Alhamdulillah

Sunday 27 April 2014

Majlis Anugerah Cemerlang 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 19 April yang lalu sekolahku telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-18 bagi meraikan pelajar2 yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman (tingkatan 1, 2, 4  & 6) serta peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM untuk tahun 2013. Majlis berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran semua guru, pelajar terlibat dan ibu bapa masing2.

Cecikgu bergaya dengan fondant cake yang dihadiahkan oleh salah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2013
Cake
Suasana di dalam dewan yang penuh 
Barisan cikgu di kaunter pendaftaran (i menyibuk je tu kat situ...hehe i portfolio menyediakan buku program)
Cikgu dan anak didik (calon SPM 2013) sesama dapat sijil penghargaan hehe. Alhamdulillah!

Cikgu dan anak didik (calon SPM 2013) sesama dapat sijil penghargaan hehe. Alhamdulillah!
Yang paling kiri dan yang paling kanan ialah cikgu. Yang lain semua anak2 didik yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2013. Tahniah!
^
^
^
^
^
^
^
Gambar kenangan semasa hari mengambil result SPM 2013
( Antara barisan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bergambar dengan Pengetua dan PK1 . Tahniah!)

Semoga semua akan terus cemerlang dalam kehidupan dan bidang yang dipilih. Cikgu mendoakan dari jauh. Yang penting, cemerlang dunia dan cemerlang akhirat.
Amin!
Wassalam!

Sunday 20 April 2014

Cerita kaki & kasut

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama sungguh tak menulis di blog. Ada cerita yang ingin dikongsi tapi masa pulak mencemburui. Bila ada masa terluang pulak, idea pulak melayang entah ke mana haha ( banyak alasan ye ).

Anyway hari ni nak kongsi kisah bapa yang prihatin. Dah lama simpan cerita ni. Alkisahnya, saya terserempak dengan seorang bapa muda dan seorang anak kecil . Kami terserempak di mini library (di dalam sebuah pasaraya terkemuka) semasa saya membawa my little Danish membaca di sana. Bapa muda tersebut setia melayan keletah anaknya.
Apa yang paling menarik, semasa saya dan Danish keluar dari mini library itu, saya tertarik dengan cara bapa muda itu meletakkan kasut anak kecilnya. Sila rujuk gambar di bawah hehe.

kasut si anak diletak dalam kasut si bapa
Baguskan dia??!

^
^
^
^
^
^
^

Ini pula nak kongsi gambar mama dan Danish, si ibu dan si anak. Gambar ni di ambil pada disember 2012 , semasa kami bercuti2 ke negeri2 di sebelah utara Malaysia.

haha jangan marah ye...gambar kaki lah pulak

So, entry kali ni nampaknya memang tentang  kaki dan kasut.
Sekian, jumpa lagi!

Sunday 13 April 2014

Carlo Rino Fashion Show 2014~ here i come!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya berpeluang menghadirkan diri ke Carlo Rino Fashion Show 2014 di Mid Valley Megamall. Memang teruja apabila mendapat jemputan dari pihak penganjur (via e-mail & sms ). Saya memang peminat & pengguna setia Carlo Rino sejak sekian lama.

gambar kad jemputan via e-mail



Pentas peragaan serba putih
Sesi pendaftaran untuk tetamu jemputan oleh pihak Carlo Rino (termasuk i hehe) bermula pada pukul 12.30 tengahari. Ramai wakil media dan pengunjung Mid Valley memenuhi kawasan sekitar pentas peragaan dan balkoni tingkat 1-3 untuk melihat acara ini. Yang bestnya kami (tetamu jemputan) dapat free gift voucher Carlo Rino dan sample parfume Carlo Rino serta dapat membeli barangan di butik Carlo Rino dengan harga diskaun pada hari ini.

Model sedang menggayakan koleksi handbag dan kasut dari Carlo Rino
Model sedang menggayakan koleksi handbag dan kasut dari Carlo Rino
Oleh sebab modelnya seksi (ada ke model x seksi hehe), i hanya tengok sekejap sahaja fashion show tu and after that terus naik ke butik Carlo Rino untuk redeem free gift dan cuci mata (usha handbags hihi) .

Tengah bincang sesuatu hihi
Parfume Carlo Rino

Sempat juga saya join contest Carlo Rino ni tapi sayang kami balik dulu sebelum pemenang diumumkan huhu




Wajah ceria sebab dah dapat sesuatu haha.. dapat apa ye?
Tadaa...!

Free gift: sample parfume dan voucher RM100 (Setiap voucher RM50 boleh digunakan sekiranya anda membeli 1 item Carlo Rino yang berharga RM300 ke atas).

^
^
^
^
^
^
 ^
Jam tangan baru (free rantai)
Namun sempat juga saya membeli jam tangan Carlo Rino yang kebetulan ada diskaun separuh harga tadi (tapi takleh guna voucher masa pembelian jam tangan ni tadi kerana memang jam tersebut sudah harga promotion~special price gitu). Hai macam2 syarat ye..pandai depa bisnes! kui kui kui. Takpe..voucher tu simpan dulu ...

Itu sahaja serba sedikit cerita hujung minggu kami. Harap tak bosan ye. Letak juga kat sini sebab first time dapat jemputan untuk hadir ke fashion show gitu hehe.

Sekian, wassalam!

Saturday 12 April 2014

Masjid Kristal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cuti sekolah yang lalu (29 Mac 2014), kami sempat berkunjung ke Masjid Kristal yang terletak di dalam kawasan pelancongan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Masjid ini dibina dari kaca, keluli dan kristal dan mempunyai keluasan 2146 meter persegi.



Masjid Kristal


Harga tiket River Cruise di Taman Tamadun Islam
Beratur beli tiket





Bot nelayan yang boleh dilihat sepanjang menyusuri sungai 
Bot nelayan yang boleh dilihat sepanjang menyusuri sungai
Bengkel membaiki dan membuat bot

Boya
Masjid Kristal

Kami dibawa menaiki bot menyusuri sungai dan pulau-pulau kecil berhampiran Pulau Wan Man. Jarak perjalanan adalah sepanjang 9 km dan masa yang diambil ialah 45 minit.

Alhamdulillah, sampai sini sahaja untuk kali ini.
Sekian, wassalam!

Wednesday 9 April 2014

Universal Clip Lens

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Just nak share tentang my new mini gajet hehe.. 
"Universal Clip Lens:3-in-1 Photo lens"

1 set RM45
Ada 2 size lens dengan penutup lens dan sarung hitam

Kecil je saiz benda alah ni hehe. Teacher kirim kat anak murid hehe. Haish ..cikgu pulak yang terpengaruh dengan anak muridnya..

Boleh clip pada handphone, Ipad, Tablet,Laptop~ gambar fish eye-lens

Sekian, wassalam!

Thursday 3 April 2014

My Young Scientist 2014!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat semua teman-teman, hari ini nak kongsi cerita tentang salah satu aktiviti yang diadakan di dalam"Minggu Akademik Sains dan Matematik 2014"  di sekolahku. Minggu Sains dan Matematik bermula pada 31 Mac - 4 April 2014.
Salah satu aktiviti yang diadakan  ialah Mini Karnival Sains 2014. Walaupun penat tapi dek kerana terlalu teruja dengan aktiviti ini, maka saya cari juga masa untuk coretkan kisah Mini Karnival Sains ini di sini .
Jeng...Jeng..jeng


Suasana meriah di tapak pameran Sains

Seramai 54 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 (Kelas Sains Tulen dan Sains Teknikal) terlibat dalam menjayakan aktiviti dan pameran berkaitan bidang Kimia dan Biologi (Almaklumlah, aku cikgu Kimia & Bio) . Sekali lagi aku menjadi guru penyelaras untuk aktiviti ini.
 Setelah merancang dan berbincang, kami memilih 16 aktiviti mudah yang sesuai untuk karnival ini. So, kami buka 16 station dan 54 orang pelajar tadi telah kubahagikan tugas masing2.


Station 1:Ice & Salts~Make your own ice blended (without using blender)
Station 2: Human Skeleton ~know your bones!
Station  3: Know Your BMI
Station  4: Dancing Spaghetti & Raisins 
Station 5: "3-layer tea"
Station 6 :Make Your Own Volcano!
Station 7:Acids & Bases in your daily life
Station 8: Starch glue or fake mucus
Station 9: Have fun with biological experiment
Station 10: Frog Dissection
Station 11: Microscope & cell
Station 12:Bouncing Eggs
Station 13: Optical Illusion
Station 14:Bubble Dry Ice
Station 15: Lava Lamp
Station 16: Colour Changes
Ok tak tajuk yang dipilih??hehe, Masa yang diambil untuk persediaan Mini Karnival ini ialah lebih kurang seminggu. Hasilnya?? Jom layan gambar2 di bawah!


Station 1:Ice & Salts (Ice blended with toppings! )


Station 2: Human Skeleton ~know your bones!

Station  3: Know Your BMI


Station  4: Dancing Spaghetti & Raisins
(gambar ihsan google~lupa ambil gambar yang ni)


Station 5: "3-layer tea"(gambar ihsan google~lupa ambil gambar yang ni)
Station 5: "3-layer tea"(gambar ihsan google~lupa ambil gambar yang ni)

Station 6 :Make Your Own Volcano!

Station 6 :Make Your Own Volcano!


Station 7:Acids & Bases in your daily life


Station 8: Starch glue or fake mucus
Station 8: Starch glue or fake mucus

Station 9: Have fun with biological experiment
(gambar ihsan google~lupa ambil gambar yang ni)

Station 9: Have fun with biological experiment

Station 10: Frog Dissection
Station 10: Frog Dissection

Station 10: Frog Dissection

Station 10: Frog Dissection

Station 11: Microscope & cell

Station 11: Microscope & cell
Station 12:Bouncing Eggs (eggs + vinegar)
Station 12:Bouncing Eggs (eggs + vinegar)
Station 13: Optical Illusion
Station 14:Bubble Dry Ice
Station 14:Bubble Dry Ice
Station 14:Bubble Dry Ice
Station 14:Bubble Dry Ice
Station 15: Lava Lamp






Selfie la plak hehe
Selfie la plak hehe

Kesimpulannya, teacher sangat bangga dengan semua pelajar tersayang yang memberi kerjasama tip-top dalam menjayakan Mini Karnival Sains 2014 (pameran + eksperimen)  ini. Anda semua adalah my future scientist!
Good luck! Terima kasih juga kepada semua guru dan pelajar lain yang tak putus2 datang melawat tapak pameran dan menyertai semua aktiviti yang disediakan. 
Karnival Sains ini juga sebenarnya turut disertai oleh pelajar di bawah bimbingan seorang lagi guru sains (gambar terlalu banyak untuk dimuatkan disini). Tahniah juga untuk mereka juga!

Sekian, wassalam!