Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dalam kesibukan dengan tugas dan rutin harian, sempat juga akhirnya menjalani ujian Pap Smear pada hari sabtu, 15hb feb 2014 yang lalu. Hari sabtu itu merupakan hari persekolahan ganti. Kebetulan pula ada pasukan perubatan datang ke sekolahku dan menawarkan ujian Pap Smear percuma kepada guru-guru dan staf sokongan. Terus i grab the chance! ( nak pergi buat kat hospital asyik busy je manjang kan).
Saya jadi orang pertama menjalani prosedur pap smear pada hari itu. Sekejap sahaja dan langsung tidak menyakitkan. Alhamdulillah! (Sampel sel serviks (pangkal rahim) yang diambil akan dihantar ke makmal untuk diproses dan keputusan akan diperoleh dalam masa terdekat. Berdebar nak tahu keputusan ujian saringan).
Disamping itu, nurse juga membuat pemeriksaan payudara juga untuk mengesan kanser payu dara.
![]() |
Risalah tentang ujian pap smear |
cervix yang sihat/normal dan cancer cervix ~gambar ihsan google |
Siapa yang perlu menjalani ujian pap smear?
"Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks".
Kita digalakkan untuk melakukan ujian saringan Pap Smear sekali setiap tahun.
Itu sahaja untuk kali ini. Wassalam!
p/s: Jangan lupa baca next entry tentang Poori dan Central Market.