Alhamdulillah

Thursday, 4 December 2014

Perempuan jahat!....berhenti ganggu hidup En Adam & Pn Hawa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Mesti ramai yang terkejut dan teruja melihat tajuk 'entry' ku kali ini yang agak 'hot & spicy' hihi.

gambar ihsan google


Jangan terkejut..jangan melatah...'entry' ini memang digarap khas untuk ditujukan kepada perempuan yang tidak mahu menjaga maruah dirinya serta sanggup menggadai segala yang ada padanya demi wang ringgit dan kemewahan hidup yang sementara. Fenomena ini terlalu meluas sekarang dan benarlah, dunia sudah akhir zaman. 


Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.”

(H.R. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, Tirmidzi)

***********************************


Pernah tak anda mendengar istilah; 'call girl', 'social escort girl', 'gadis peneman', 'geli-geli girl', GRO dll?
Perempuan seperti ini menggadaikan maruah dan agama  mereka dengan harga yang sangat murah demi untuk mendapat kemewahan hidup. Ada diantara mereka adalah mahasiswi IPTA/IPTS, golongan profesional, golongan korporat, ada yang bertudung litup, ada yang siang harinya bekerja seperti orang lain, tetapi pada malam harinya bekerja untuk memenuhi nafsu serakah lelaki berhidung belang yang kemaruk seks, berkocek tebal serta bertuhankan nafsu! 
Ada yang mendapat bayaran bermula RM150 untuk 1 jam. 

gambar ihsan google

Malah perkhidmatan mereka bukan tertakluk pada waktu malam dan cuti hujung minggu sahaja malah beroperasi juga pada waktu siang hari contohnya waktu 'lunch hour' or 'after office hour'

Perkhidmatan yang ditawarkan juga pelbagai dan boleh dinikmati di mana -mana sahaja lazimnya dalam kereta, spa eksklusif, hotel bajet, hotel ber'bintang', rumah urut, pejabat malah di rumah sendiri!! Dengan hanya 1 panggilan telefon, 'call girl' ini akan dihantar ke alamat yang diberi dan biasanya menaiki teksi dan memakai pakaian eksekutif malah ada yang berbaju kurung demi untuk menipu mata yang memandang!( Tanpa mereka sedar, mereka mungkin berjaya menipu mata manusia tetapi tak berjaya menipu para malaikat yang siang malam mencatat setiap amalan baik dan jahat manusia dan paling penting mereka tak dapat menipu ALLAH!)

 Ada juga daripada kalangan perempuan-perempuan ini menawarkan perkhidmatan bergerak dari bandar ke bandar, sedia menemani (hingga ke bilik tidur of course) lelaki hidung belang outstation dan pelbagai perkhidmatan yang tak terfikir dek akal seorang Muslim dan Muslimah yang waras. Astaghfirullah!

gambar ihsan google

Iklan2 tentang sewa 'call girl' @ pelacur bergerak ini terlalu banyak di internet, boleh diperolehi melalui email dan juga ruangan forum 'dewasa yang lucah' seperti D----- Playboy. Penyalahgunaan telefon pintar dan pelbagai gajet pintar hari ini juga menjadi penyumbang kepada pelbagai gejala negatif dan gejala sosial seperti zina. Gambar2 bogel / separuh bogel serta mesej/video  lucah dihantar dan dikongsi kepada masyarakat dengan cepat dan meluas.
Banyak pihak yang bersubahat menjadi agen dan dalang dalam penularan masalah sosial ini yang tentunya meruntuhkan akhlak umat Islam( lelaki dan wanita) yang terjebak. Perkara ini juga mengganggu kesejahteraan rumahtangga yang dibina serta boleh menjadi satu medium untuk menyebarkan pelbagai jenis penyakit kelamin yang berbahaya.

Call girl / pelacur bergerak ini menggunakan semua daya tarikan yang ada pada dirinya (cantik,seksi dll) untuk menggoda lelaki jahat dan lelaki baik. Lelaki2 ini terus khayal dan lemas dalam pelukan wanita yang bukan muhrimnya sehingga lupa anak dan isteri yang setia di rumah dan paling utama , lelaki dan wanita yang hanyut dalam zina ini telah lupa pada Allah dan janji Allah!

gambar ihsan google


“Tanda-tanda datangnya kiamat diantaranya: Ilmu agama mulai hilang, dan kebodohan terhadap agama merajalela, banyak orang minum khamr, dan banyak orang yang berzina terang-terangan” 
(HR. Bukhari no.80)





Hukum zina dalam Islam adalah HARAM kerana Allah sangat mencela perbuatan tersebut. Berzina adalah dosa besar yang dilupai oleh ramai Muslim hari ini.

Bertaubatlah!


gambar ihsan google


gambar ihsan google
"Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi", peribahasa Melayu ini membawa maksud;" kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab". 

So, kepada semua lelaki dan wanita yang telah terjebak dengan zina, cepat-cepatlah bertaubat nasuha (taubat yang sebenar - benar taubat) dan BERHENTI daripada terus melakukan dosa besar ini. Moga Allah memberi pengampunan dan membersihkan maruahmu serta mengembalikan kepercayaan manusia kepada dirimu. In sha Allah!



nota kaki: 'entry' ini ditulis dengan niat yang baik, segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri penulis, dan segala yang baik itu datangnya daripada Allah. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membawa kebaikan kepada kita semua. Maaf atas segala kekurangan.


p/s: pesanan terakhir , awasi penggunaan telefon pintar dikalangan anak2 (lelaki dan perempuan) dan tak ketinggalan juga  sesekali buatlah 'spot-check' gajet elektronik sang suami. Kalau semuanya dah mula ber'password', baik berwaspada. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau boleh , elakkan menghadiahkan telefon pintar kepada anak2 sebelum ilmu agama penuh didada, sehingga mereka telah matang dan dapat bezakan halal dan haram. Sayang anak bukan dengan memenuhi semua permintaan mereka serta memewahkan mereka.
Wassalam!

22 comments:

LYAfrina said...

tq for sharing kak.
ye la.. sekarang perempuan kebykan tanpa segan silu mjatuhkan maruah sdri..
harap kita & keturunan kita semua terlindung drp perkara mcm ni.. tkut sgt dlm keadaan tak sedar..

Sweetamieda. Blo said...

tulah.dlm kita x sedar,benda.gini.boleh berlaku pd kita.nauzubillah

nurbijen said...

Lama menyepi tiba2 keluar entry yang bukan main HOT lagi....
Yea, apa yg kita tgk dalam drama/filem mmg realiti selalu terjadi... Dunia akhir zaman....

Teringat perbualan saya dengan seorang rakan di sini... Dia kata ada kawan dia yg sedang sambung belajar di M'sia... Dia tanya saya pasal "BENDA" ni... Tak tahu saya nak komen apa... Saya cuba mengelak dgn cakap, "Apa kurangnya kat UK ni, ramai juga perempuan yg pakai seksi2"... Ida tau apa dia cakap, dia kata "Mmg ramai yg pakai seksi, tapi mereka tak OFFER service tu kalau lelaki tak minta. Berbanding kat M'sia yg boleh dapat dengan lebih mudah". Aduh, terkedu saya lepas tu.. Malu pun ada :(

Sweetamieda. Blo said...

betul tu Nur..malunya kitakan.dahla negara islam yg majority penduduk Islam.mmg skrg ni kalau kat Kl tu mmg berlambak.byk sgt peluang utk para lelaki curang dgn godaan mereka.yelah kalau depa dok asyik hantar gambar bogel/separa bogel dgn aksi ghairah thru w.a,wechat dll kpd lelaki yg majoriti now dah x kuat pegangan agama

Unknown said...

Nauzubillah..moga ank2 dara kita dijauhkan sumer ni kan ida!

Waah..berwajah baru blog ni,tahniah...tahniah..

Cik Iman said...

Perempuan kat nafsu dia 9, akal satu, nafsu tu pulak melibatkan duit, memang macam-macam dia sanggup buat asalkan menjana duit.

Cik Iman berdoa sangat anak-anak dara kita tak terpike nak buat gini semata-mata nak duit :( banyak lagi cara nak cari duit

Mummydearie said...

Memang betul terkejut bila baca tajuk. Ingatkan response drama TV. Memang betul tu TJ, sekarang ni dunia dah akhir zaman. Takda perasaan malu lagi. Saya pun biasa dengar kes macam ni. Menjual tubuh untuk habuan kemewahan. Menyesal akhirnya untuk apa? Lebih baiklah cegah sebelum nafsu jahat merebak dan terjebak sama.

Eh, blog dah berwajah baru rupanya!

Sweetamieda. Blo said...

ye akak.doakan kita sekeluarga terpelihara dr gejala negatif ni

Sweetamieda. Blo said...

betul tu cik iman.lelaki mmg suka bila perempuan cantik fizikal tapi bodoh sebab senang dia nak perkotak katikkan.nauzubillah

Sweetamieda. Blo said...

hihi pasni boleh guna tajuk tu utk buat drama.
masalah skrg bukan dlm drama je benda ni blaku.dah menjadi barah dlm masyarakat kita

OKje said...

TJ ....panjang nampak pesanan kali ni hihi...
Mintak dijauhkan perkara ni terjadi pada kita yer TJ...

Moga mereka yg menjadi gadis seperti ini dibukakan hati untuk bertaubat!

Sweetamieda. Blo said...

betul tu okje. tp mereka mmg happy n rela buat kerja gitu.sombong.bebas n berduit

Ummu Madihah said...

Salam Ju,

Mak Aji baca entri ni sambil urut dada- entah apa lagilah nak jadi dalam masyarakat kita ni?? Apapun inilah hakikat yang meskipun pahit perlu kita telan sebab itulah realitinya. Awas jangan sampai ahli keluarga serta rakan taulan kita juga terjebak - selisih malaikat 44, nauzubillah!!

Sweetamieda. Blo said...

betul tu Mak Aji.ini mmg realiti yg. terjadi dlm masyarakat kita hari ini.manusia2 ini mmg hebat berlakon,menipu n menyorok aktiviti mereka.moga Allah memberi ppetunjuk dan mhindarkan suami,anak2 dan famili kita serta umat islam seluruhnya drpd terus terjebak

aby said...

salam TJ ..
tu yg ada ungkapan dalam kuliah masjid,
taubat seorg pemaksiat adalah lebih baik dari seorg alim tp riak dan bongkak ..
utk yg terlanjur .. selagi masih bernafas, bersegera bertaubat ..
mohon moga dosa2 lalu kita diampunkan

Sweetamieda. Blo said...

betul tu aby.kita pun x sempurna.in sha allah,sesama berpesan2 pd kebenaran.iman kita ni lemah,sentiasa ada psg surut.moga kita semua terhindar dr dosa,dan dosa2 yg ada semoga masih bkesempatan utk mohon keampunan

Kamsiah yusoff said...

demi RM..maruah tercampak ke longkang..kwerana itu NABI berpesan supaya kam wanita memperbanyakkan sedekah..amalan..sbb yg dilihat Baginda dineraka adalah kaum perempuan..

Sweetamieda. Blo said...

ya Allah,takutnya.semoga kita semua. tidak tmasuk dlm golongan penghuni neraka

imm said...

salam kenal..singgah blogwalking kat sini :)

terima kasih entry yang bermanfaat sangat..

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

sofa phong khach thank the author for the extremely useful information

Susan said...

The post is written in very a good manner and it contains many useful information for me. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...