Alhamdulillah

Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Saturday, 21 December 2013

Portfolio 2014!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semua teman berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa.

Pada 20 & 21 hb disember 2013, bermulalah Mesyuarat Guru 1/2014 (merangkumi mesyuarat unit Kurikulum, HEM, Kokurikulum & Kelab Guru dan Staf Sokongan) untuk sekolahku. Cuti sudah habis...welcome back to school everybody!

Kalendar 2014 from MPH

Banyak hasil dapatan sepanjang mesyuarat 2 hari ini..agenda lebih kurang sama, merangkumi persediaan guru untuk sesi persekolahan tahun depan (2014), peringatan tentang dasar2 kerajaan, tugas utama guru dan perancangan serta pembahagian tugas untuk tahun baru serta pembentangan takwim  (aktiviti setahun) 2014. Jadual waktu mengajar untuk setiap guru pun sudah diperolehi.

'Kitab' penting untuk seorang guru hehe Buku Rekod Mengajar (BRM) dan Buku Panduan Pengurusan Sekolah tahun semasa ( merangkumi semua tugas2 guru, takwim dan dasar2 kerajaan )
Ini pula sedikit penambahan untuk etika berpakaian guru wanita. Bermula 2014, guru wanita dibenarkan memakai three-piece suit pants @ two-piece suits pants ke sekolah.
(Kalau i pakai cenggini ke sekolah, agak2 all my chemistry students boleh dapat A+ tak hehehe?)

Bilik guru juga sudah berwajah baru dan ceria dengan pemasangan curtain blind. Wah...ni yang semangat makin berkobar2 nak bekerja mendidik anak bangsa!


Secara jujurnya memang rasa teruja dan bersemangat untuk kembali semula ke sekolah. Walaupun banyak tugasan menanti (berat mata memandang, berat lagi bahu memikul), kerjasama dan sokongan daripada rakan sejawat yang sangat 'sporting', 'sekepala', ceria, dan ikhlas sentiasa memudahkan semua perkara. Tak gitu kawan2? hehe Apa yang penting...KERJASAMA! 

Moga kita semua menjadi cikgu yang berkesan dan mempunyai integriti serta terhindar dari perasaan dengki khianat, cemburu, buruk sangka dan penting diri.

Portfolioku tahun 2014:

Guru subjek Kimia (F4 & F5 -4 kelas)
Guru subjek Biologi (F5-2 kelas)
Penyelaras tingkatan 5
Setiausaha HEM (Hal Ehwal Murid)
AJK Kelab Guru
AJK Disiplin
Guru penasihat PBSM, Kelab Sivik & Bola Baling
Penyelaras subjek Kimia
Penyelaras Makmal Kimia
Tahun 2014 (Nov & dec ) giliranku menjadi Pengawas SPM

****************
*Portfolio setiap guru pun memang banyak hehe dan sepanjang tahun nanti masih akan ada penambahan tugas.

p/s: kepada teman sejawat yang juga mendapat portfolio baru untuk tahun ini...all the best and jom kita buat dan beri yang terbaik!

our client?

A STUDENT!
(A student is an essential part of our job, not an outsider)

Sekian, wassalam!

Monday, 8 April 2013

Jom kita bersukan!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak cerita sedikit tentang Kursus Kepegawaian Sukan yang dihadiri pada hari sabtu lepas. Pengisiannya tentang teknik yang betul dalam acara olahraga seperti lompat tinggi, lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing dan acara balapan. Kursus ini wajib dihadiri oleh semua cikgu cikgi di sekolahku. Wajib tu...tak hadir, dosa !hihihi

Penerangan tentang teknik, syarat serta penghakiman untuk acara lompat tinggi

Penerangan tentang teknik, syarat serta penghakiman untuk acara lontar peluru


Kaedah yang betul untuk melontar peluru


Penerangan tentang teknik, syarat serta penghakiman untuk acara lompat jauh


Penerangan tentang teknik, syarat serta penghakiman untuk acara rejam lembing. Acara ni  takut sikit!huhu

Itu saja antara gambar yang sempat di'snap'. Kursus ni memang  banyak memberi informasi yang berguna dan boleh digunapakai nanti. Terima kasih kepada 3 orang fasilitator jemputan.



Wassalam



Thursday, 4 April 2013

adoi....panasnya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman bloggers dan semua yang sudi membaca 'entry'ku kali ini

Nak dijadikan 'citer', 'today' i kena jadi 'bidan terjun' (biasa ler cikgu,mcm2 kena jadi) bawa budak olahraga ke pertandingan peringkat zon. Ada seorang guru olahraga dan i jadi peneman dia la. Lokasi pertandingan, Mini Stadium Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Almaklum, cuaca sekarang yg panas dan x menentu..adoiiii...mmg jap ja dahaga air.Tapi yang menjadi masalahnya, air kat tandas pulak takde huhuhu...Bayangkan dengan jumlah orang yang ramai dan semua toilet tiada air.Dahla cuaca panas, sampai nak minum air pun takut nak ter 'tut' coz tiada air kat toilet.

Kami bertolak dari sekolah around kul 6.30pg dan now 2.30ptg....kami masih setia disini...setia la sangat ,hehe satu badan bau busuk masam,bermandi peluh.Nasib baik mana nak solat zuhur tadi ,ada air jap kat surau.Syukran!

Persembahan pada majlis perasmian penutup Kejohanan Olahraga Zon Keramat.

p/s: pukul 7.00 mlm baru kami sampai ke sekolah semula.Fuh, penat!!

share sikit gambar kasut sukan baru i hihihi...cantik tak??


itu saja utk kali ini.tata!



Thursday, 21 March 2013

Terima kasih, cikgu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?

At last, berakhir juga debaran dihati hari ini....result SPM 2012 dah diumumkan 'today'...sudah menjadi lumrah, ada yang menerima keputusan peperiksaan dengan tangisan gembira dan ada juga yang menangis pilu melihat keputusan yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan. Tak kurang juga yang gembira dan ceria mendapat slip peperiksaan walaupun keputusan tidak memberangsangkan (itu kes yang dia dah dapat jangka akan memperoleh keputusan teruk!!). Apa-apapun, cikgu ucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar2 tersayang yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan baik. Nampaknya segala penat lelah anda semua telah terbayar dengan keputusan yang diumumkan hari ini. Kepada  calon yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan, in sha allah, ada hikmahnya dan tentunya ada peluang untuk anda menyambung pengajian nanti. Berdoalah pada Allah.

Apa yang cikgu rasa? Sangat gembira bila melihat anak didikku berjaya dengan cemerlang. Cikgu sentiasa mendoakan kalian bakal menjadi insan yang berguna pada masyarakat kelak. Terima kasih kepada semua pelajar cikgu yang datang berjumpa cikgu tadi dan mengucapkan kata keramat:

"Terima kasih , cikgu!"


Dengan sabar menunggu keputusan diumumkan oleh pengetua

 tak sabar untuk melihat keputusan  di kaunter kelas masing-masing

Salah seorang pelajar yang mendapat keputusan 8A dan 1B (BM)- Megat

teacher n students! (Gayathri -berbaju tshirt biru- semua A!)
tahniah semua!

Nik Nornisa - 8A & 1B (BM)

 Tahniah buat Shakir, Hafizuddin, Diyana dan Rafiq!

Hanis Humairah- calon semua A!

Adli diapit oleh cikgu Kimia dan Add Math hehe

Tahniah, Farahin Alya!

p/s : Ini antara foto yang sempat dirakam tadi.  Anyway, kepada semua pelajar cikgu, good luck dan selamat melangkah ke alam universiti dan alam pekerjaan. Kuatkan jati diri dan tingkatkan keazaman untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Jadilah insan yang cemerlang dunia dan akhirat! Biar cemerlang akademik seiring dengan cemerlangnya emosi, akhlak dan rohani.

Salam sayang dari cikgu...!



Tuesday, 19 March 2013

Mini Karnival Sains 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat semua teman-teman, hari ni nak kongsi cerita tentang satu aktiviti Minggu Akademik Sains dan Matematik 2013 yang diadakan disekolahku. Minggu Sains dan Matematik bermula pada 18-22 Mac 2013.
Salah satu aktiviti yang diadakan pada hari ini ialah Mini Karnival Sains. Walaupun penat tapi dek kerana terlalu teruja dengan aktiviti ini, maka saya cari juga masa untuk coretkan di blog ini pada malam ini.
Jeng...Jeng..jeng


Untuk Mini Karnival ini aku memilih kelas 5 sains 2 untuk membantuku menjayakan aktiviti dan pameran berkaitan bidang Kimia dan Biologi (Almaklumlah, aku cikgu Kimia & Bio). Setelah merancang, kami memilih 10 aktiviti mudah yang sesuai untuk karnival ini. So, kami buka 10 station dan pelajar kelas 5 sains 2 tadi telah kubahagikan tugas masing2.

  1. Station 1:Camouflage Animals
  2. Station 2: Human Skeleton
  3. Station  3: Know Your BMI
  4. Station  4: Have Fun With Chemical Formulae
  5. Station 5: Mari Berseronok dengan Ensiklopedia Sains
  6. Station 6 :Make Your Own Volcano!
  7. Station 7:Acids & Bases in your daily life
  8. Station 8: Ilusi tangan berlubang
  9. Station 9: Optical Illusion & Multimedia presentation  (video experiment)
  10. Station 10: Frog Dissection
ok tak tajuk yang diplih??hehe, Masa yang diambil untuk persediaan Mini Karnival ini ialah lebih kurang 3-4 hari. Hasilnya??

Camouflage activity: prey n predator
Simulasi butang dan kain latar warna berbeza.
(Boleh refer textbook Biologi f5, chapter variation)

Human Skeleton 
(dah siap berlabel dan ada juga ensiklopedia berkaitan)

Know Your BMI
 (Ukur tinggi dan berat serta kira BMI anda disini)

 Have Fun With Chemical Formulae

Have Fun With Chemical Formulae

Mari Berseronok dengan Ensiklopedia Sains


Make Your Own Volcano!

 Make Your Own Volcano!

Make Your Own Volcano!


Acids & Bases in your daily life

Ilusi tangan berlubang

Ilusi tangan berlubang

  Optical Illusion & Multimedia presentation  (video experiment)

 Optical Illusion & Multimedia presentation  (video experiment)

Katak!!!

Frog Dissection

Frog Dissection

Pengetua juga turun padang untuk melawat tapak pameran .!

Dancing spagheti ( in vinegar)

me and my young scientist!
Good job, everybody!

Dan ada banyak lagi aktiviti dan pameran sains dari kelas lain namun tak terlarat pulak eden nak muat naik kesemua picture kat sini. Itu saja untuk kali ini. Selamat membaca and tq!
Wassalam!

Salah satu eksperimen sains dari kelas 4 akaun