Alhamdulillah

Tuesday, 14 January 2014

Miss lilac rosak hard disc!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kejadian ini baru sahaja berlaku pada 2 jan 2014 yang lalu. Miss lilac kesayanganku tetiba rosak dan tak boleh digunakan!. Mulanya aku ingat hanya kena virus, terus selepas tamat waktu persekolahan hari pertama untuk tahun 2014, aku singgah dikedai Wellcom pc di Wangsa Walk untuk beli antivirus Karspersky 2014. Sekali, selepas diperiksa dan dicari punca masalah...'hard disc'nya rosak ! Uwwaaaa! Kena tukar hard disc baru dan format semula netbook. Kosnya RM380. Kalau tak tukar hard disc baru memang Miss Lilac, netbook berjenama Acer kesayanganku yang aku gunakan sekian lama untuk  mengajar Kimia dan Biologi di sekolah itu tak dapat diselamatkan lagi.
 So, aku terus bersetuju untuk tukar hard disc baru dengan syarat mesti siap segera kerana esok aku akan gunakan untuk mengajar.
But...berita sedih kedua yang diterima ialah bila semua file dan document dalam Miss Lilac tidak dapat diselamatkan! Oh no! Pasrah!

Miss lilac  siap dalam masa 3 jam. 

Inilah Miss Lilac yang telah banyak berjasa kepadaku
Warna lilac adalah salah satu warna kegemaranku!
^
^
^
^
^
^
Ini pula Apricot B17 Coffee. Untuk pengetahuan semua khasiat dalam biji aprikot baik untuk melawan sel kanser. Nanti kita cerita lanjut tentang kopi yang sedap ni ye...Tungguuuu!

Salam Maulidur rasul buat semua teman2.
Sekian, wassalam!

Monday, 13 January 2014

Karikatur wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak 'share' tentang perisian MomentCam di Android apps yang baru aku install di smartphoneku. MomentCam adalah camera yang dapat menukarkan wajah kita kepada kartun. Best juga explored perisian ni hehe.

Imej karikatur my hubby

Haikal

Danial

Danish
^
^
^
^
^
^
^
^
tadaa! its me (tuan punya tanah hehe)




Sekian, wassalam!

Sunday, 12 January 2014

Sekali sekala entry gedik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hehe 'entry' kali ni agak gedik sedikit hehe. Ini hasil rembatan dari Sogo (kebetulan ada sales).

Tadaaa!

Hand bag (Carlo Rino tetap dihati) dan purse baru gitu (iiii menunjuk la pulak)! 


Beg Bobby Franz~ untuk beg kerja (first time beli brand ni).
Anak2 pakat gelak je kat mama. Depa cakap mama ni macam budak2 choose beg ni hehe

Hehe jangan marah ye kawan2! Boleh klik juga 2 link di bawah untuk baca 'entry' tentang 'shopping handbag' ni .




Sini juga nak kongsi 2 buah novel baru (tapi tuan empunya belum sempat baca lagi untuk buat book review).


1. Kerana Dia, Ratu Sehari (RM38)~ Noor Suraya
2. The Wedding Breaker(RM25)~Evelyn Rose
^
^
^
^
^
^
Satu lagi pesanan penaja (cheewwwahh) sebelum mengakhiri 'entry' hari ini, jangan lupa jaga kesihatan anda dan makan ubat cacing setiap 3 bulan sekali ye (dulu setiap 6 bulan sekali). Bukan kanak2 sahaja kena makan ubat cacing, orang dewasa pun kena tau (ramai yang abaikan pengambilan ubat cacing secara berkala ni).

Ini contoh ubat cacing brand Zentel. Dalam bentuk tablet. Boleh didapati disemua farmasi.


Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam!

Saturday, 11 January 2014

Jom ...nasi arab!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni kita buka cerita tentang Middle Eastern Cuisines (makanan timur tengah) pula ye .
Malam tadi sempat 'dinner ' di restoran timur tengah kegemaran kami iaitu Al Rawsha Restaurant.

Lokasi:


8, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


Tel: 03-9200 6600

Monday to Sunday : Open 24 hours


Bangunan Al Rawsha Restaurant ni tersergam indah macam Kellie's Castle pula kan
Menu
Menu

Menu
Menu


Lamb Kebsa RM19~ kambing memang fav my hubby!

Chicken Kebab Sandwich RM10~ Most recommended!
Memang saaangggaaatt sedap!

Chicken Mandy RM20~ Superb!
Pelbagai seleksi hidangan pencuci mulut

Pelbagai seleksi hidangan pencuci mulut

Pelbagai seleksi hidangan pencuci mulut

Secara kesimpulannya, pelbagai seleksi hidangan dari Timur Tengah ada disini. Sedap2 semuanya hehe. Jommmmm.....nasi arab!

Sekian, Wassalam!






Thursday, 9 January 2014

Bila cangkul dah jadi paip singki

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan baik sentiasa.

Habis bercerita tentang dobi layan diri, kali ini nak share satu restoran yang unik sangat hiasan dalamannya. So vintage! So kreatif!

Twenty One Cafe & Restaurant

Lokasi :

No. 22, Jalan Megan Setapak, Megan Sri Rampai, Sri Rampai, Setapak, 
53300, Kuala Lumpur

03-4141 8906



Antara menu yang disediakan

Hiasan dinding



Kerusi dan meja makan


Singki yang sangat unik dan mencuri perhatianku

Singki yang sangat unik dan mencuri perhatianku

Nasi kukus dan ayam goreng rempah yang sedap! Kena pulak dengan kuah asam pedas yang sangat best dan dihidangkan di dalam nyiru lagi.

Selamat mencuba! Sekian, wassalam!




Wednesday, 8 January 2014

Dobi layan diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni nak 'share' pengalaman pertama kami di kedai dobi layan diri hihi. Idea nak singgah sini tetiba datang bila kami balik dari percutian  dan bawa kain baju kotor yang bertimbun-timbun. (Padahal dah selalu lalu lalang depan kedai ni tapi belum pernah singgah.) So, kami terus singgah dobi ni sebelum pulang ke rumah.Memang sangat berbaloi singgah sini! Mudah, cepat dan sangat menjimatkan masa dan tenaga. Tak sampai sejam, semua pakaian sudah bersih, kering dan wangi. Balik boleh terus lipat sahaja...tak perlu jemur2 dah.

Kedai dobi Clean pro 24 hours~ Cucian layan diri
Mesin untuk tukar duit syiling 50 sen

Soap Vendor~ macam2 ada...laundry detergent, softener, laundry bag dll. Anda juga boleh bawa detergent dan softener sendiri

Senarai harga untuk cucian dan mesin pengering
Step mudah:

1. Timbang dulu pakaian kotor anda dengan menggunakan penimbang yang disediakan.


2.Pilih mesin basuh yang bersesuaian (9kg, 14kg dan 25kg).
3. Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin..tutup pintu mesin...masukkan detergent dan softener (bahagian atas mesin basuh muatan depan) dan masukkan syilling mengikut harga yang tertera.

Semua pakat rajin pulak nak tolong basuh kain ni hihi..padahal kat rumah tak heran pun haha

detergent dan softener~ wangi juga! Sekotak RM1

4. Tekan 'start' button.
5. Tunggu. 
Bila dah siap mencuci, kami pindahkan semua pakaian ke dalam ' dryer'/ mesin pengering pulak. RM4 untuk 24 minit.

Danish siap tunggu depan mesin hehe. Kami guna 2 mesin basuh (9kg dan 14kg) serentak (ini kerana mesin basuh yg 25kg dah ada orang guna dan ada satu je yg 25kg tu kat dobi tu) .Lepas tu masukkan dalam 2 buah 'dryer' serentak. Fuh, punyalah banyak baju kotor. Maklumlah..bercuti2 tak ingat dunia hehe.

jakun je 3 beradik ni hehe

Deretan mesin basuh (bahagian bawah) dan bahagian atas pula ialah mesin pengering baju. Anda juga boleh set temperature/suhu untuk mesin basuh dan mesin pengering.

Kos dobi layan diri kami untuk hari itu:

Mesin basuh ( 9kg ) =RM4.50
Mesin basuh (14kg )= RM6
2 Dryer =RM4 x2=RM8
2 Pek detergent= RM2
2 Pek softener=RM2

So..total =RM 22.50 (untuk 23kg pakaian kotor)

Rasanya sangat berbaloi kerana kami balik rumah dengan semua pakaian telah bersih, wangi, fluffy (towel) dan sudah kering (terus boleh lipat). Jimat masa dan tenaga. Kalau kat rumah, tak boleh basuh banyak2 serentak coz terhad tempat menyidai pakaian(maklumlah dok kondo huhu). Pastu kat rumahku tiada dryer (tulah dulu eksyen sangat masa mr hubby offer nak beli dryer..boleh pulak cakap taknak hehe).

Ok ..itu saja pengalaman kami di dobi layan diri. Moga dapat memberi manfaat untuk semua.
Sekian, wassalam!

Sunday, 5 January 2014

Bilik hotel kena ketuk dan kelip-kelip

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masih lagi cerita tentang travelog kami . On the way balik dari Teluk Intan ke KL, kami tetiba buat keputusan untuk 'overnight' di Kuala Selangor. Anak2 nak pergi tengok kelip-kelip lagi. Nampaknya malam tahun baru 2014 ni kami sekeluarga akan sambut dengan melihat keindahan kerlipan kelip-kelip di Kampung Belimbing, Kuala Selangor.
Saya pernah tulis ' entry' tentang kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum ini (Feb 2013). Boleh lihat link ini.

Tiket  bot persiaran
Dewasa RM15, Kanak-kanak RM8
Kami datang pukul 8.00 mlm. Tak ramai sangat orang.

Bergambar sebelum naik bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip
Memang puas dapat tengok cahaya kelip2 malam tu kerana banyak sangat kelip2! Orang pun tak ramai so tukang pandu bot kami tu siap buat beberapa pusingan supaya kami semua dapat melihat lebih lama dan dekat. Sayangnya kami tak dibenarkan merakam sebarang gambar dan video huhu.

Ini aktiviti selepas tengok kelip2 hehe

Selepas tengok kelip-kelip, kami pergi cari kedai makan untuk makan malam. Perut pun sudah berkeroncong hehe. Kami singgah di Restoran Puyuh Seafood Corner. Makanannya pun ok.

Ikan masak 3 rasa

Alhamdulillah, kenyang!
Selepas makan malam kami terus pulang ke bilik hotel. Semua dah kepenatan dan mengantuk. Perut pun dah kenyang. Kami hanya bermalam di hotel bajet sahaja~ Malawati Ria Hotel, memandangkan ini plan 'ad hoc' dan tak 'booking' awal mana2 hotel. Ambil 'family room': ada dua katil queen dan room ratenya RM100 per night. Jadilahkan...nak tidur semalaman je. Pepagi esok dah nak balik KL.


My heroes!

Tapi tak disangka2 tidur  kami pada malam tu terganggu dengan ketukan bertubi2 di pintu pada pukul 2.20pagi. Memang terkejut, ingat hotel terbakar ke apa. Sekali bila my hubby buka pintu bilik, rupa-rupanya ada penguatkuasa JAIS sedang buat Ops Tahun Baru 2014! Penguatkuasa tu tak masuk pun bilik kami. Dia hanya tanya my hubby dengan siapa dan my hubby  jawab dengan isteri dan anak2. Dan mereka minta maaf dan terus bergerak ke bilik2 lain. Fuh! Dalam hati cam serik dan tak mo duduk hotel bajet lagi kuikuikui.

Pagi esoknya, sebelum berangkat pulang ke KL, kami sempat bersarapan di sebuah kedai mamak.


On the way balik kami nampak gerai menjual karipap gergasi hehe. Terus berhenti nak tengok besar mana karipapnya hehe. Mak oii, besarnya!

Inilah gerainya. Saya ada nampak dua gerai macam ni di kiri kanan jalan di Kuala Selangor ni

Sebijik RM3.50
 (Ada inti daging dan ada inti ayam)

Ini perbandingan saiz karipap gergasi dan karipap yang biasa kita makan huhu

Sekian dulu coretanku untuk kali ini. Sehingga ketemu lagi. Jangan lupa baca entry travelog kami ke Perak ye. Boleh klik disini.
Wassalam!