Alhamdulillah

Showing posts with label JJCS Part 5 (Betty Boop. Show all posts
Showing posts with label JJCS Part 5 (Betty Boop. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

JJCS PART 5 : USS ( oh..my feet ache! )

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak sambung lagi coretan pengembaraan kami...masih di Universal Studios Singpore (USS). Jalan-jalan cuti sekolah (JJCS Part 5).
Harap masih ada yang setia membaca coretanku ini hehe. Bukan apa, memang nak letak kat blog untuk kenangan diri sendiri juga.

Selepas bergambar dengan akak glamer Marilyn Monroe ( sedutan JJCS Part 4 ), kami masuk pula ke Spaghetti Space Chase. 


naik space ride
A  fun journey ..begin!
Selepas keluar dari situ, kami singgah ke kedai cenderahati Sesame Streets. Tengok2, jamu mata jelah coz nak beli memang rasa tak berbaloi kerana barang2 kat sini mahal.

The Brown Derby..pelbagai barangan Sesame Streets ada dijual di sini
 



dari jauh kami dah nampak pokok Madagascar


mama bergambar dengan akak Betty Boop  la plak haha
ni kat dalam kedai Universal Studio Store
ni kat depan kedai Universal Studio. My hubby belikan sedikit item kenang-kenangan utk  kami .(Tshirt , alatulis, mug, keychain ,fridge magnet, replika globe USS dan beg sandang). Tshirt round neck kids pun sehelai dah  SGD 23.90 (around RM60 sehelai). Fuh, mahal tuh! Fridge magnet SGD 8.90 (RM 22.25). Memang kami tak mampu la nak beli ole2 untuk sanak-saudara dan teman2. huhu
bergambar dengan Winnie Woodpecker  

Kemudian kami keluar sekejap daripada USS untuk lunch . Masa tu jam dah pukul 3 petang. Perut memang dah berkeroncong...kaki dan betis memang dah lenguh gila, berjalan banyak. Sebelum masuk USS, kami ada nampak Malaysian Food Street. Niat dihati nak makan kat situ...

gambar ihsan Mr Google
..tapi bila kami masuk dalam tu tengok semua stalls dipenuhi oleh non-muslim. Kami ja Muslim yang masuk situ, terus tak jadi makan dan kami keluar semula .



Kami akhirnya beli sedikit food untuk alas perut dari sebuah bakeri. Selepas makan , kami round-round sedikit lagi sebelum ambil keputusan untuk balik. Memang semua dah penat dan tak larat nak tunggu sampai pukul 7 malam dah hehe. Pukul 4 ptg, kami keluar dari USS.

candylicious tree
 



ni terminal bas (tingkat bawah tanah)
Tata USS. Insha Allah, kami akan datang lagi. Memang pengalaman sehari disini sangat best, menarik , menggembirakan dan berharga.

(p/s : jangan risau, USS ni ada menyediakan prayer room)

Pukul 6.00 ptg , kami sampai ke Johor Bahru. Terus pergi makan malam sebelum balik ke hotel.


Sampai sini saja untuk kali ini. Jumpa lagi dalam next entry, cerita tentang pengalaman kami di Nusajaya, Johor , Makan Mee Bandung Muar yang Special, dan taman Seribu Bunga, Melaka.

Ok, bye, wasslam!


p/s: JJCS Part 2 hingga Part 5 adalah berlaku pada hari yang sama hehe... seharian kami di USS tu. That's why kami pakai baju sama je tu hehe.