Assalamualaikum dan salam sejahtera
Adakah tajuk entry saya kali ini menarik atau seram ?hehe. Jangan takut ya...hari ni nak share tentang lawatan ke Management & Science University (MSU), Shah Alam.
mula-mula sampai ke MSU |
Ceria! |
Murid-muridku dibahagikan kepada 3 kumpulan |
Aku dan seorang lagi teman guru membawa 74 orang pelajar aliran sains tulen untuk melawat kampus MSU. Disana kami berpeluang untuk masuk ke bilik bersalin, bilik mayat (mayat2 betul ini digunakan untuk tujuan pembelajaran bakal2 doktor) , dissection hall dll. Tapi sayangnya kami tak boleh nak ambil gambar huhu.
Lawatan ini memang sangat mengujakan! Dapat melihat sendiri mayat basah yang terendam dalam larutan formalin ( bau formalin mmg sangat kuat dan menyengat hidung). Dapat melihat mayat kering . Ada juga mayat yang belum diproses yng disimpan di dalam freezer (Mayat2 ni dibeli dari India untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran). Dapat lihat organ2 dalam badan manusia yang telah di awet. Dapat melihat patung simulasi (patung wanita bersaiz kita yang dalam proses melahirkan anak!) . 1 patung simulasi ni berharga menyamai sebuah kereta Vios!
sempat snap pic pada screen semasa sesi taklimat (semasa masuk dalam dissection hall kami takleh ambil picture real spesimen ) |
Selain itu kami juga dibawa melawat library.
Kami juga dibawa melawat fakulti lain seperti course Diploma / Bachelor in Spa Management and Diploma/ Bachelor in fashion design.
Jacuzzi |
Spa |
kolam renang pun ada |
Banyaknya mesin jahit |
Galeri menyimpan hasil kerja pelajar fashion design |
Aiyoo..gemuks gedempol teacher dalam picture ni hehe |
Sebelum balik, kami semua dijamu makan tengahari dulu di kafetaria MSU. Memang lawatan yang best dan mengujakan serta menepati objektif. Pelajar2 yang menyertai lawatan hari ini majoritinya pelajar form 5 dan semuanya aliran sains tulen . Ramai yang bercita-cita nak jadi doktor, farmasi, saintis dll.
Terima kasih diucapkan kepada pihk MSU.
Sekian, wassalam!