Alhamdulillah

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

Welcome to Miss Canon EOS 700D

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah sekian lama menyimpan impian dan cita2 untuk memiliki DSLR..akhirnya tercapai jua. Syukran jazilan!
Nak catatkan sedikit disini sebagai tanda gembira dan syukur hehe (orang lain dah berzaman memiliki DSLR dan mahir capture photo yang cantik2..i baru nak bertatih ni hihi....from zero...mana tau nanti bakal jadi pro hihi). Minta kawan2 semua sudi beri tunjuk ajar ye!

Model DSLR milikku ialah Canon EOS 700D (EOS Rebel T5i)

Gambar ihsan google

Miss Canon...selamat datang !

Ini hasil pertama (amatur) menggunakan DSLR
Ini hasil pertama (amatur) menggunakan DSLR

Namun, sekiranya ada kamera canggih tapi tidak tahu menggunakannya dengan cara yang betul dan tidak mendalami ilmu fotografi yang lain pun tak guna jugakan. 
In sha allah, ada peluang nanti memang berazam untuk mengikuti kelas2 asas fotografi DSLR ni.

tuan tanah inter frame hehe
Minta kawan2 yang semua supaya sudi berkongsi info menggunakan DSLR dan tips2 fotografi ye...!
Sekian, wassalam!

Tuesday, 2 July 2013

Photobook lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya masih lagi tajuk yang sama ...Photobook! Jangan 'boring' sampai termuntah pula ya kawan2 hehe. Maklumla, baru sempat untuk gunakan voucher photobook yang telah dibeli dulu. Memandangkan tarikh expired voucher tersebut pun makin hampir (september 2013), tu yang cepat2 buat. Bukan apa , lepas ni makin sibuk dengan murid2 nak SPM... takut langsung terlupa terus nak gunakan voucher tersebut. Rugi la pulak kan !

ni koleksi yang terbaru...baru dapat tadi (1 julai 2013)...
jenis photobook:  Medium Landscape Imagewrap Hardcover (60-pages)

Dibawah ni sedikit sedutan dalam photobook ini :







Dah banyak sangat  cerita tentang photobook ni hehe. Memang sejak tahun 2009 lagi saya dah start buat photobook untuk abadikan gambar kami sekeluarga. Risau simpan dalam bentuk softcopy je, nanti rosak atau hilang atau terdelete pula...nanti hilang segala bukti kenangan indah, suka dan duka yang pernah dilalui bersama. Setiap gambar, ada ceritanya...betul tak?hehe. (Ia juga sebagai kenangan di hari tua).

Sekian, Wassalam!

p/s: entry ni auto-published

Monday, 6 May 2013

Practicing muslims!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, petang ni kami sekeluarga dah selamat sampai ke KL semula .Rasanya ramai teman-teman diluar sana juga begitu setelah masing2 pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab mengundi . Hari ni tak nak cerita tentang mengundi dan PRU, tetapi nak kongsi tentang sebuah buku yang baru dibeli dan telah dibaca.

Tadaa!
Anthem hasil nukilan Hlovate

Secara peribadi memang Hlovate tidak pernah mengecewakan saya dengan hasil karyanya. Memang best! tip top! dan sesuai dengan jiwa saya. I learn a new words:Practicing muslims! Memang kita  dilahirkan Islam tetapi setakat mana kita mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan kita??

thumbs up!

Saya 'personally' berharap agar Hlovate tidak berhenti menulis novel2 yang berkualiti dengan cara penyampaian yang amat 'sempoi', kelakar dan menarik serta juga berupaya menyuntik kefahaman dan kesedaran. Hlovate dalam setiap karyanya yang sarat dengan informasi ...dia memang membuat 'homework' dan bukan calang-calang penulis!.

Teman-teman juga boleh mendapatkan novel2 lain juga karya Hlovate yang lain seperti :

5 tahun 5 bulan

aA+bB

tunas

Rooftop Rant

Versus

Contengan Jalanan

Pelangi

Gurindam Jiwa

Nescaya anda semua tidak akan kecewa dan akan berpuas hati serta mampu mengulang baca novel ini berkali-kali tanpa rasa jemu! Percayalah...kerana saya memiliki semuanya ..hehehe.

Sekian ,wassalam!

Tuesday, 30 April 2013

Book Hunting @ PBAKL 2013!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga teman-teman semua sihat dan ceria sentiasa.

Hari ni nak cerita tentang Book Hunting~Alone! Minat punya pasal, sanggup balik ja daripada sekolah hari ini terus menuju ke Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL 2013) di PWTC. Semangat berkobar-kobar gitu hehe. Memang pencinta buku sejatilah I ni hehe. Pukul 3.40 ptg baru sampai ke PWTC...jalam jem dan hujan. Hanya ada masa lebih kurang 1 jam setengah sahaja (terpaksa limitkan masa) untuk 'Book Hunting' sebab around pukul 5.00 ptg mesti kena balik untuk ambil anak-anakku yang bersekolah petang.

Masuk je PWTC ..terus rasa... wah, bestnya! Banyaknya buku. Sini buku, sana buku...suka...suka...suka...

Dalam PWTC


Anda wajar memiliki kesemua buku yang ditulis oleh Jerry D.Gray ni. (Edisi Bahasa Melayu)

Dalam dok pusing-pusing cari buku boleh pula terjumpa dengan anak-anak murid tersayang hehe. Cikgu balik sekolah pergi pesta buku, murid2 pun sama juga hehe.2x5 haha


Mata melilau sana-sini (sebab masa terhad) untuk mencari 'booth ' Jemari Seni Sdn Bhd untuk dapatkan novel Anthem karya Hlovate yang terbaru. Naik atas , turun bawah semula...akhirnya tadaa....Syukur, alhamdulillah!


Senaskhah Anthem telah berjaya menjadi milikku!
Harga sebenar RM 24 tetapi selepas 20% less harganya  hanya RM19.20

Berikut diisytiharkan  buku-buku yang turut dibeli di PBAKL 2013 tadi hehe...chewwah!
(Bukan untuk menunjuk tetapi untuk berkongsi info bagi teman-teman yang belum mengunjungi PBAKL lagi dan berhasrat untuk pergi esok)

2 novel kanak-kanak juga hasil nukilan Hlovate
(boleh didapati di booth JS Adiwarna)
"Geng ABCDE bercuti ke Arau" dan "Geng ABCDE bercuti ke Pasir Salak"

Novel kanak-kanak berjudul Hotel Meow-Meow boleh didapati di booth JS Adiwarna
(Hasil nukilan Imaen)

Komik Islamik boleh didapati di 'booth' Maghfirah Pustaka
 (2 buah dengan harga RM23)

Komik Islamik boleh didapati di 'booth' Maghfirah Pustaka
 (2 buah dengan harga RM35)


 RM46.70

 RM18.75

 RM13.80

 1 set buku ni RM35

Ada 6 koleksi buku +1 buku nota di dalam set ini

Walaupun agak sibuk dengan pelbagai tugasan , insha Allah,apabila ada sahaja ruang, boleh isikan dengan membaca. Yang penting, ada buku untuk dibacakan...



Iqra...Bacalah!




Cinta Buku, Cinta Ilmu!


Wassalam




P/S: Selamat Menyambut Hari Pekerja (1 Mei ), Selamat Bercuti buat semua!



Friday, 26 April 2013

Dia mai dah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga semua teman-teman berada dalam keadaan sihat walafiat

..Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 dah kembali!..


Best nih! Jom kita pakat gi ramai-ramai!
Saya tak sabar nak memiliki buku ni:

Novel Anthem hasil nukilan Hlovate 

Banyak juga hadiah menarik dan potongan harga yang hebat untuk pelbagai seleksi buku yang dijual sepanjang PBAKL 2013 ni. Jom adik kakak, jangan lepaskan peluang.!

Contohnya seperti di bawah:

Wow..menariknya! Mana tau kita bertuah dan merasa gi London kan! Bestnya!


Wow...UPrint pun jual voucher photobook 50% less sepanjang PBAKL 2013 ni.

p/s: Hehe...ada gaya 'promoter/salesgirl promote' barang tak hehe?

Apa-apapun...Membaca Jambatan Ilmu! Insha Allah, kita jumpa disana nanti.
Wassalam


Friday, 19 April 2013

Terima kasih, NOEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi tentang buku ini.

Edisi Bahasa Melayu (RM 25)

Semalam sempat melawat blog NOEN dan tertarik dengan 'entry'nya tentang buku Deadly Mist ni. Saya terus terjah BookCafe.com .my untuk dapatkan buku yang sama, malangnya telah kehabisan stok. Memandangkan keinginan yang sangat kuat untuk memiliki buku ini, so hari ni balik dari kerja terus ke MPH, Jusco Alpha Angle untuk mencari buku ini.Taadaa....happy sangat melihat timbunan stok buku ini di MPH. Selepas 'speed reading' buku ini (belum khatam lagi ) , saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada NOEN kerana berkongsi tentang buku ini di blognya. Saya juga nak sarankan pada semua kawan2 supaya segera dapatkan buku ini. Memang berbaloi.! Saya rasa menyesal pula tak tahu tentang buku ini dengan lebih awal....




Saturday, 16 March 2013

Perpustakaan Komuniti @ shopping complex!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Panas terik cuaca hari ni. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang terik ni untuk mengelakkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti kanser kulit.

Hari ni nak kongsi sedikit tentang Perpustakaan Komuniti. Sesiapa yang biasa berkunjung ke Jusco AU2, Taman Setiawangsa tentu perasan ada sebuah Perpustakaan Komuniti di dalam tu.

Perpustakaan Komuniti

Secara peribadi memang saya merasakan idea wujudnya perpustakaan di dalam 'shopping complex' adalah satu idea yang amat baik! Perancangan yang bagus untuk menarik lebih ramai orang ke perpustakaan  dan juga 'shopping complex' tersebut. Secara tak langsung, ia adalah satu usaha yang harus dipuji untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya gemar membaca. Memupuk Budaya Membaca gitu!



Perpustakaan Komuniti ini memang sudah lama menjadi tempat lepak ku bersama anak2. Lokasinya berhampiran dengan rumah kami so ia memang sangat strategik. Kita juga boleh menjadi ahli dan meminjam buku dengan menggunakan MyKad. Satu Mykad boleh pinjam 3 buah buku (maksimum) untuk satu2 masa. Jumlah buku disitu tidaklah terlalu banyak, tetapi masih dikira ok. Dekorasi dan susun atur dalaman juga sangat ceria dan menarik! Ia juga dilengkapi Wi Fi. Jom pakat gi ramai-ramai!

 Danish dah jumpa buku untuk dibaca

khusyuk membaca!

Danial

Haikal dan Danish sedang memilih buku



Haikal khusyuk membaca buku yang dipinjam (Lokasi :  'food court' Jusco AU2)


Itu saja tentang Place of Interest (POI) hari ini.



P/S: ni tak berkait dengan tajuk entry di atas. HeHe tadi dapat cabutan bertuah semasa mesyuarat PIBG di sekolah. Syukur, alhamdulillah!