Alhamdulillah

Wednesday 8 January 2014

Dobi layan diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni nak 'share' pengalaman pertama kami di kedai dobi layan diri hihi. Idea nak singgah sini tetiba datang bila kami balik dari percutian  dan bawa kain baju kotor yang bertimbun-timbun. (Padahal dah selalu lalu lalang depan kedai ni tapi belum pernah singgah.) So, kami terus singgah dobi ni sebelum pulang ke rumah.Memang sangat berbaloi singgah sini! Mudah, cepat dan sangat menjimatkan masa dan tenaga. Tak sampai sejam, semua pakaian sudah bersih, kering dan wangi. Balik boleh terus lipat sahaja...tak perlu jemur2 dah.

Kedai dobi Clean pro 24 hours~ Cucian layan diri
Mesin untuk tukar duit syiling 50 sen

Soap Vendor~ macam2 ada...laundry detergent, softener, laundry bag dll. Anda juga boleh bawa detergent dan softener sendiri

Senarai harga untuk cucian dan mesin pengering
Step mudah:

1. Timbang dulu pakaian kotor anda dengan menggunakan penimbang yang disediakan.


2.Pilih mesin basuh yang bersesuaian (9kg, 14kg dan 25kg).
3. Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin..tutup pintu mesin...masukkan detergent dan softener (bahagian atas mesin basuh muatan depan) dan masukkan syilling mengikut harga yang tertera.

Semua pakat rajin pulak nak tolong basuh kain ni hihi..padahal kat rumah tak heran pun haha

detergent dan softener~ wangi juga! Sekotak RM1

4. Tekan 'start' button.
5. Tunggu. 
Bila dah siap mencuci, kami pindahkan semua pakaian ke dalam ' dryer'/ mesin pengering pulak. RM4 untuk 24 minit.

Danish siap tunggu depan mesin hehe. Kami guna 2 mesin basuh (9kg dan 14kg) serentak (ini kerana mesin basuh yg 25kg dah ada orang guna dan ada satu je yg 25kg tu kat dobi tu) .Lepas tu masukkan dalam 2 buah 'dryer' serentak. Fuh, punyalah banyak baju kotor. Maklumlah..bercuti2 tak ingat dunia hehe.

jakun je 3 beradik ni hehe

Deretan mesin basuh (bahagian bawah) dan bahagian atas pula ialah mesin pengering baju. Anda juga boleh set temperature/suhu untuk mesin basuh dan mesin pengering.

Kos dobi layan diri kami untuk hari itu:

Mesin basuh ( 9kg ) =RM4.50
Mesin basuh (14kg )= RM6
2 Dryer =RM4 x2=RM8
2 Pek detergent= RM2
2 Pek softener=RM2

So..total =RM 22.50 (untuk 23kg pakaian kotor)

Rasanya sangat berbaloi kerana kami balik rumah dengan semua pakaian telah bersih, wangi, fluffy (towel) dan sudah kering (terus boleh lipat). Jimat masa dan tenaga. Kalau kat rumah, tak boleh basuh banyak2 serentak coz terhad tempat menyidai pakaian(maklumlah dok kondo huhu). Pastu kat rumahku tiada dryer (tulah dulu eksyen sangat masa mr hubby offer nak beli dryer..boleh pulak cakap taknak hehe).

Ok ..itu saja pengalaman kami di dobi layan diri. Moga dapat memberi manfaat untuk semua.
Sekian, wassalam!

38 comments:

nurbijen said...

menarik juga dobi self service :)
Orang kata dryer tak boleh guna selalu.... baju mudah reput sbb haba panas boleh rosakkan baju...

Unknown said...

tq share mana tahu satu hari nt akak terasa nak guna benda alah ni gak!hihi..

Unknown said...

menarik n tertarik untuk mencuba dobi self service ni :)
tapi kat Johor ni ada ker..or kat mana :)

AtieYusof said...

Bagus juga ada dobi layan diri ni kan kak? jimat masa & tenaga..harga pun kira OK tu...

Mummydearie said...

Wah, best macam ni! Saya ni suka basuh baju dan suka sangat baling baju pakai kejap dalam bakul. Kalau dapat dobi self service macam ni, bahagia rasanya.

Sweetamieda. Blo said...

Ye nur mmg menarikkan.sekali sekala time nak basuh comforter bagai mmg sesuai sgt gi sini

Sweetamieda. Blo said...

Hihi cuba google.rasanya dah byk franchise dobi ni

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu atie hihi

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu.boleh survey area rumah..mungkin ada juga.now dah byk franchise dobi layan diri ni

OKje said...

Kalau balik berjalan .......mmg inilah yg difikir dulukan TJ... selesai pasal dobi rasa satu beban dah hilang...
Kat area rumah okje mcm tak delah pulak dobi self service ni....kalau ada best jugak yek!

Anonymous said...

sypun boleh hakun ju..,selalu tgk mesen basuh layan diri ni kt cerita mr bean je

Neo Neo said...

Kalau ada di area bdr putra permai atau presint 9,putrajaya..mari ler mendobi di dandy laundry. Visit www.dandylaundry.blogspot.com for more info. Detergent, softener &sanitizer are free utk setiap basuhan. Halal lagi. Harga lebih berpatutan.

Sweetamieda. Blo said...

Ok.tq for info

Faten Shaqillah said...

mmg self-service sahaja ye, sis?

Faten Shaqillah said...

mmg self-service sahaja ye, sis?

Anonymous said...

nk tnye..dobi ni area mana..sy kt bkt sekilau..dekat ke...

Sweetamieda. Blo said...

ada byk cawangan dobi layan diri sekarang ni.boleh google utk tahu ada tak dobi layan diri berhampiran area rumah anda.

Blossommommy said...

Memang best sejak ada mesin dobi layan diri ni, di Shah Alam hampir setiap seksyen ada, sangat memudahkan bagi mereka yang tinggal di rumah apartment.

JImat masa dan duit :)

Unknown said...

Kedai ini kat mana? Setia alam ada ke?

Unknown said...

Kedai ini kat mana? Setia alam ada ke?

Unknown said...

Br nak test dobi layan diri ni....di batu pahat ade sebuah kedai dobi ni...tu yg excited...huhuhu

Ummu Madihah said...

Salam Ju,

Wah, boleh tahan murah ya harganya! Mak Aji perhati semacam cendawan pula sehari dua ni dobi layan diri ni. Agaknya lepas ni matilah secara perlahan kedai dobi biasa tu, kecuali utk yg dry-cleanlah kut. Mak Aji dok kat kampung ada bahagian dobi kat belakang dapur, 2 mesin basuh, satunya 7kg dan satu lg 14 kg. Dryer takde tapi ruang ampaian bolehlah muat sekitar 4/5 kali kitaran mesin basuh! Tak payah keluar rumah pun sebab ada bumbung lutsinar. Itulah kelebihan dok kat kampung, he he!

Unknown said...

Hai.. mari la mendobi layan diri di 1 SELAYANG..nama dia Doobee Station.. baru bukak jer..saya seronok jugak..tempt dia bersih n luas..depan ada playground tuk kanak2...

intan nor izzaty said...

Dkt batu pahat ade dobi nie plak x

Anonymous said...

Kalau anda di Pasir Gudang,Johor cubalah PROHOUR LAUNDRY.Lebih murah dan lebih murah berbanding mana2 dobi dan self service.Lawati www.facebook.com/prohour

Anonymous said...

Kalau anda di Pasir Gudang,Johor cubalah PROHOUR LAUNDRY.Lebih murah dan lebih murah berbanding mana2 dobi dan self service.Lawati www.facebook.com/prohour

Anonymous said...

Kalau anda di Pasir Gudang,Johor cubalah PROHOUR LAUNDRY.Lebih murah dan lebih murah berbanding mana2 dobi dan self service.Lawati www.facebook.com/prohour

Unknown said...

Tumpang bertanye ada sape sape tau kat teluk intan ade ke kedai dobi layan diri ni.....baju anak duk asrama x sempat basuh

Unknown said...

Marilah mendobi di Clean4u laundry. Baru dibuka di Gombak Permai. Percuma detergen dan pelembut. Self service laundry.

faeezanur said...

kat batu pahat ada dua tempat dekat taman flora dengan bukit pasir

faeezanur said...

kat batu pahat ada dua tempat dekat taman flora dengan bukit pasir

Unknown said...

Betul jugak tu

ibuveronza said...

kat kampung saya rasanya tak der lagi..macam nak buat jerk.

Unknown said...

Saya berminat nk buka k
edai dobi mcm ni kat tempat saya brp kos nya ye..

NaNa (brokEn hEart) said...

nak tanye kat cheras sy pernah nampak dobi yg harga RM 3 & RM 4. betul ke?

Unknown said...

salam,sape yg duduk area shah alam,bole lah dtg dobi sy di pusat komersial seksyen 7..sederet murni..harga memang berbaloi..washer 10kg 3.50 dryer 10kg 3.00

Unknown said...

Kat rengit ke ni?

Kenari Putih said...

Banyak juga mesin kat kedai dobi ni, kira tak perlu la nak berebut2. Saya pon suka juga bwk baju dryer kat kedai dobi. Hihi.