Alhamdulillah

Showing posts with label tukar tali jam. Show all posts
Showing posts with label tukar tali jam. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

Hari-hariku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni hamba yang hina ini nak berceloteh tentang beberapa perkara yang berlaku pada hari ini...hehe...Harap tuan hamba semua sudi mendengar kisah hamba ini.

Pertamanya, pagi tadi dah dapat satu item yang dibeli secara online (aikk tak sangka hamba yang hina ini pandai pulak membeli barang secara online haha).

30000mAh pink power bank. 

Selepas waktu rehat di sekolahku hari ini, murid tingkatan 4 terlibat dengan ceramah penjagaan gigi di perpustakaan.


Kebetulan pula, salah seorang pelajarku yang cemerlang dalam SPM 2012, datang berjumpa para guru untuk memaklumkan dia akan berangkat ke Mesir untuk  menyambung pengajian dalam bidang dentistry! Tahniah , Hanis Humairah! Semoga berjaya!

cikgu yang senyum terlebih hehe...cikgu tumpang bangga dengan kejayaan anak murid.

Loceng sekolah berbunyi je hari ni, aku terus bergegas pulang kerana terpaksa menghntar duit belanja kepada 2 orang puteraku di sekolah mereka. Ini kerana my hubby terlupa bagi duit belanja anak2 today.

Dialog di sekolah anak-anakku:

Kawan Danial: "Nik, kenapa mama enta datang?"
Danial: "Mama ana datang hantar duit belanja untuk ana dan abang ana. Pagi tadi papa ana lupa bagi duit belanja"

Remarks: Memang suka dengar anak-anak berkomunikasi menggunakan bahasa arab mudah dalam perbualan seharian di sekolah mereka.

Done adegan di sekolah kids, aku memecut Ferrari putih ku (ceh...Ferrari konon padahal Myvi hehe) menuju ke Wangsa Walk pulak. Kenapa? Nak tukar tali jam kat kedai jam . Jam tangan tu baru dibeli tetapi talinya dah rosak. 

Buang tali stainless steel tu dan hanya tali kulit sahaja yang sesuai saiz..

Ini seleksi saiz tali jam (kulit)

Selepas tukar tali jam, perut pun dah berkeroncong. Terus singgah makan di Restoran Mango Chilli kat Wangsa Walk tu.

Nasi goreng patayya nya memang sodapp!

Ok,,itu sahaja buat kali ini...jumpa lagi' next entry'! 'Next entry' nak cerita tentang sambutan hari guru peringkat sekolahku.
Wassalam!