Alhamdulillah

Tuesday, 15 July 2014

Persiapan raya~keperluan & kehendak

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masa berlalu dengan pantasnya. Sudah 17 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan! Cepatnya masa berlalu...Sedih bila mengingatkan dalam sedikit masa lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.
Kalau 2 minggu lepas, umat Islam sibuk membuat persiapan untuk berpuasa, sekarang bermula pula kesibukan untuk membuat persiapan raya. Harap2 kesibukan itu tidak melalaikan kita dalam menjalani ibadah di hari-hari terakhir Ramadhan . 

Gambar ihsan google

Dalam kesibukan dengan persiapan raya , jangan lupa bayar zakat fitrah dan menderma kepada yang memerlukan. Bagi insan yang ada hutang puasa tahun-tahun sebelumnya (meninggalkan puasa atas sebab2 yang dibolehkan), jangan lupa juga membayar fidyah puasa dan berusaha untuk menggantikan puasa yang telah ditinggalkan itu bila keadaan mengizinkan.

Gambar ihsan google
^
^
^
^
Antara persiapan biasa yang dilakukan untuk menyambut kehadiran 1 Syawal ialah:

Membeli / menempah pakaian baru untuk seisi keluarga (pilih pakaian yang sopan dan menutup aurat serta tidak memilih pakaian untuk bermegah-megah).

Menukar duit raya.

Gambar ihsan google
Ada juga yang akan mengecat rumah, menukar perabot, langsir, barang kemas dan kereta (pendek kata semua serba baru ye).
Gambar ihsan google

Gambar ihsan google
Kaum ibu/isteri paling sibuk membersihkan rumah, mengemas dan membuat segala persiapan raya yang lainnya.

Gambar ihsan google

Membuat sendiri @ membeli biskut raya dan juadah di pagi raya.
Biskut raya~Gambar ihsan google
Lemang~Gambar ihsan google

Roti jala~Gambar ihsan google

Nasi dagang~Gambar ihsan google

Service kereta~brek, aircond, tayar dll (jangan lupa, ini penting untuk keselamatan dan keselesaan seisi keluarga semasa dalam perjalanan balik ke kampung halaman untuk beraya).

Gambar ihsan google

Kad raya~ budaya menghantar kad raya sudah semakin lenyap.

Gambar ihsan google
Taknak main mercun ready-made or buatan sendiri.

Gambar ihsan google
Jaga kesihatan, makan minum dan nafsu sepanjang Ramadhan dan teruskan juga untuk bulan2 seterusnya. In sha Allah!

Rapikan penampilan diri. Yang lelaki potong rambut dan kemaskan janggut dan misai. Kalau gigi berkarat akibat tabiat merokok, tak salah secara rutin (setiap 6 bulan sekali) ke klinik gigi untuk 'scaling gigi'...dan yang penting....berhentilah merokok!

Potong kuku tangan dan kaki serta tak lupa mandi sunat aidilfitri dan memakai pakaian baru dan wangian .

Apapun persiapan yang biasa anda lakukan, jangan sesekali terlupa nasib insan lain yang tidak sebaik kita. Banyakkan bersedekah supaya semua umat Islam dapat meraikan 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Digalakkan menjamu makan orang miskin.

Gambar ihsan google

Dan yang penting juga , jangan bergaduh laki bini kerana berebut nak balik ke kampung masing-masing. Buat giliran!

Gambar ihsan google

Gambar ihsan google

Sekian sahaja coretan hari ini. Wassalam!

Sunday, 13 July 2014

Kek Lego

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entry kali ini memang dah sebulan terlewat dari tarikhnya hehe. Tapi nak post juga kat blog ni. 
Selamat hari lahir yang ke-5 buat putera bongsu kami, Danish (29 Jun 2014). Semoga sentiasa sihat, ceria, bijak dan menjadi anak yang soleh. Mama, papa, abang Haikal dan abang Danial sayang Danish!
Permintaan Danish kali ini adalah kek LEGO dan hadiah LEGO.

Cheese and chocolate cake yang yummylicious from Air Tangan Yuyu
Sekian, wassalam!

Saturday, 12 July 2014

Cat Declawing ~ Human please have mercy!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini nak buka satu topik baru. Anda pernah dengar tentang Cat Declawing? Cat Declawing adalah salah satu prosedur membuang kuku kucing secara kekal. Prosedur ini amat menyakitkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Proses ini dijalankan untuk mengelakkan kucing daripada mencakar. Kucing yang menjalani proses ini tidak akan mempunyai kuku sepanjang hayat.

Cat Declawing definition:to remove the claw from the cat. 
Onychectomy, popularly known as declawing, is an operation to remove an animal's claws surgically by means of the amputation of all or part of the distal phalanges, or end bones, of the animal's toes. Because the claw develops from germinal tissue within the third phalanx, amputation of the bone is necessary to fully remove the claw

" The United States is way behind the rest of the civilized world in its attitude toward declawing of cats. Declawing has been illegal in England for several years. Australia, New Zealand, Germany, Wales, Finland and Brazil are among the many countries that either consider declawing illegal or inhumane, and only allow it under extreme circumstances. More and more savvy cat aficionados, Cat Fancy organizations, and veterinarians in the United States are mounting protests against declawing, calling it inhumane and unnecessary. "

gambar ihsan google

gambar ihsan google
gambar ihsan google

gambar ihsan google~Kasihannya kucing ni!
Kucing yang menjalani prosedur ini memerlukan masa untuk pemulihan luka pembedahan dan kucing ini juga perlu menyesuaikan diri hidup tanpa kuku. Kebiasaannya, prosedur dijalankan untuk membuang kuku kaki depan.

Perlukah ini semua? Mari kita sama-sama fikirkan.
Sekian, wassalam!

Tuesday, 8 July 2014

Terrariums~ Seni taman dalam kaca

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi...terrarium pertama milikku hihi. Tadaaa!

My terrarium...cantik tak?

Apa maksud terrarium?

"Terrarium atau vivarium adalah media atau wadah yang terbuat dari kaca atau plastik lutsinar berisi tanaman hidup, yang diperuntukkan bagi pelbagai tujuan, seperti untuk ujikaji, kaedah bercucuk tanam maupun sebagai dekorasi (hiasan dalaman dan landskap luar rumah). Dapat dikatakan bahawa terrarium merupakan biosfera buatan yang paling natural kerana fungsi biologi yang terjadi dalam terarrium pun mirip dengan yang terjadi di alam ini. Terrarium dapat juga dijadikan sebagai mini makmal biologi ."

Saya mula tahu dan terus tertarik hati dengan terrarium bila berkunjung ke Floria Putrajaya 2014 baru-baru ini. Kebetulan di sana terdapat satu booth yang mempamerkan dan menjual ready - made terrarium. Sangat unik, kreatif dan mesra alam . Harganya juga berpatutan dan anda juga sebenarnya boleh membuat terrarium anda sendiri di rumah!

Booth Terrarium Malaysia di Floria 2014
Anda boleh berkunjung ke Facebook Terrarium Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang terrarium ini.

Jom kita layan beberapa keping gambar terrariums!

gambar diambil dari facebook Terrarium Malaysia

gambar diambil dari facebook Terrarium Malaysia

gambar diambil dari facebook Terrarium Malaysia
gambar diambil dari Instagram Yuna~Tiny Forest Terrarium by Yuna pun sangat kreatif dan aktif menghasilkan Terrarium!
gambar diambil dari Instagram Yuna~Tiny Forest Terrarium by Yuna pun sangat kreatif dan aktif menghasilkan Terrarium!

Ok itu sahaja perkongsian setakat ini. Terrarium dah menjadi satu trend terkini sekarang. Sangat cantik dijadikan sebagai dekorasi di dalam rumah dan pejabat. Selain itu, tumbuhan hijau ini juga menyegarkan mata serta menjadi terapi minda. Senang dijaga dan berupaya membekalkan oksigen kepada kita. Tumbuhan juga bertindak sebagai pembersih udara semulajadi di dalam kediaman.

Sesuai juga dijadikan hadiah sempena Aidilfitrikan .
Sekian, wassalam!

Monday, 7 July 2014

Rekod peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam curi sedikit masa untuk tengok2 blog sendiri ni. Nampaknya blogku ini sudah berusia setahun setengah hihi. Masih lagi dalam kategori 'new blogger' gitu. Sepanjang setahun setengah ini, saya telah menulis sebanyak 266 'entry'. Paling mengujakan apabila ada beberapa entry yang mendapat 'view count' yang agak tinggi (mungkin bagiku dah tinggi, padahal view count entry teman2 semua tentu jauh lebih tinggikan hihi). Ini sekadar tinggi dalam rekod peribadiku saja (as a new blogger)...bukan dibandingkan dengan sesapa tau..

gambar ihsan dari Google

Entry yang mendapat view count paling tinggi ialah:

(20 004 view count)

^
^
^
^
^
^
(5663 view count)

(5343 view count)

(2572 view count)

(2022 view count)

(1198 view count)

(952 view count)

(928 view count)

Alhamdulillah. Semoga sedikit perkongsian dalam entry2 yang ditulis dapat memberi manfaat kepada insan lain.
Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.
Jumpa lagi, wassalam!

Sunday, 6 July 2014

Erti hidup pada memberi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, hari ini kita telah berada di hari ke-8 Ramadhan. Sedar tak sedar sudah 8 hari kita berpuasa! Cepatnya masa berlalu. 
gambar ihsan google

Pengertian puasa:

"Maksud puasa dalam bahasa Arab adalah “Shiyam atau shaum”, keduanya merupakan bentuk masdar, yang bermakna menahan. Sedangkan secara istilah fiqh bererti menahan diri sepanjang hari dari terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari dengan niat tertentu, menahan dari segala sesuatu yang menyebabkan batalnya puasa bagi orang islam yang berakal, sihat, dan suci dari haid dan nifas bagi seorang muslimah. Puasa ramadhan hukumnya wajib untuk semua muslim yang memenuhi syarat untuk melakukannya. Kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan berdasarkan nash al-Qur’an yang sifatnya qot’i dalam kajian ilmu fiqh."

Mari teman2, kita sama - sama tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini. Sesama memperbaiki diri dan ibadah kita dengan harapan ibadah kita diterima Allah dan kita menjadi insan yang lebih baik dan beriman. Amin!

gambar ihsan google

Sedar tak sedar juga setiap saat yang berlalu adalah sinonim dengan pertambahan umur kita. Masa yang berlalu takkan kembali lagi. Itu juga menunjukkan kita semakin hampir dengan kematiankan? Janji Allah, Mati itu pasti.
" Tiada penyakit yang tidak boleh diubati selain penyakit tua dan mati."
Manalah tahu ini Ramadhan terakhir kita...bersediakah kita?
Oh...bila mengingati mati, hati kita jadi takut. Semoga dengan ingat mati kita takut untuk berbuat perkara yang Allah murka. Semoga dengan ingat mati..kita tidak lalai melakukan segala tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ni.

Erti hidup pada memberi...Jom kita beri kasih sayang yang tak berbelah bahagi pada suami , anak2 dan ibu bapa serta adik beradik, famili, sahabat dan seluruh umat Islam serta pada haiwan dan juga alam semesta.
Memberi tanpa mengharapkan apa2 balasan...In sha allah hidup kita akan tenang dan bahagia. Niatkan ikhlas untuk mencari redha Allah. 

gambar ihsan google

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!
Salam kasih sayang di bulan Ramadhan yang mulia ni.