Alhamdulillah

Showing posts with label hadiah harijadi. Show all posts
Showing posts with label hadiah harijadi. Show all posts

Saturday, 29 June 2013

4 tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak ambil peluang disini untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke - 4 tahun untuk anakanda tersayang...Danish (29 jun 2009 - 29 jun 2013). Semoga membesar dengan baik, sihat & ceria serta menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. Semoga dilimpahi nikmat dan rezeki yang halal , hidup diberkati serta sentiasa diberi petunjuk dan hidayah supaya menjadi Muslim yang teguh benteng diri dan mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. Amin!

gambar ihsan google

Danish dan mama! 

Danish dapat hadiah harijadi daripada tok ma dan tok bah ~ RM100.
Terima kasih tok ma dan tok bah!

Acara membeli hadiah untuk besday boy!.. Danish nak kereta mainan, books and crayons!..
Books kami nak bawa dia ke Book Xcess, Amcorp Mall esok untuk pilih sendiri hehe..hurray!

Posing dengan koleksi kereta mainan baru ...2 bijik je? Ada lagi tu hehehe. Hobi Danish kumpul koleksi kereta.  Hot Wheels Car pelbagai warna, saiz dan bentuk ni memang dah lebih daripada 100 buah dalam koleksinya...

Besday boy teman mama shopping alatulis 

Besday Cake!



Papa & Danish!

Itu sahaja untuk kali ini..Jumpa next entry ya. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke blog ini.
Wassalam!




Sunday, 26 May 2013

Meraikan birthday boy!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedikit cerita tentang meraikan harijadi Haikal hari ni. Diraikan secara sederhana sahaja.
Pepagi semasa nak keluar bersarapan Haikal dah dapat kejutan daripada papa tersayang hehe. Dia masuk dalam kereta, tengok- tengok papa dah letak hadiah siap2 untuknya. Teruja sampai melompat haha. Mama pun tak tahu plan papa hehe. Memang dah pakat ngan my hubby, dia beli hadiah dan saya beli kek tapi tak tahu pulak dia dah beli awal2. Tq papa!


Hadiahnya seperti yang Haikal idam-idamkan la hehe...jersi bola

Selepas sarapan kami ke TGV cinemas Wangsa Walk untuk  menonton cerita kartun berjudul EPIC. Best juga cerita ni..memang seisi keluarga terhibur .

gambar ihsan mr google
Haikal dan mama!
Selepas itu, kami memulakan acara mencari beg sandang Haikal. Tok ma dan tokbah dah 'bank in' duit RM100 kepada Haikal sebagai hadiah harijadi ( tqvm tok ma & tokbah) . So, kami beri kebebasan kepada Haikal untuk menggunakan duit itu untuk membeli barang yang dia kehendaki. Haikal beli sandal dan beg sandang. Duit RM100 tu masih berbaki lagi. Haikal simpan dulu. Ada la tu lagi nanti dia nak beli apa-apa tu.

Bergaya dengan beg baru hehe (@ home)
Sebelum balik rumah, kami singgah beli kek harijadi untuk Haikal.


my heroes!


Syukur, alhamdulillah!
Ini sahaja coretanku untuk kali ini. Moga putera-putera kami ini membesar menjadi Practicing Muslims! Amin!