Alhamdulillah

Showing posts with label majlis anugerah cemerlang. Show all posts
Showing posts with label majlis anugerah cemerlang. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

Majlis Anugerah Cemerlang 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 19 April yang lalu sekolahku telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-18 bagi meraikan pelajar2 yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman (tingkatan 1, 2, 4  & 6) serta peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM untuk tahun 2013. Majlis berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran semua guru, pelajar terlibat dan ibu bapa masing2.

Cecikgu bergaya dengan fondant cake yang dihadiahkan oleh salah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2013
Cake
Suasana di dalam dewan yang penuh 
Barisan cikgu di kaunter pendaftaran (i menyibuk je tu kat situ...hehe i portfolio menyediakan buku program)
Cikgu dan anak didik (calon SPM 2013) sesama dapat sijil penghargaan hehe. Alhamdulillah!

Cikgu dan anak didik (calon SPM 2013) sesama dapat sijil penghargaan hehe. Alhamdulillah!
Yang paling kiri dan yang paling kanan ialah cikgu. Yang lain semua anak2 didik yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2013. Tahniah!
^
^
^
^
^
^
^
Gambar kenangan semasa hari mengambil result SPM 2013
( Antara barisan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bergambar dengan Pengetua dan PK1 . Tahniah!)

Semoga semua akan terus cemerlang dalam kehidupan dan bidang yang dipilih. Cikgu mendoakan dari jauh. Yang penting, cemerlang dunia dan cemerlang akhirat.
Amin!
Wassalam!

Friday, 3 May 2013

Entry Rojak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Cepatnya masa berlalu....busy..busy...busy...macam2 kerja dan perkara perlu dibereskan...Sedar tak sedar hari ni dah hari Jumaat, 3hb Mei 2013. Esok kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada 5 hb mei nanti...
Macam-macam perkara berlegar2 di dalam kotak fikiranku ini...Minggu depan aku terlibat dengan bertugas diluar daripada 7-11hb mei. Maksudnya tidak berada di sekolah pada saat pelajar-pelajarku sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Soalan 'exam' pun ada yang masih belum siap ( walaupun 'exam' subjekku lambat lagi) tapi risau jugakan. Bukan sengaja taknak buat...tapi memang sangat 'busy' dengan pelbagai perkara hingga tak cukup kaki tangan huhu

Hari ni pun kami baru selesai menjalankan satu 'event' penting (program sekolah) iaitu 'Road Run'. Dan selepas aktiviti tersebut, semua guru terlibat dengan mesyuarat pula.

Ini antara gambar yang sempat diambil sekitar acara pagi tadi.





 'Warming up' sebelum mula berlari

'Warming up' sebelum mula berlari

 Haha jangan marah!Ini bukan gambar berkempen mana-mana parti politik ya. Tapi kebetulan tempat 'check point ' kami tadi memang meriah dihiasi dengan bendera pelbagai warna dan rupa hehe

Menjaga' check point' dalam hujan. Nasib baik K.Hasmah ada 'supply' payung besar ni hehe.Tq,akak!

Apa-apa pun tahniah buat rumah sukan Emerald tadi kerana johan acara road-run!
Thumbs up!

Sebelum terlupa nak 'share' juga beberapa lagi aktiviti sekolah yang baru berlangsung juga iaitu 'fire drill' dan Majlis Anugerah Cemerlang

'fire drill'

Photo: Majlis Anugerah Cemerlang
Guru bersama -sama sebahagian penerima hadiah pencapaian terbaik dalam SPM 2012 untuk Majlis Anugerah Cemerlang. Tahniah semua!



Sekian , itu sahaja untuk kali ini. Nak 'packing bag' untuk balik kampung pula. Tata semua!Selamat mengundi semua! Safe journey,everybody! Jadilah pemandu berhemah dijalanraya dan pengundi yang bijaksana!

p/s: tak sabarnya nak dapat barang yang baru dibeli secara 'online' hehe. Baru beli di website Hishop. Nak tau barang apa yang baru dibeli tu?Tungguuu! hehe

Wassalam