Alhamdulillah

Showing posts with label Wangsa Maju. Show all posts
Showing posts with label Wangsa Maju. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Rumah terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Al-kisah...sibuk pula memenuhi undangan rumah terbuka dan majlis akikah kawan2 dan saudara -mara di area KL & Selangor ni. Bagus juga, boleh ziarah-menziarahi dan bertukar-tukar cerita serta bermaaf-maafan apabila peluang masih ada ni.
Hari sabtu (17 ogos 2013), kami sempat beraya di 5 buah rumah. Sebuah rumah lagi memang tak sempat dah nak singgah...maaf sangat Izan ya.

Mula-mula, singgah rumah terbuka sahabat baik sejak di USM (dan kini anak kami bersekolah di sekolah yang sama, malah sekelas hehe). Rumahnya area Wangsa Maju

gambar kenangan dengan one of my bestfriends masa di universiti dulu...Su
Kemudian kami menuju ke Selayang Baru, ke rumah kawan suami yang membuat majlis akikah anaknya. Di Selayang tu juga kami singgah beraya di rumah bapa saudaraku . Raya hari tu tak sempat jumpa dia walaupun dia juga balik kampung...ini kerana time tu aku berada di rumah mertuaku.

ada pulak tangan gi tutup muka mama hihi

gambar candid
Dari Selayang, kami bertolak pula ke rumah sepupuku di Kajang dan rumah terbuka terakhir hari ini ialah rumah adik iparku di Semenyih . Fuh....! Kami keluar beraya dari pukul 10.oopg hingga pukul 9.oo mlm baru sampai ke rumah semula.

me and my cousin...Kak Ta



bestnya naik buaian hehe
Sekian, wassalam.
Jumpa lagi next entry...tata!