Alhamdulillah

Friday, 16 August 2013

Segmen:Follow & bloghopping Bubblynotes.Com #2

Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

lagi-lagi makan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini (Jumaat) dapat  jemputan makan2 (lunch) kat rumah seorang teman. Menunya memang menarik , sedap2 dan kena dengan seleraku. Ada mee kari, nasi himpit dan rendang, soto dan spaghetti goreng (x sempat  nak ambil gambar hidangan tadi hehe). Terima kasih Kak Riza dan Nadia.!

spaghetti goreng~gambar ihsan google
mee kari~gambar ihsan google

ambil gambar dengan tuan rumah selepas acara makan2 hehe




Sekian, wassalam! 
Jumpa lagi next entry!

Arnab

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum balik KL hari tu, sempat singgah 'open house' kat rumah kakak ipar kat dalam kawasan MRSM Kota Putra, Besut.

Kakak iparku ada bela arnab, memang suka sangat la anak-anakku dapat main dengan arnab.

Little Danish
Danial
Danish dan sepupu (abang Syakir)

Ini pula bila sempat selongkar barang2 lamaku kat kampung . Terjumpa balik antara koleksi kamera kesayangan yang masih disimpan hehe (camera yang merah dan maroon tu dah rosak). Warna-warni gitu!


Sekian, wassalam!

Thursday, 15 August 2013

Baru sampai KL dah merindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memang rasa kejap sangat masa berlalu...now dah tiba masanya untuk kembali pulang ke rumah masing2 dan start semula rutin harian huhu. Memang hati masih merindu ...rindu pada semuanya..rindu pada ma dan abah, adik dan ina, kampung halaman dan everything yang kita suka di kampung termasuklah makanan yang best2 dan kucingku hihi.

antara yang dirindui...Bunga Cempaka Telur
yang harum baunya di halaman rumah ma dan abahku
antara breakfast yang dirindui...nasi berlauk ayam goreng. Perghh, sedap! Kat KL susah nak dapat ni...balik2 nasi lemak dan roti canai huhu.

My husband dah start bekerja today. Biasalah bila baru balik travel memang banyak kerja nak kena buat kat rumah ni sampai naik pening nak unpack semula bagasi ( barang bawa balik ke kampung dan dari kampung memang ya rabbi...banyak gilerrr) , basuh kain baju kotor dan lain-lain.

Kami balik ke KL dari Besut, Terengganu, so on the way tu sempat singgah makan keropok lekor dan ikan/sotong celup tepung kat tepi pantai area Penarik tu.

Nyum...nyum....
sotong celup tepung
gelagat anak2 dalam kereta otw balik KL

Balik KL baru nak susun biskut raya dalam balang hehe. Kat kampung memang tak sentuh langsung biskut raya kerana banyak lagi juadah lain yang lebih heavy dan menarik. Biasalah...biskut raya ni start laku bila raya dah nak habis.

Ini senarai biskut wajib ada di rumahku:

Tart Permata...ni memang biskut kegemaran dan wajib ada setiap tahun
Biskut Sarang Semut
Tart nenas
Almond London
Kek lapis Sarawak

* Tahun ni tiada biskut Mama Carie dan semperit dahlia kegemaranku.



Ini pula senarai biskut tambahan tahun ini yang aku beli dari kawan2:

Chocolate Cookies
Half chocolate
Biskut tart strawberry
Biskut tart blueberry
Apa-apapun yang ni juga paling tak muak dimakan dan sedap dikunyah2 sambil menonton TV hehe:

Popiah simpul

Sekian, wassalam!
Jumpa lagi next entry ye

Monday, 12 August 2013

Kemeriahan Syawal Fasa 2:Rumah ibu bapaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedar tak sedar sudah 5 hari kita berada di bulan Syawal. Kemeriahan masih terasa dengan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara di kampungku. Maklumlah raya setahun sekali, so peluang yang ada memang digunakan untuk berjumpa sanak saudara, jiran dan teman-teman. 

bergambar bersama-sama ma abah tersayang!

me and adik bersama-sama ma tersayang (saya 2 beradik je)
beraya di rumah ibu dan bapa saudaraku



tok bah dan cucu2nya yg amat kamceng hehehe (almaklumlah ...cucu tokbah n tokma baru 3 org ni)
Tahun ni juga sempat beraya dengan bapa saudaraku yang telah sekian lama menetap di New Zealand
me and one of my cousin, Tuan Amna Sofea







me and my heroes in pink attire hehehe


makan...makan...makan...



klik sini untuk membaca cerita raya ku di rumah mertua.

Sekian..itu sahaja untuk kali ini.
Wassalam!