Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya rata2 teman masih ramai yang 'busy' menganjurkan rumah terbuka serta menghadiri rumah terbuka. Alhamdulillah rezeki disepanjang bulan Syawal ini. Yang tak tahannya ialah menghadapi kesesakan lalulintas dihujung minggu terutamanya di KL ni.
Cerita hari Sabtu (24 ogos 2013), saya telah menjadi guru pengiring untuk membawa pelajar menyertai Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri 2013 . Ada 4 acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan Saintis muda, Solar Car Race, Solar Boat Race dan Portable Cooking with nature. Saya dan 3 orang lagi guru sains dipertanggungjkawabkan untuk membimbing pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam ke empat2 acara tersebut.
sarapan dulu sebelum pertandingan bermula |
litar untuk perlumbaan Kereta Solar |
3 orang pelajar & guru pembimbing Solar Car (dari sekolahku) |
antara model kereta yang turut bertanding dalam acara Solar Car Race |
antara model kereta yang turut bertanding dalam acara Solar Car Race |
antara model kereta yang turut bertanding dalam acara Solar Car Race |
portable cooking with nature |
antara model boat yang turut bertanding dalam acara Solar Boat Race |
Walaupun pasukan sekolah kami gagal membawa pulang hadiah (johan/naib johan atau tempat ke-3), kami semua gembira dan bertuah dapat menyertai semua acara yang dipertandingkan serta dapat mengutip pengalaman berharga. (Persaingan memang sengit kerana 49 buah sekolah mengambil bahagian).
"yang menang, merendah diri,
yang kalah, usaha lagi"
Sekian, wassalam.
Jumpa lagi next entry ya!Tata!