Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi semalam, kami bawa anak2 ke Hari Terbuka Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) yang terletak di Sg Ramal Baru, Kajang.

Dah lama dengar dan ikuti cerita tentang kegigihan dan sistem pendidikan di RPWP ni melalui facebook dan semalam rasa sangat berbesar hati dan terharu dapat melawat dan melihat sendiri keadaan mereka. Kedatangan kami juga disambut dengan sangat mesra oleh RPWP. Lebih 1000 orang pengunjung datang memeriahkan Hari Terbuka Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) ini. Alhamdulillah, cuaca pun baik. Kami dibawa melawat Rumah Prihatin.
Bangunan 3 tingkat yang masih dalam pembinaan menempatkan lebih kurang 100++ penghuni. Bangunan ini dibina sendiri oleh Warga Prihatin |
Ini pula pandangan dari belakang RPWP |
tangga naik ke tingkat 3 (menempatkan dorm lelaki) |
dorm lelaki |
ruang2 kecil sebagai bilik tidur individu |
almari pakaian |
antara contoh bilik tidur yang terdapat di dorm lelaki ini |
Surau di tingkat dua |
Anjung |
Jamuan yang disediakan untuk pengunjung yang hadir ke rumah terbuka |
Antara service yang dilakukan untuk dana RPWP |
![]() |
Ini adalah senarai sevices yang ditawarkan oleh RPWP untuk mengumpul dana |
Untuk tahu lebih lanjut tentang RPWP ini boleh like facebook mereka dan ikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang ni terdapat 20 orang sukarelawan tetap yang menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit untuk sama2 membangunkan RPWP ini.
![]() |
wajah anak2 RPWP bersama tetamu dari Brunei ~ gambar diambil dari facebook Warga Prihatin |
Pengalaman disini memang mengujakan (walaupun hanya sekejap). Saya merasa lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki. Semoga anak2ku juga akan menjadi anak2 yang berjiwa kental, kuat semangat, ada semangat kekeluargaan dan setiakawan yg utuh seperti Warga Prihatin, ada jati diri dan penyayang. Sebab anak2 kita yang tidak biasa hidup susah dan sentiasa senang dapat apa yang dikehendaki takut nanti akan membesar menjadi manusia yang sombong dan penting diri . Nauzubillah!
Cuti sekolah akan datang , in sha allah, anak2ku akan dihantar ke sini untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh RPWP.
Sekian, wasslam!