Alhamdulillah

Showing posts with label Hishop. Show all posts
Showing posts with label Hishop. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

Istanbul,aku datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Yang ditunggu 2 dah tiba...tadaa...!


apa yang ada kat dalamnya?


Actually, saya beli 2 item ni sahaja. 
Jenama FCC (kosmetik halal berasal dari Istanbul, Turki).
 Satu cream CC (pelembap merangkap sunblock) dan satu lagi eye shadow.

(gambar ihsan Mr Google)

Saya beli 2 item ni secara online di Hishop. Dan dapat juga 3 'free sample" produk lain. 

Ini semua percuma...terima kasih Hishop! Pastu siap dapat 'points' lagi. Satu 'point' untuk pembelian RM1.

Walaupun saya ni bukan kaki 'makeup', sekali sekala macam teringin juga nak tampil cantik (especially utk my hubby ...ehem..ehem..). So, bila dengar ada produk halal (FCC) ni , rasa tertarik untuk mencuba. So, ni 'my first attempt 'dengan produk ni. Moga sesuai dan berseri-serilah hendaknya muka i yang comot ni hehe. Kot-kot dah pakai jadi cantik jelita macam Lisa Surihani pulak hahahaha. Istanbul, aku datang!

Sekian, Wassalam!

Friday, 3 May 2013

Entry Rojak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Cepatnya masa berlalu....busy..busy...busy...macam2 kerja dan perkara perlu dibereskan...Sedar tak sedar hari ni dah hari Jumaat, 3hb Mei 2013. Esok kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada 5 hb mei nanti...
Macam-macam perkara berlegar2 di dalam kotak fikiranku ini...Minggu depan aku terlibat dengan bertugas diluar daripada 7-11hb mei. Maksudnya tidak berada di sekolah pada saat pelajar-pelajarku sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Soalan 'exam' pun ada yang masih belum siap ( walaupun 'exam' subjekku lambat lagi) tapi risau jugakan. Bukan sengaja taknak buat...tapi memang sangat 'busy' dengan pelbagai perkara hingga tak cukup kaki tangan huhu

Hari ni pun kami baru selesai menjalankan satu 'event' penting (program sekolah) iaitu 'Road Run'. Dan selepas aktiviti tersebut, semua guru terlibat dengan mesyuarat pula.

Ini antara gambar yang sempat diambil sekitar acara pagi tadi.





 'Warming up' sebelum mula berlari

'Warming up' sebelum mula berlari

 Haha jangan marah!Ini bukan gambar berkempen mana-mana parti politik ya. Tapi kebetulan tempat 'check point ' kami tadi memang meriah dihiasi dengan bendera pelbagai warna dan rupa hehe

Menjaga' check point' dalam hujan. Nasib baik K.Hasmah ada 'supply' payung besar ni hehe.Tq,akak!

Apa-apa pun tahniah buat rumah sukan Emerald tadi kerana johan acara road-run!
Thumbs up!

Sebelum terlupa nak 'share' juga beberapa lagi aktiviti sekolah yang baru berlangsung juga iaitu 'fire drill' dan Majlis Anugerah Cemerlang

'fire drill'

Photo: Majlis Anugerah Cemerlang
Guru bersama -sama sebahagian penerima hadiah pencapaian terbaik dalam SPM 2012 untuk Majlis Anugerah Cemerlang. Tahniah semua!



Sekian , itu sahaja untuk kali ini. Nak 'packing bag' untuk balik kampung pula. Tata semua!Selamat mengundi semua! Safe journey,everybody! Jadilah pemandu berhemah dijalanraya dan pengundi yang bijaksana!

p/s: tak sabarnya nak dapat barang yang baru dibeli secara 'online' hehe. Baru beli di website Hishop. Nak tau barang apa yang baru dibeli tu?Tungguuu! hehe

Wassalam