Alhamdulillah

Showing posts with label outdoor photoshoot. Show all posts
Showing posts with label outdoor photoshoot. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

Tips untuk outdoor photoshoot

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Harap semua teman2 berada dalam keadaan sihat dan ceria serta berminat untuk baca coretan saya kali ini hihihi 


Hari ni saya nak kongsi sedikit tips untuk buat outdoor photoshoot especially untuk buat family outdoor photoshoot yang melibatkan anak2 kecil.

First, memang la kena survey dulu photographer dan mintak quotation harga untuk pakej yang mereka tawarkan. Bagitau mereka apa yang anda inginkan. Contohnya berapa jam masa photoshoot, berapa orang photographer terlibat, nak burn dvd softcopy with unlimited photo (raw n edit photo), nak pakej yang photobook terus atau tidak dan lain-lain. 

Jenuh juga nak cari photographer ni. Saya hanya cari di internet (blog dan fb). Ada yang pakejnya terlalu mahal, ada yang jadualnya sudah padat untuk tahun ini, ada yang ter'contact' photographer di luar KL dan macam2 huhu. Sampai rasa macam...aaaah tak jadilah nak buat family photoshoot ni...huhu susah sangat ni...Tapi berkat kesabaran (chewwah ), akhirnya dapat juga seorang photographer yang pakejnya menepati dengan kehendak dan bajet kami serta 'free' pada tarikh yang kami cadangkan untuk buat photoshoot tersebut. Hati mula berbunga-bunga semula! Hehe

So, janji terpateri...photoshoot kami ialah pada pukul 9.00 pg, 12 Mei 2013 (Ahad) di Putrajaya.

Pakej yang ditawarkan include:

1 photographer 
1 pieces canvas print photo 18 x24
4-5 hours shooting
free burn dvd softcopy (unlimited photos :raw and edit)
unlimited shoot

p/s: Saya tak pilih pakej berserta photobook kerana saya nak buat sendiri photobook hehe.

So, persediaan sebelum photoshoot, saya cari 'props' yang ingin digunakan sepanjang sesi fotografi. Maklumlah, ada anak2 kecil, jadi kena bawa item yang mereka suka untuk pancing ' mood' mereka nanti.

Antara item yang boleh digunakan sebagai props:

belon
buih sabun
buku
pistol air
kereta remote
whiteboard /chalk board
kek
masquerade mask
dll



So,pada hari yang dijanjikan, kami bertolak awal daripada rumah dan sampai  tepat pada masa yang dijanjikan. Jangan lupa bawa 'umpan' untuk anak-anak kerana agak susah bagi mereka untuk 'warm up' depan camera hehe. Lagipun kami ni bukan artis hihi. Artis tu lain lah, dah memang kerja dia berlakon dan 'pose' depan camera. Dah biasa beraksi depan camera. Memang kena 'make sure' mood anak- anak ok dan baru boleh start ambil picture yang menarik. Yang penting...be natural !

Pemilihan pakaian juga memainkan peranan penting jika anda bercadang untuk buat photoshoot diluar kerana faktor cuaca dan keselesaan. Pilih waktu photoshoot diawal pagi supaya anda tidak perlu berpeluh-peluh berjemur di bawah sinaran matahari yang terik hingga cair segala 'make up' hehe. Tapi saya pun tidak mengenakan 'makeup' tebal untuk sesi photoshoot ini, cukup sekadar sunblock, compact powder, eye shadow, lip gloss dan sedikit pemerah pipi. Hehe me bukan model magazine...i just wanna be 'real me' ...so nanti pada masa akan datang gambar-gambar ni boleh di buat kenangan indah untuk kami sekeluarga . Setiap gambar ada ceritanya ...ye tak? Especially gambar bersama-sama insan yang kita sayang (suami dan anak-anak). 


ni je gambar yang baru dapat


Jika teman-teman semua berminat untuk lihat hasil photoshoot kami tu...jangan lupa baca next entry ye..hehe..sebab buat masa ni , kami belum dapat lagi softcopy gambar-gambar yang diambil . Insha Allah, jumpa lagi.
Wassalam! 
Terima kasih pada yang sudi membaca hingga ke akhirnya. Love u all...!Muah!Muah!




p/S: nak tengok hasilnya, sila klik disini ya!