sedap! Siap ada 'drive - thru' lagi.

Gambar Ihsan google
Cendol Pulut tapai


Tokbah dan tokma bergambar dengan 4 orang cucu kesayangan!
Sekian coretan untuk kali ini.Jumpa lagi nanti..tata!

2 comments:

Puan Kutu said...

ipoh mmg terkenal dengan makan2 yg super duper sedap

Unknown said...

alahai..ntah bila la nak merasa g jejalan mkn angin n dok hotel sebegitu!!!huhu..