Alhamdulillah

Showing posts with label trial SPM. Show all posts
Showing posts with label trial SPM. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Busy sedunia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah, lamanya tak tulis entry baru...rindunyaaaaaa.....! Kenapa menyepi? Kerana sibuk 'pulun sakan' menanda kertas peperiksaan trial SPM(Biologi dan Kimia). Lega betul bila dah 'setel' tanda paper, key-in marks dan berbincang jawapan dengan pelajar. Tapi , lega pun sekejap je sebab kena 'pulun' sediakan set soalan untuk gerak gempur SPM (Biologi) dan peperiksaan akhir tahun form 4 (kertas Kimia)  bermula 7 oktober nanti . Aagghhhh!

Sepanjang minggu lepas (selain menanda kertas exam) , memang padat dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM. Tahun ini, aku sebagai penyelaras sukan dan permainan bertanggungjawab untuk 'type' dan 'print' sijil berkenaan (249 keping sijil!).

Sijil penyertaan & penghargaan yang dah siap di print.
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Selain itu, pada minggu lepas,  para guru juga terlibat dengan Kursus I - THINK untuk meningkatkan profesionalisme guru dan mempelbagaikan serta mempermudahkan method pengajaran dan pembelajaran.



sign language untuk jenis2 peta pemikiran
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Pada hari Sabtu (28 september), kami sekeluarga menghadiri Karnival Kokurikulum di sekolah anak2 (sekolah rendah). Kebetulan MIL ada kat rumah, dia pun ikut sama ke Karnival tersebut. Memang meriah, macam2 ada. Paintball, golf, persembahan, pertandingan mewarna, bercerita dan lain-lain.




Pokok cactus untuk di jual
Haikal dan kawan2nya!

kawad kaki berirama yang best!
hand-made kerongsang..so colourful!
Danial menyertai pertandingan mewarna
Haikal sedang beratur untuk main paint ball


Haikal main paint ball

Danial menang tempat ke-3 pertandingan mewarna. Tahniah!
my hubby & his mum!

^
^
^
^
^
^
^
Ini pula menu pilihan little Danish untuk lunch selepas balik dari sekolah abang2nya!

chicken kebab sandwich with chips! Yummy!






p/s: Sebelum terlupa, nak selitkan kat sini juga tentang seorang pelajar sekolahku yang ditimpa musibah (rumah musnah dalam kebakaran). Semoga pelajar ini sekeluarga tabah dan bersabar dengan dugaan ini. In sha allah!

Sekian, wassalam!

Thursday, 29 August 2013

Drilling charge$

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entry kali ini adalah sambungan kepada 'extra charge' yang dikenakan oleh My world Logistics Home Delivery yang membuat penghantaran perabot Ikea ke rumahku.

Sila klik sini untuk baca entry sebelumya.


Rupanya memang ada statement yang mengatakan tentang wujudnya 'drilling charge' ..hmmmm..cuma tak dinyatakan berapa RM.

Inilah  'cabinet' kecil tempat our little Danish simpan keretanya.



Banyak lagi kereta mainannya yang tak muat nak letak dalam ni hehe





muffin coklat lagi!...buat atas permintaan anak2. Kali ni Danial pula nak bawa ke sekolah.

pelajar tingkatan 5 sedang menduduki Percubaan SPM

Tuesday, 27 August 2013

Trial SPM, Coway water Purifier & Ikea extra charge?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum terlambat , nak wish good luck untuk semua pelajarku (tingkatan 5) yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM bermula hari isnin (26/8/13). Buat yang terbaik ya!!!


Minggu lepas, ada satu lagi 'pembantu baru' dari Korea di dapurku hehe...tadaa! !
(sila rujuk gambar di bawah).
 Alhamdulillah

Coway water purifier (model : Petit )

Minggu lepas juga sesi menggantikan aircond lama yang rosak (dah tak dapat dibaiki lagi ) kepada aircond baru (dalam bilik tidur utama). Pendek kata, memang banyak la benda baru sehari dua ni kat rumah ni. Kebetulan sebenarnya.

Hari ahad (25/8/13), kami sempat berkunjung ke Ikea untuk mencari barang yang sekian lama diminta oleh our little Danish hehe. Tau apa yang Danish nak? Danish nak 'display cabinet' untuk simpan semua kereta mainannya hehe. Danish dapat idea ni semasa berkunjung ke rumah ibu saudaraku yang kebetulannya memang ada satu unit display cabinet utk toys anak2nya di rumahnya. Tapi kami tak beli  display cabinet yang diperbuat daripada glass kerana takut mudah pecah dan membahaya pada anak2ku. Kami pilih bookcases berpintu kaca.

seronok sangat naik troli barang hehe
best sangat gi Ikea kan. Sumer nampak cantik je hehehe
Almari putih tulah yang Danish punya.
Baru sampai tadi (Selasa, 27 /8/13) jadi belum sempat isi mainan Danish lagi.
Almari ni berpintu kaca
Mama Danish tak sempat lagi nak simpan semua kereta Danish.
Tu yang sikit tu Danish yang simpan sendiri hihi

Sebenarnya ada sedikit rasa sangsi dan tak puas hati semasa pemasangan unit kabinet ni tadi di rumahku. Ini kerana aku dikenakan caj tambahan untuk 'drill' satu lubang pada dinding supaya almari ni 'attached' pada dinding dan tak mudah terbalik. Padahal memang dah ada dalam manual pemasangan yang almari ni perlu di 'attach' pada dinding pada bahagian atasnya. 

Manual Pengguna


Mengapa mesti kena caj tambahan sebanyak rm65  untu tebuk satu lubang di dinding? Atau aku kena kelentong dekat pekerja Ikea yang datang pasang tadi? Sebab segala kos penghantaran dan pemasangan telah dijelaskan di Ikea pada hari kami membeli produk ini.


details yang telah dijelaskan bayarannya di Ikea (ini untuk satu item sahaja):

Billy Olsbo glass (pintu cabinet) = RM80.00
Billy bookcases (almari) = RM125.00
Home delivery charge(penghantaran) =rm75
Assembly charge (pemasangan) = 16.40

tetiba today, masa pemasangan, Mat Bangla tu cakap kena bayar lagi extra rm65. Tak puas hati betul tapi malas nak tanya lebih2 sebab my hubby pun takde kat rumah...i'm alone je huhu. Kan takut diapa2kan pulak. Nauzubillah!


Sekian, wassalam!
Jumpa lagi next entry!

Thursday, 18 July 2013

Exam is just around the corner

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masa memang sangat cepat berlalukan. Tak lama lagi para pelajarku (tingkatan 5) akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM ( selepas cuti raya aidilfitri). So, hanya ada lebih kurang  sebulan sahaja lagi sebelum mereka menempuh peperiksaan penting itu.

Teacher nak ambil kesempatan disini untuk mengucapkan Good Luck kepada semua pelajar2 yang disayangi ( 5 sains 1, 5 sains 2 dan 5 teknikal) terutamanya untuk subjek Kimia dan Biologi.

gambar ihsan google

Tips yang perlu diamalkan setiap masa :

Jaga kesihatan dan pemakanan (kurangkan pengambilan makanan yang tidak baik untuk minda dan kesihatan fizikal).

Dapatkan tidur yang cukup pada waktu malam (tidur sebelum pukul 12 tgh malam ya)

Fokus semasa guru mengajar dalam kelas.

Buat peta minda sendiri.

Study group.

Jaga solat dan hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Berdoa pada Allah.

Hormati guru dan ibu bapa.

Jangan STRESS!


gambar ihsan google
gambar ihsan google

gambar ihsan google

Untuk pelajar form 4 (4 sains 1, 4 sains 2 dan 4 teknikal), please get ready for final exam ya. Ok, itu sahaja. Wassalam!