Alhamdulillah

Sunday, 30 June 2013

Eyelid training glasses

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak kongsi satu lagi iklan yang agak lucu bagiku. Baru dapat email untuk produk ini. Produk ini sesuai untuk yang bermata sepet dan nak dapatkan double eyelid tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan kosmetik.

Eyelid training glasses RM55 ( less 67%)
9124904812_ddc29a5414_o.jpg
gambar ihsan google

Apa pendapat teman-teman semua. Haishhh...dunia hari ini memang macam2 ada. Manusia patut bersyukur dengan setiap anugerah yang Allah berikan. Tak boleh sewenang-wenangnya ubah kejadian Tuhan kecuali jika faktor kesihatan .Sekian, Wassalam.

Flea Market, Amcorp Mall, PJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak sembang sedikit tentang Flea Market, Amcorp Mall. Kebetulan tadi kami ke Book Xcess, Amcorp Mall. So setiap kali weekend , memang ada Flea Market kat sini. Macam2 barang ada di jual dengan harga yang murah dan berpatutan.


"It is the first Flea Market in Malaysia and still is the best with items from antiques, records, collectables, homemade food, old and new toys, pictures and photographs, stamps, old weapons as well as various other interesting items can be found at the Flea Market. This flea market is a treasure trove for antique bargain hunters. Amcorp Mall hosts the Best Flea Market in Malaysia. Dozens of participants set up tables all over the mall from the Lower Ground floor up. The set ups normally take place on Sundays from 9 am to 6 pm. "

gambar ihsan google
gambar ihsan google
gambar ihsan google
Cantik sangat hand made card ni! Kreatif. Sekeping yang size kecil RM15.


Pelbagai barangan ada di jual di sana. Sesiapa yang berminat, boleh cuba berkunjung kesana untuk mencuci mata dengan pelbagai item menarik .

"The rate for flea market booth is RM80 for 2 days(pay 1 month ahead).
3 feet X 6 feet table and 1 chair is provided.
Please bring your own maroon colour table cloth."

Menarikkan! Sewa tapak pun murah je ni. Boleh ni nak try gi cuba menjual barang kat sana setiap ahad ni hehehehe.

Boleh cuba contact Amcorp Mall Management Office untuk tahu details:

No. 18, 2nd Floor, Blok B Amcorp Tower,
Psn Barat,
46050 Petaling Jaya,
Selangor
Tel: 03-79662300



Berbalik kepada cerita kami di Book Xcess, memang pergi kedai buku ni untuk beli hadiah harijadi yang diminta Danish.

we love books!


Masing2 dengan buku baru beli..
Antara hasil dapatan kami di Book Xcess
Ni mama punya!


Ok .Itu saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi next entry.
Wassalam

Saturday, 29 June 2013

4 tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak ambil peluang disini untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke - 4 tahun untuk anakanda tersayang...Danish (29 jun 2009 - 29 jun 2013). Semoga membesar dengan baik, sihat & ceria serta menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. Semoga dilimpahi nikmat dan rezeki yang halal , hidup diberkati serta sentiasa diberi petunjuk dan hidayah supaya menjadi Muslim yang teguh benteng diri dan mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. Amin!

gambar ihsan google

Danish dan mama! 

Danish dapat hadiah harijadi daripada tok ma dan tok bah ~ RM100.
Terima kasih tok ma dan tok bah!

Acara membeli hadiah untuk besday boy!.. Danish nak kereta mainan, books and crayons!..
Books kami nak bawa dia ke Book Xcess, Amcorp Mall esok untuk pilih sendiri hehe..hurray!

Posing dengan koleksi kereta mainan baru ...2 bijik je? Ada lagi tu hehehe. Hobi Danish kumpul koleksi kereta.  Hot Wheels Car pelbagai warna, saiz dan bentuk ni memang dah lebih daripada 100 buah dalam koleksinya...

Besday boy teman mama shopping alatulis 

Besday Cake!



Papa & Danish!

Itu sahaja untuk kali ini..Jumpa next entry ya. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke blog ini.
Wassalam!




Friday, 28 June 2013

Cerita minggu ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Atas permintaan beberapa teman yang ingin melihat koleksi photobook terbaru ku...maka saya tempek kat entry ni beberapa keping gambar photobook ni. Harap dapat menceriakan hati teman yang nak sangat tengok tu hehe. (Teman2 yang lain jangan rasa bosan ya dengan cerita photobook ni tau)

40- page  15" x 11" large landscape debossed hardcover 




Habis cerita photobook, nak share picture hadiah sling bag Monsters University yang anak2ku dapat.  Cantik juga!


hadiah daripada one of my 'biras' yang baru balik outstation dari Sabah hehe .
Cantik! Tqvm !
buku terbaru untuk minggu ni


Sekian, itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi dalam next entry tentang "Aman Palestine" dan Danish's besday.
Wassalam.

Thursday, 27 June 2013

Biskut sebelum puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga  teman -teman berada dalam keadaan sejahtera, sihat dan ceria.

Nak berkongsi sedikit cerita tentang biskut sebelum puasa hehe.

Half choc...gambar sebelum
gambar selepas 2-3 hari...tadaa...tinggal 2 ketul hehe (now dah licin). Siap repeat order untuk stok raya pulak
Chocolate Snow....Ini pulak yang baru beli today (27 jun 2013)...
rupa tak menarik tapi rasa memang sedap. Yummy! (so don't judge the book by its cover).
Little Danish dah rasmikan tadi hehe 

Alhamdulillah, 2 buah photo book ( 40-page 15" x 11" Large Landscape Debossed Hard cover) yang baru buat tu dah selamat sampai ke pangkuanku semalam dan hari ni. Memang puas hati. Ada satu lagi belum dapat...maybe next monday . Tak sabarnya!

sedikit sedutan dari photo book hehe macam sedutan filem lak


Dapat free gift lunch box tadi. Alhamdulillah!


Tadi juga ada 'ex-student' ku datang sekolah berjumpa para guru if ada cecikgu ingin menderma  kepada sesiapa bacaan 30 juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ni. Mereka tahfiz (mereka akan mengikuti program tadarus sepanjang Ramadhan untuk habiskan 30 juzuk Al-Quran), so kita boleh tuliskan nama sesiapa yang kita nak sedekahkan  pahala bacaan Al-Quran 30 juzuk  itu (insha allah). Terpulang kepada kita untuk menderma seikhlas hati kepada kumpulan ini atas usaha dan kesungguhan mereka. Alhamdulillah, bagusnya usaha sekumpulan pelajar yang masih amat muda ini tetapi sangat mencintai Al-Quran. Insha Allah.
Tapi kita sendiri pun tak boleh lepas tangan..Al-quran adalah panduan hidup.

gambar ihsan google
Sekian, wassalam

Wednesday, 26 June 2013

dalam hak kita ada rezeki(kepunyaan) orang lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini nak sembang santai tentang hari gaji, Biasanya hari gaji memang menjadi salah satu hari penting yang ditunggu oleh semua orang setiap bulan hehehe.

Sebenarnya nak tanya berapa orang kat sini yang pernah melalui situasi bila tiba hari gaji dengan excited pergi berjumpa Mr ATM untuk withdraw money dan dalam sekelip mata duit yang dikeluarkan tu boleh habis untuk pelbagai kegunaan?

gambar ihsan google
Bila difikirkan semula, memang benar "dalam hak kita ada rezeki orang lain". Setiap bulan pendapatan kita akan digunakan untuk diberi kepada ibu bapa kita , membayar ansuran pinjaman rumah & kereta, insurans, yuran persekolahan anak2 (jika bersekolah swasta), yuran 'nursery' anak kecil, susu dan pampers, makan minum, belanja dapur, segala bagai bil2 (bil hp, bil broadband, astro, air, api ect), minyak kereta, sedekah, simpanan dan bla...bla...bla...


 Hehe maksudnya secara tak langsung bila dapat duit gaji, contoh mudah kita pergi bayar bil handphone,  so secara tak langsung hak kita tadi telah menjadi rezeki untuk syarikat telekomunikasi tersebut. Pastu kita bagi sedikit pada ibu bapa...makanya ia menjadi rezeki kepada keduanya. Lepas tu tetiba kita terbeli parfume so hak kita tadi telah menjadi rezeki kepada si penjual parfume tadi. 

Dan ada juga dimana situasi bila dapat je gaji terus tetiba kereta rosak atau anak sakit atau handphone meletup (haha hp cap cokia nih). Maksudnya kita terpaksa keluarkan duit untuk perkara yang tak disangka2. Jangan cepat melatah...terus muhasabah diri dan check sumber rezeki tersebut atau mungkin juga kita terlupa berzakat .

gambar ihsan google
Seorang suami yang bekerja ikhlas kerana Allah untuk mencari rezeki yang halal untuk menanggung ahli keluarganya juga tentulah akan berkongsi rezeki yang diperolehinya dengan isteri, anak2 dan keluarganya. Ini contoh mudah tentang aliran tunai dalam keluarga, masyarakat , negara dan dunia. Apa yang kita cita-citakan ialah aliran tunai itu diberkati Allah.

Sekian, wassalam!