Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru berkesempatan menulis entry terkini kerana kesibukan menanda kertas exam . Hari ni baru selesai tugasan tersebut dan dah settle key-in markah online. Lega sangat. Syukur!
Ini cerita hari sabtu lepas, 31 mei 2014, kami berkesempatan untuk hadir kenduri kahwin kawan sepejabat suami di Kuantan. Kebetulan tarikh 31 Mei itu juga merupakan tarikh istimewa untuk saya dan suami~ Happy 11th Wedding Anniversary untuk kami. Syukur , alhamdullah! Dah 11 tahun rupanya kami diberi peluang hidup bersama serta dikurniakan 3 orang cahaya mata penghibur jiwa, pengikat kasih. Thank you, Allah!
![]() |
Cupcakes tapi ada technical errors sikit coz dia kehabisan kotak cupcakes hehe so terpaksa isi dalam kotak kek biasa so nampak tak berapa cantik . Takpe, yang penting rasanya sedap! |
Pasangan pengantin lama(dah 11 tahun) bergambar bersama pasangan pengantin baru hihi |
Alang-alang dah sampai Kuantan kami terus ambil peluang untuk bawa anak2 main air kat Pantai Teluk Chempedak dan malamnya makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Keesokkannya baru balik semula ke KL.
![]() |
Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga, Amin! |
Malamnya kami dinner ikan bakar di Restoran Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur.
![]() |
Sedap sangat! |
Sekian dulu..jumpa lagi next entry!
Wassalam!