Alhamdulillah

Showing posts with label Ikea Mutiara Damansara. Show all posts
Showing posts with label Ikea Mutiara Damansara. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

Ikea & nasi Arab di hujung minggu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Harap semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat dan ceria sentiasa. Dihujung minggu memang bermacam-macam aktiviti bersama keluarga yang boleh kita lakukan. Kadang-kadang hujung minggu rasa lagi penat daripada hari bekerja hehe.

Sebelum buka cerita pasal 'shopping' @ Bandung , hari ni nak kongsi sedikit cerita kami di Ikea, Mutiara Damansara, PJ, Selangor. Niat dihati untuk cuci-cuci mata lagipun dah lama kami tak berkunjung ke Ikea ni.


Bebudak ni memang kalau boleh semua 'showroom ' depa nak lepak hehe.
Suka sangat kan tengok hiasan dan aturletak setiap 'showroom'


 Danish dok salin harga setiap item yang dia berkenan pada kertas catatan Ikea hehe. 
Panjang 'list' barang dia nak.



Ooohhh..selesanya tidur!



Carpet

Bingkai gambar pelbagai saiz, warna dan bentuk


 Cantikkan pasu berkerawang ni


Banyak sangat benda menarik di Ikea nikan...that's why kita tak jemu-jemu untuk berkunjung kat sini...Paling 'best' dapat idea susun atur dalaman dan fungsi ruang daripada' showrooms'nya.

Sempat beli ready- made curtain, set pisau, book -end dan 2 pasu tanaman hiasan

Cantik tak??hehe

Balik dari Ikea, kami singgah makan tengahari di Restaurant Wadi Hadramawt. Tagline dia: 
 "The best Yemeni Arabic Food In Town".


Menu

Menu

 Chicken Kabsa

Chicken Kebab Sandwich-memang sedappp!

Isi dalam Chicken Kebab Sandwich

Alhamdulillah...rezeki Allah. Memang sedap. Sesudah makan, kami pun terus balik ke rumah...Aaahhh, esok kerja! hehe. Sehari je cutipun {ahad}, sebab sabtu pun kerja huhu...Cepatnya masa berlalukan.. Demi masa...moga kita semua tidak berada dalam kerugian.

Wassalam, jumpa lagi!