Alhamdulillah

Wednesday 10 December 2014

Wish list 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Awatnya rasa macam tiada idea nak coretkan kat sini ye? Padahal bersusun juga tajuk tengah tunggu ' queue'. Hihi.

Rasanya hari ini nak tulis sedikit 'wish list' untuk tahun 2015 la. Sebelum tu nak 'share' sedikit artikel ni.

Moshe Dayan (gambar ihsan google)


Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya . 


  1. Pertama:" umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau" . 
  2. Kedua:" umat Islam tak merancang dengan teliti" .
  3. Ketiga:" umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca" .
Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemahan-kelemahan ini selepas mereka tahu .

Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ? 

"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau . Diorang bukannya baca pun . "

____________________________ 
Kembali kepada 'wish list' @ KPI atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud senarai hajat / hasrat / impian /azam untuk tahun 2015:

gambar ihsan google

  1. Projek Iqra'(membaca) dilipat gandakan untuk membuktikan kata-kata Moshe Dayan kepada umat Islam itu tidak benar. Projek ini juga termasuk azam untuk membaca Quran setiap hari. (In sha Allah!)
  2. Solat di awal waktu.
  3. Banyakkan berpuasa.
  4. Berjimat cermat dan merancang kewangan dengan bijak.
  5. Kurangkan mengeluh...banyakkan bersyukur.
  6. Taknak mengumpat lagi.
  7. KPI sebagai muslimah~ menjadi hamba Allah yang taat, isteri solehah, ibu mithali, anak yang baik dan guru yang berkesan. In sha Allah, kena ada usaha berterusan untuk mencapai apa yang dihajatkan.
  8. Satu lagi..teringin nak menulis buku hihihi.
  9. Make over rumahku syurgaku
  10. Menyimpan duit RM5 setiap hari(without failed)

Setakat ini, aku catatkan 10 'wish list' yang sangat 'berat' ini (yang lain tu, biarlah rahsia dulu hihi). Moga ini bukan sekadar coretan yang hanya kekal sebagai coretan sahaja. Moga semuanya akan menjadi kenyataan.


Semoga Allah mempermudahkan usahaku untuk mencapai  apa yang dihajati. Amin!

Sekian, wassalam!

Thursday 4 December 2014

Perempuan jahat!....berhenti ganggu hidup En Adam & Pn Hawa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Mesti ramai yang terkejut dan teruja melihat tajuk 'entry' ku kali ini yang agak 'hot & spicy' hihi.

gambar ihsan google


Jangan terkejut..jangan melatah...'entry' ini memang digarap khas untuk ditujukan kepada perempuan yang tidak mahu menjaga maruah dirinya serta sanggup menggadai segala yang ada padanya demi wang ringgit dan kemewahan hidup yang sementara. Fenomena ini terlalu meluas sekarang dan benarlah, dunia sudah akhir zaman. 


Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.”

(H.R. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, Tirmidzi)

***********************************


Pernah tak anda mendengar istilah; 'call girl', 'social escort girl', 'gadis peneman', 'geli-geli girl', GRO dll?
Perempuan seperti ini menggadaikan maruah dan agama  mereka dengan harga yang sangat murah demi untuk mendapat kemewahan hidup. Ada diantara mereka adalah mahasiswi IPTA/IPTS, golongan profesional, golongan korporat, ada yang bertudung litup, ada yang siang harinya bekerja seperti orang lain, tetapi pada malam harinya bekerja untuk memenuhi nafsu serakah lelaki berhidung belang yang kemaruk seks, berkocek tebal serta bertuhankan nafsu! 
Ada yang mendapat bayaran bermula RM150 untuk 1 jam. 

gambar ihsan google

Malah perkhidmatan mereka bukan tertakluk pada waktu malam dan cuti hujung minggu sahaja malah beroperasi juga pada waktu siang hari contohnya waktu 'lunch hour' or 'after office hour'

Perkhidmatan yang ditawarkan juga pelbagai dan boleh dinikmati di mana -mana sahaja lazimnya dalam kereta, spa eksklusif, hotel bajet, hotel ber'bintang', rumah urut, pejabat malah di rumah sendiri!! Dengan hanya 1 panggilan telefon, 'call girl' ini akan dihantar ke alamat yang diberi dan biasanya menaiki teksi dan memakai pakaian eksekutif malah ada yang berbaju kurung demi untuk menipu mata yang memandang!( Tanpa mereka sedar, mereka mungkin berjaya menipu mata manusia tetapi tak berjaya menipu para malaikat yang siang malam mencatat setiap amalan baik dan jahat manusia dan paling penting mereka tak dapat menipu ALLAH!)

 Ada juga daripada kalangan perempuan-perempuan ini menawarkan perkhidmatan bergerak dari bandar ke bandar, sedia menemani (hingga ke bilik tidur of course) lelaki hidung belang outstation dan pelbagai perkhidmatan yang tak terfikir dek akal seorang Muslim dan Muslimah yang waras. Astaghfirullah!

gambar ihsan google

Iklan2 tentang sewa 'call girl' @ pelacur bergerak ini terlalu banyak di internet, boleh diperolehi melalui email dan juga ruangan forum 'dewasa yang lucah' seperti D----- Playboy. Penyalahgunaan telefon pintar dan pelbagai gajet pintar hari ini juga menjadi penyumbang kepada pelbagai gejala negatif dan gejala sosial seperti zina. Gambar2 bogel / separuh bogel serta mesej/video  lucah dihantar dan dikongsi kepada masyarakat dengan cepat dan meluas.
Banyak pihak yang bersubahat menjadi agen dan dalang dalam penularan masalah sosial ini yang tentunya meruntuhkan akhlak umat Islam( lelaki dan wanita) yang terjebak. Perkara ini juga mengganggu kesejahteraan rumahtangga yang dibina serta boleh menjadi satu medium untuk menyebarkan pelbagai jenis penyakit kelamin yang berbahaya.

Call girl / pelacur bergerak ini menggunakan semua daya tarikan yang ada pada dirinya (cantik,seksi dll) untuk menggoda lelaki jahat dan lelaki baik. Lelaki2 ini terus khayal dan lemas dalam pelukan wanita yang bukan muhrimnya sehingga lupa anak dan isteri yang setia di rumah dan paling utama , lelaki dan wanita yang hanyut dalam zina ini telah lupa pada Allah dan janji Allah!

gambar ihsan google


“Tanda-tanda datangnya kiamat diantaranya: Ilmu agama mulai hilang, dan kebodohan terhadap agama merajalela, banyak orang minum khamr, dan banyak orang yang berzina terang-terangan” 
(HR. Bukhari no.80)





Hukum zina dalam Islam adalah HARAM kerana Allah sangat mencela perbuatan tersebut. Berzina adalah dosa besar yang dilupai oleh ramai Muslim hari ini.

Bertaubatlah!


gambar ihsan google


gambar ihsan google
"Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi", peribahasa Melayu ini membawa maksud;" kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab". 

So, kepada semua lelaki dan wanita yang telah terjebak dengan zina, cepat-cepatlah bertaubat nasuha (taubat yang sebenar - benar taubat) dan BERHENTI daripada terus melakukan dosa besar ini. Moga Allah memberi pengampunan dan membersihkan maruahmu serta mengembalikan kepercayaan manusia kepada dirimu. In sha Allah!



nota kaki: 'entry' ini ditulis dengan niat yang baik, segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri penulis, dan segala yang baik itu datangnya daripada Allah. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membawa kebaikan kepada kita semua. Maaf atas segala kekurangan.


p/s: pesanan terakhir , awasi penggunaan telefon pintar dikalangan anak2 (lelaki dan perempuan) dan tak ketinggalan juga  sesekali buatlah 'spot-check' gajet elektronik sang suami. Kalau semuanya dah mula ber'password', baik berwaspada. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau boleh , elakkan menghadiahkan telefon pintar kepada anak2 sebelum ilmu agama penuh didada, sehingga mereka telah matang dan dapat bezakan halal dan haram. Sayang anak bukan dengan memenuhi semua permintaan mereka serta memewahkan mereka.
Wassalam!