Assalamualaikum dan salam sejahtera
Awatnya rasa macam tiada idea nak coretkan kat sini ye? Padahal bersusun juga tajuk tengah tunggu ' queue'. Hihi.
Rasanya hari ini nak tulis sedikit 'wish list' untuk tahun 2015 la. Sebelum tu nak 'share' sedikit artikel ni.
Moshe Dayan (gambar ihsan google) |
Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya .
- Pertama:" umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau" .
- Kedua:" umat Islam tak merancang dengan teliti" .
- Ketiga:" umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca" .
Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemahan-kelemahan ini selepas mereka tahu .
Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ?
"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau . Diorang bukannya baca pun . "
____________________________
Kembali kepada 'wish list' @ KPI atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud senarai hajat / hasrat / impian /azam untuk tahun 2015:
gambar ihsan google |
- Projek Iqra'(membaca) dilipat gandakan untuk membuktikan kata-kata Moshe Dayan kepada umat Islam itu tidak benar. Projek ini juga termasuk azam untuk membaca Quran setiap hari. (In sha Allah!)
- Solat di awal waktu.
- Banyakkan berpuasa.
- Berjimat cermat dan merancang kewangan dengan bijak.
- Kurangkan mengeluh...banyakkan bersyukur.
- Taknak mengumpat lagi.
- KPI sebagai muslimah~ menjadi hamba Allah yang taat, isteri solehah, ibu mithali, anak yang baik dan guru yang berkesan. In sha Allah, kena ada usaha berterusan untuk mencapai apa yang dihajatkan.
- Satu lagi..teringin nak menulis buku hihihi.
- Make over rumahku syurgaku
- Menyimpan duit RM5 setiap hari(without failed)
Setakat ini, aku catatkan 10 'wish list' yang sangat 'berat' ini (yang lain tu, biarlah rahsia dulu hihi). Moga ini bukan sekadar coretan yang hanya kekal sebagai coretan sahaja. Moga semuanya akan menjadi kenyataan.
Semoga Allah mempermudahkan usahaku untuk mencapai apa yang dihajati. Amin! |
Sekian, wassalam!
11 comments:
Awalnya post entry wishlist tahun 2015.. haha.. bagus semua yang disenaraikan tu
Moga dapat capainya.. lagi2 yang no 1 hingga 5 tu.. tumpang gembira sebagai kawan seagama.. insya Allah saya pun nak sama-sama amalkan ..
insyallah semoga wishlist ni semua dpt dilaksanakan sebelum masuk tahun 2016..chaiyok2..:)
kita dah buktikan pd moshe dayan tu yg kita suka membaca..buktinya rajin menulis di blog kan ida!!hiii...
membaca yg sebenar2 membaca.bukan sekadar membaca. novel dan majalah.malah membaca buku.ilmiah,kitab2 dan semua jenis genre bacaan..itu yg umat Islam kalah berbanding agama lain.malunya.!
inn sha allah.sesama kita capai KPI. masing2
in sha allah.sama2 kita capai KPI masing2
Tak guna punya Yahudi.... Tapi masalahnya memang ada kebenarannya. Nak marah pun tak boleh juga ni. Yang kita boleh buat berubah supaya tidak dilabelkan sebegitu sekali oleh penganut agama yang lain.
Wah, berat juga wishlist ni! Harapnya berjaya mencapai misi sebelum tahun 2015 berakhir nanti. Saya baru je pasang azam tak mahu mengeluh lagi. Harapnya dapatlah mengajar diri ni jadi lebih baik!
Salam. Hee resolusi awal tahun yang berat.
Tapi ada betulnya kata kata Moshe Dayan ni kan TJ.....
Okje tumpang wishlist awsk jerlah TJ hihi
Semoga tercapai segala ygdiimpikan..insha Allah.. Ameen..
I value the blog article.Really looking forward to read more. Really Great. Pictaram and the other pages describe themselves as 'Online Instagram Posts viewer', which operates through the Instagram API.
Post a Comment