Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua....Semoga sentiasa
dirahmati Allah hendaknya.Hari ni saya nak kongsi sedikit cerita, bertajuk Misi
1 Februari 2013 hihihi.
Misi ini
bermula seawal pagi.
9.35 pagi :Mula
bergerak menuju ke destinasi untuk menjayakan misi hari ini ...jeng
...jeng...jeng...Maklumlah ,hari inikan cuti Hari
Wilayah.
10.10pagi :Kami
tiba ke destinasi...hihi...destinasi kali ni dekat ja .. Midvalley Megamall
Seterusnya ,
kedai pertama yang dituju ialah :Butik Carlo Rino! Sukanya! sukanya!
Butik Carlo Rino
Carlo Rino adalah jenama kegemaran apabila ingin membeli beg tangan...sejak dulu hingga kini....hihi...patutnya Carlo Rino kena ambil aku jadi duta produk mereka...cehh...berangan pulak!
Rambang mata nak memilih. Akhirnya...
i choose this one! Cantik tak?
Setelah selesai membayar , mode of payment: Cash n carry! Itu prinsipku...kalau tak de duit, jangan beli! Elakkan daripada menggunakan kad kredit atau berhutang. Berbelanjalah ikut kemampuan ya...
me and my little Danish
Lokasi seterusnya, my hubby ajak masuk Jusco Midvalley jap. Dia nak beli kemeja dan seluar kerjanya. Ok...sebab misiku dah selesai dan tercapai hihi...Dengan hati girang gitu!
On the way, ada pulak halangan ayoyo... (Ceh, macam jauh sangat perjalanan dari Butik Carlo Rino nak masuk ke Jusco tu).
Hand paint shoes...cantikkan??
Kasut ini boleh dibasuh
RM55 sepasang- corak yang menarik dan kreatif!
Kasut kanak-kanak pun ada
Akhirnya, saya ter'beli" juga sepasang hihi.
Ini yang saya beli.Cantik tak?
Seterusnya, semasa my hubby busy memilih baju dan seluarnya, my little Danish tarik tangan ajak pergi MPH. Dia dah tak sabar asyik mama dan papa saja yang 'shopping' hihi. Saya bawa Danish turun dulu ke MPH. Memang kedai buku adalah tempat wajib singgah setiap kali kami keluar.....Compulsory places for a book-a-holic like me!
memilih buku..
Danish (4 tahun) dah jumpa buku idaman!
RM18.90
Setelah membeli buku, kami naik semula ke Jusco. Selepas my hubby dah setel 'shopping', Danish nak makan ice cream pulak.
nyum! nyum!
Mama Danish ( i lah tu hihi) tetiba tertarik untuk masuk ke kedai di hadapan kedai ' ice cream ' tu. Dah masuk, ada pulak yang berkenan dihati.Tengok harga pun , boleh la hihi.Terus beli sepasang.
Kedai Kasut Jelly Bunny
Jangan marah ..hihi (RM39 sepasang)
Akhirnya, kami meninggalkan Midvalley kerana 'my hubby' nak pergi solat Jumaat, Hari inikan hari jumaat. Kami singgah di Masjid Khalid Al-Walid MINDEF. Mama dan Danish tunggu di dalam kereta, Selesai 'my hubby' bersolat, perut masing-masing pun dah berkeroncong. Kami 'lunch' di restoran nasi arab.
Wadi Hadramawt
Kami pesan Lamb Kabsa, Chicken Kabsa, Chicken Kebab Sandwich , Cocktail and juice. Syukur, alhamdulillah. Memang sedap dan lazat. Terima kasih Allah, kerana beri rezeki kepada kami dan kita semua.
Fruit cocktail
Chicken Kebab Sandwich yang dah di buka gulungannya
Alhamdullillah, semua urusan untuk hari ini sudah selesai. Little Danish pun dah penat. Kami bertolak pulang ke rumah.
4.30ptg :Safely arrived at home..Home Sweet Home!
6 comments:
amboiii shopping sakan, kasut sampai dua tuh.......anis ada gak kasut jelly bunny tu tapi pattern lain la....
Cantik handbag CR tu, menang membeli alah memakai. Hehehe...
Selamat menjadi seorang Blogger...
Syioknya Shopping... :D
wah, shopping sakan.. kat sini saya selalu shopping online jer.. order lepas tu tunggu barang sampai ke rumah :)
hihi tqvm coz sudi baca entry pertama saya ni ...hihi biasalah...wanita dan beli-belah, susah nak dipisahkan
bestnya fruit cocktail n kebab ayam tu..
Post a Comment