Alhamdulillah

Showing posts with label 5 sains 1. Show all posts
Showing posts with label 5 sains 1. Show all posts

Friday, 1 November 2013

Jamuan kelas adhoc dan photo shoot untuk senior page form 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk bercerita di ruangan ini...malam ini terpaksa juga curi masa kerana takut terlupa begitu sahaja hehe.

Kali ini nak simpan kenangan disini tentang jamuan kelas untuk 5 sains 1 (33 orang murid) dan 5 sains 2  (32 orang murid) 2013. Memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir mereka  bersekolah (minggu depan SPM sudah bermula), sedikit jamuan ringan yang dirancang secara ad-hoc diadakan. Makanan juga ala kadar yang penting sepanjang majlis berlangsung, mereka merakamkan gambar2 bersama-sama guru dan teman2 sekelas untuk dimuatkan dalam majalah sekolah .

Disini saya nak tempek beberapa keping gambar yang diambil dgn camera hpku.

Domino's pizza
nugget
kuey teow
cake
cikgu-cikgu!
Baca doa sebelum makan
cikgu-cikgu!
guru kelas potong kek
antara aksi mesra yang sempat dirakamkan hehe maklumlah pasni nak
 bawa haluan masing2

teacher and student /old & young!



5 sains 1 (2013) dalam kenangan!


Semoga semua calon SPM tahun ini beroleh kejayaan yang cemerlang, di dunia dan di akhirat. Itu doa cikgu! Especially untuk kelas2 yang teacher ajar..5 sains 1, 5 sains 2 dan 5 teknikal.

Teacher sayang kamu semua!

Sekian, wassalam. Jangan lupa baca next entry tentang "Body Massage Aromatheraphy" dan "Hi tea- casual orange & brown"

Thursday, 18 July 2013

Exam is just around the corner

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masa memang sangat cepat berlalukan. Tak lama lagi para pelajarku (tingkatan 5) akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM ( selepas cuti raya aidilfitri). So, hanya ada lebih kurang  sebulan sahaja lagi sebelum mereka menempuh peperiksaan penting itu.

Teacher nak ambil kesempatan disini untuk mengucapkan Good Luck kepada semua pelajar2 yang disayangi ( 5 sains 1, 5 sains 2 dan 5 teknikal) terutamanya untuk subjek Kimia dan Biologi.

gambar ihsan google

Tips yang perlu diamalkan setiap masa :

Jaga kesihatan dan pemakanan (kurangkan pengambilan makanan yang tidak baik untuk minda dan kesihatan fizikal).

Dapatkan tidur yang cukup pada waktu malam (tidur sebelum pukul 12 tgh malam ya)

Fokus semasa guru mengajar dalam kelas.

Buat peta minda sendiri.

Study group.

Jaga solat dan hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Berdoa pada Allah.

Hormati guru dan ibu bapa.

Jangan STRESS!


gambar ihsan google
gambar ihsan google

gambar ihsan google

Untuk pelajar form 4 (4 sains 1, 4 sains 2 dan 4 teknikal), please get ready for final exam ya. Ok, itu sahaja. Wassalam!

Friday, 5 July 2013

Hari Bertemu Ibu bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini , Jumaat (5 julai 2013), berlangsungnya Hari Bertemu Ibu bapa disekolahku. Memang hari yang sangat sibuk untuk semua guru (terutamanya guru kelas), pelajar dan ibu bapa. Walaupun hari bekerja, alhamdulillah, kehadiran ibu bapa untuk mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak2 mereka amat menggalakkan. Walaupun ibu bapa dah boleh melihat keputusan anak masing2 secara online, pertemuan ibu bapa, guru dan murid secara bertentangan mata itu dilihat lebih baik untuk sebarang perbincangan dan kebaikan semua pihak.


Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa pelajar kelasku (5 Sains 1) yang dapat hadir ke sekolah pagi tadi (seramai 24 orang daripada 33 pelajar hadir bersama ibu bapa masing2). Kepada ibu bapa yang tak dapat hadir tadi kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan, boleh datang ke sekolah pada minggu depan untuk mengambil report card anak masing2 ya. Kat bawah ni ada saya letakkan gambar2 sepanjang majlis hari ini. (Terima kasih sangat kepada Adry, Hazwan , Hadi dll yang sukarela menjadi photographer untuk majlis hari ini hehe...teacher memang langsung tak boleh tinggalkan kelas sampai pukul 12 tengahari kerana sibuk melayan ibu bapa yang hadir)

Seawal pukul 8 pagi, ibu bapa sudah memenuhi kelas anak2 masing2

memang bersusun kereta parking di luar kawasan sekolah


bersama anak2 didik tersayang!
bersama anak2 didik tersayang!
Gerai-gerai jualan yang dibuka oleh pelajar sempena Hari Koperasi sekolah (yang berlangsung serentak dengan Hari Bertemu Ibu Bapa) juga meriah.






anak2 didik tersayang!

bersama anak2 didik tersayang!

Itu sahaja antara kemeriahan majlis pada hari ini yang sempat diabadikan di sini.
Sekian, wassalam!