Alhamdulillah

Tuesday, 17 September 2013

Football Vacation Program

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat kembali bekerja!

Petang tadi,sebaik sahaja Haikal menaiki kereta (balik dari sekolah), terus dia dengan muka dan nada suara  sangat ceria, gembira serta teruja bercerita tentang dia berminat nak join Football Vacation Program di Bangkok pada bulan December 2013 (dahla bulan December tu dah daftar untuk bersunat Haikal dan Danial) nanti. Aku yang sedang memandu kereta waktu itu hanya mendengar setiap butir bicaranya. Katanya registration fee hanya RM100!. Oh, menarik juga tu! Tambahan pula bila tengok Haikal sangat berminat. Haikal memang minat bola. Tapi dia baru berumur 9 tahun, wajarkah dilepaskan seorang diri ke luar negara? Hati ibu berbelah bahagi. Betul ke RM100 je?

Sampai kat traffic light (lampu merah) , Haikal menghulurkan sekeping flyer kecik kepadaku. Emmmm...memang registration fee rm100 je (Haikal tak tipu hehe)...tapi kos keseluruhan ialah RM1500! 
"Mama tak berani buat keputusan...ni kena tanya pendapat (dan pendapatan hehe ) papa", ujarku!

Dan muka Haikal terus muram dan sugul. Maybe dia dah dapat agak apa keputusannya. Kesiannya anakku!




Pada malamnya,  Haikal masuk tidur dengan linangan air mata. Aku duduk di sisinya.

Mama: " Haikal kan anak yang baik. Taknak sedih2. Kan mama sentiasa cakap kat Haikal ,  tak semua benda yang kita nak , kita akan dapat. Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kita tak boleh marah pada Allah walaupun kita telah bersungguh2 berdoa memohon nak sesuatu. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita."

Haikal hanya mengangguk. Ada sedikit garis redha pada wajahnya dan dia berhenti menangis. Sebentar kemudian dia terus terlena dengan tenang.  Haikal memang anak yang bijak dan soleh. In shaa Allah. Danial dan Danish juga. Itu memang doa mama setiap masa!


^
^
^
^
^
^
^
^
^


 ini assistant baru di bilik guru sekolahku haha.

Sekian, wassalam!

Sunday, 15 September 2013

Tekad baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu untuk rakan2 semua. Mesti masing2 sedang sibuk mengisi masa terluang yang ada bersama2 famili tersayang. Alhamdulillah!

Hari ini selepas sarapan, sekali lagi kami menuju ke Sungai Besi untuk berjumpa dengan MIL. Kebetulan ramai pula adik-beradik suami yang dapat berkumpul pada hari ini so kami  'lunch' sesama di Restoran Haji Hassan Ayam Kampung, Bandar Baru Bangi (kebetulan adik ipar bawa MIL ke Pusat Perubatan Homeopathy Bangi).

menu utama
menunggu menu lain hehe
Selesai makan, sempat pula saya tersinggah Butik Saraya Zahret dan siap terbeli lagi hehe. Jangan mare!


Danish muka penat dan berpeluh2 berlari sana sini



Ini pula sedikit perkongsian untuk kita semua:

gambar ihsan Google

gambar ihsan Google

gambar ihsan Google


gambar ihsan Google


Sekian, wassalam!

Friday, 13 September 2013

Integriti

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semua berada di bawah payung rahmat Ilahi. Salam Jumaat untuk semua! 
Lama tak 'update' blog n BW blog kawan2. Maaf sangat!

Pada hari Selasa, 10 September 2013, saya dan 4 orang lagi teman sejawat telah mengikuti Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP). Seminar itu berlangsung untuk tempoh 3 jam dan diwajibkan untuk semua pendidik.





Ini pula gambar kenangan bersama sepupuku yang datang bertandang ke rumah.
Yang duduk kat tengah tu adalah ibuku tercinta.

^
^
^
^
^
^
Ini pula sedikit renungan di petang Jumaat yang mulia ini.

gambar ihsan google

Hampir semua pasangan yang berkahwin(kerana Allah) ,mengharapkan kasih sayang dan kebahagiaan berpanjangan hingga ke akhir usia. Tak gitu??

gambar ihsan google


gambar ihsan google

Sekian dulu buat kali ini, wassalam!

Saturday, 7 September 2013

Cerpen

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rindunya nak menulis di blog kesayanganku ini...rindu juga pada semua teman di luar sana. Maaf kerana sekian lama menyepi dan terima kasih kepada teman2 yang sudi bertanya khabar mengapa sunyi tanpa 'entry' hehe.

 Banyak cerita telah terkumpul kerana tak sempat nak tulis setiap hari dalam minggu lepas...TAPI ...bila dah ada masa nak menulis ni , hilang melayang pula idea2 tu huhuhu.



Mungkin saya hanya mula cerita tentang hari jumaat lepas (6hb september), hari terakhir bulan Syawal. Kantin sekolahku telah mengadakan jamuan raya untuk semua guru. Alhamdulillah, makan free para guru hari tu!

Jamuan raya Kantin Sekolah~ gambar ihsan Cikgu Azie

Tapi yang tak bestnya, balik sekolah hari tu...perutku meragam lagi, siap cirit-birit dan muntah2. Sakit perut tahap nak tercabut pinggang huhu. Bila call my hubby kat opis, terus dia bergegas balik rumah dan bawaku  berjumpa doktor. Doktor mengesahkan aku kena' food poisoning' dan 'maybe allergic to seafood'. Kena 'inject' ubat tahan sakit lagi huhu. Tapi aku tidak menyalahkan pihak kantin or sesapa. Lagipun seafood tu bukan makan di kantin sekolahku. And then, cikgu2 lain okje...memang ini masalah perutku sendiri sejak dua menjak ni. Anyway, next week nak buat appointment dengan doktor pakar gastrointestinal (GI) sebab lately memang perut asyik sakit (food poisoning and gastrik). Padahal sebelum ini tak pernah alami masalah begini. Ujian kecil dari Allah .

Kali ni kena inject dekat tangan pulak huhu
Ada 5 jenis bekalan ubat untuk diambil dalam masa 3 hari plus nasihat doktor buat masa ni try to avoid seafood dari kingdom Moluska seperti kerang, lala dan lain-lain. Sigh!!


Hari Sabtu, 7 september pula, pepagi lagi, me and kids follow hubby ke pejabat jap kerana dia ada kerja nak dibereskan. Pastu, kami breakfast di The Mines sebelum singgah rumah kakak ipar di Sungai Besi untuk berjumpa MIL yang datang ke KL.









flip cover case baru untuk Samsung Galaxy Note ku hehe
Balik ke rumah semula (selepas jumpa MIL) tu dah petang. Barulah sempat nak buat kerja-kerja rumah dan lipat kain baju yang dah sebakul besar . Sempat juga buat puding caramel hehe. First attempt. Senang sangat caranya. Cuma sebelum ni tak pernah buat sendiri, asyik beli je haha.

Tadaa...!


Itu sahaja buat kali ini. Sedikit selingan sebelum undur diri:

hehe jangan marah ye!

Sekian, wassalam!

Sunday, 1 September 2013

Penat makan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga teman2 semua berada dalam keadaan tenang dan sihat serta ceria sentiasa. Nampaknya, 'weekend' ni mungkin ' weekend' terakhir untuk acara memenuhi jemputan makan2 'open house' dan kenduri kendara. Maklumlah, bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami sekeluarga ke rumah terbuka/kenduri mereka. Kami juga memohon jutaan maaf kepada teman2 yang kami tak dapat hadir memenuhi undangan mereka atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Maaf sangat tau! Jangan serik jemput kami lagi tau hehe.

Hari sabtu, kami sekeluarga sempat hadir ke 2 'open house'. Satu di Cheras (kawan suami) dan satu lagi di Bandar Baru Bangi (teman baikku sejak sekolah menengah). Pada hari yang sama, kami tak sempat memenuhi 3 lagi undangan 'open- house' kerana masa jemputan yang sama (1-4 ptg) dan lokasi berbeza. Almaklumlah di KL ni, keadaan trafik memang sana sini jem huhu. Maaf ye Kak Ros, Kak Sariza dan Kak Wan!

open house di Cheras
open house di Cheras
open house di Cheras

Sempat pulak kami singgah kat Cheras Leisure Mall  tu hehe.




Pesta Tanglung

Ini pula gambarku dengan teman baikku, Anizan (Bangi)
p/s: sedap sangat nasi dagang yang Che masak tu plus kuzi roti jala Jea pun memang best gileerrr! Kira berjaya la tu untuk 'first attempt ' hehe.


Ahad (1 september 2013)

Sempat menghadiri kenduri kahwin bekas anak muridku, Nadjmi dan pasangannya.
Semoga berbahagia hingga akhir hayat dan diberkati selalu. Amin!
Pasangan pengantin  muda :sama cantik, sama padan!

ole-ole (ada muffin coklat dalam cute box ni)
" Tak dapat bayangkan perasaanku nanti sebagai ibu apabila nak melepaskan anak2 teruna kesayanganku (Haikal, Danial & Danish) apabila tiba masanya mereka akan berumahtangga huhu. Moga ketiga2  puteraku menjadi insan yang soleh dan dipertemukan jodoh dengan wanita yang solehah. Amin!"

Selepas kenduri, kami menuju ke 'open- house' teman sekerjaku (Shila) pula di AU2. Nasib baik area dekat2 sini je hehe.


Sekian coretan hujung minggu ku. Jumpa lagi next entry.
 Wassalam.

Friday, 30 August 2013

Open house & daging dendeng arab

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam hari jumaat; penghulu segala hari. Moga teman semua berada dalam keadaan aman sejahtera.

gambar ihsan google

Alhamdulillah, hari ini ada satu lagi jemputan rumah terbuka dari teman sekerja. Rezeki hari Jumaat..! So, selepas tamat waktu persekolahan, kami beramai2 konvoi menuju ke destinasi. Dekat je hehe.

Pelbagai juadah yang lazat disajikan antaranya nasi with daging dendeng Arab (yang sangat sedap!), nasi himpit kuah kacang, makaroni bakar, spaghetti, ayam bakar, daging kambing pun ada dll. Alhamdulillah. Terima kasih Kak Hazlila! Moga lebih murah rezeki dan hidup lebih diberkati. In sha Allah!



makaroni bakar



meriahnya raya!
Tuan rumah ( Kak Hazlila) yang bertudung biru
cantik hiasan atas meja ni!

Ok Kak La, terima kasih banyak2. Lain kali ajak lagi tau hehe. Tata! Wassalam!

"Gendang gendut, tali kecapi,
kenyang perut, suka hati"


Sebelum terlupa, nak wish juga:

gambar ihsan google
gambar ihsan google


Jumpa lagi next entry.