Alhamdulillah

Showing posts with label Keputusan SPM. Show all posts
Showing posts with label Keputusan SPM. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

Terima kasih, cikgu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?

At last, berakhir juga debaran dihati hari ini....result SPM 2012 dah diumumkan 'today'...sudah menjadi lumrah, ada yang menerima keputusan peperiksaan dengan tangisan gembira dan ada juga yang menangis pilu melihat keputusan yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan. Tak kurang juga yang gembira dan ceria mendapat slip peperiksaan walaupun keputusan tidak memberangsangkan (itu kes yang dia dah dapat jangka akan memperoleh keputusan teruk!!). Apa-apapun, cikgu ucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar2 tersayang yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan baik. Nampaknya segala penat lelah anda semua telah terbayar dengan keputusan yang diumumkan hari ini. Kepada  calon yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan, in sha allah, ada hikmahnya dan tentunya ada peluang untuk anda menyambung pengajian nanti. Berdoalah pada Allah.

Apa yang cikgu rasa? Sangat gembira bila melihat anak didikku berjaya dengan cemerlang. Cikgu sentiasa mendoakan kalian bakal menjadi insan yang berguna pada masyarakat kelak. Terima kasih kepada semua pelajar cikgu yang datang berjumpa cikgu tadi dan mengucapkan kata keramat:

"Terima kasih , cikgu!"


Dengan sabar menunggu keputusan diumumkan oleh pengetua

 tak sabar untuk melihat keputusan  di kaunter kelas masing-masing

Salah seorang pelajar yang mendapat keputusan 8A dan 1B (BM)- Megat

teacher n students! (Gayathri -berbaju tshirt biru- semua A!)
tahniah semua!

Nik Nornisa - 8A & 1B (BM)

 Tahniah buat Shakir, Hafizuddin, Diyana dan Rafiq!

Hanis Humairah- calon semua A!

Adli diapit oleh cikgu Kimia dan Add Math hehe

Tahniah, Farahin Alya!

p/s : Ini antara foto yang sempat dirakam tadi.  Anyway, kepada semua pelajar cikgu, good luck dan selamat melangkah ke alam universiti dan alam pekerjaan. Kuatkan jati diri dan tingkatkan keazaman untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Jadilah insan yang cemerlang dunia dan akhirat! Biar cemerlang akademik seiring dengan cemerlangnya emosi, akhlak dan rohani.

Salam sayang dari cikgu...!