Alhamdulillah

Showing posts with label dekorasi rumah. Show all posts
Showing posts with label dekorasi rumah. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

Tips dekorasi ala-ala caraku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak berkongsi sedikit idea untuk dekorasi rumah terutamanya untuk teman-teman yang baru beli rumah hihi...macam pandai plak...bukan nak tunjuk pandai tetapi hanya berniat untuk bagi sedikit tips berdasarkan pengalaman sendiri dulu. 

Perkongsian pengalaman untuk kali ni lebih kepada pemilihan lampu, 'grill' rumah, 'kitchen kabinet', dan pergola/awning .

Ini teratak kecilku yang baru dibeli (lama dah beli ni  tahun 2011 siap dibina dan bermulalah proses dekorasi fasa pertama)

unsur kayu tu adalah tambahan sendiri untuk melembutkan dekorasi.Aku juga memilih 4 biji lampu 'downlight'  untuk dipasang di 'porch' kereta ni.


'Awning' pergola di hadapan rumah

'Awning' pergola di pintu dapur rumah

'Awning' pergola di sisi rumah (sliding door ke2)

antara pilihan lampu yang kupilih 

antara pilihan lampu yang kupilih 



antara pilihan lampu yang kupilih 

lampu luar rumah yang dilengkapi 'sensor' dan 'timer'

lampu 'downlight'

Inilah keseluruhan ruang tamu merangkap ruang rehat dan juga ruang makan hihi .kecik je. Di ruang ini aku memasang 10 lampu 'downlight' dan 2 'ceilling fan'. Serta ada satu lampu hiasan kristal.

Aku juga menempah 'wrought iron grill' untuk kesemua 'sliding door ' dan pintu utama. Motif bunga yang dipilih ialah bunga 'helicornia'.



Kesemua suis di seluruh rumah ditukar kepada suis jenis ini.

Aksesori Rak kaca dari Sorento

'built -in wardrobe' di bilik utama daripada kayu nyatuh


Katalog pilihan warna wardrobe ;i choose rose white (modern)

bilik utama yang telah dilengkapi langsir jahitan 'french pleat'


bilik ke-2 (rumah ni mempunyai 4 bilik tidur )

pilihan warna putih untuk ruang dapur yang sempit bagi memberi ilusi yang lebih luas.
Material kitchen kabinet : Glass and aluminium 
 Aku juga memilih 'wooden blinds' untuk dekorasi tingkap dapur



Ruang paling kanan adalah untuk peti ais


'Door stop with holder' yang mempunyai dwifungsi; sebagai penyendal pintu dan juga tempat penyangkut



Dinding ruang rehat dihiasi 'wallpaper'


Pemasangan cermin hiasan di dinding sebagai pelengkap gaya dan memberi kesan ilusi yang lebih luas kepada sesuatu ruang.

Itu sahaja sedikit perkongsian untuk hari ini. Moga dapat memberi manfaat kepada semua. 

Terima kasih kerana sudi membaca.Tata!


p/s: boleh juga klik disini utk tips make over konominium kecil.

http://sweetamieda.blogspot.com/2015/01/tips-renovate-make-over-kondominium.html