Alhamdulillah

Showing posts with label 2 jun 2013. Show all posts
Showing posts with label 2 jun 2013. Show all posts

Wednesday, 5 June 2013

JJCS Part 7 : Taman Seribu Bunga, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Topik hari ni tentang 'pit stop' kami di Melaka (otw balik dari Johor ke KL). Sebenarnya kami selalu pergi ke Melaka (of course sebab Melaka banyak sangat tempat menarik untuk dikunjungi) dan kali terakhir kami bercuti ke Melaka ialah pada bulan Feb 2013. Sila klik disini untuk baca entry tentang Malacca 2013.

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Melaka. Antaranya:

Kota A'Famosa
Menara Taming Sari
Melaka River Cruise
Muzium Samudera
Zoo Melaka
Taman Buaya
Taman Mini Malaysia
Perigi Hang Tuah
Pantai Klebang
A' Famosa Cowboy Town n Animal Safari
Taman Lebah
Taman Rama - rama
Bangunan Stadthuys (bangunan merah)
Melaka Duck Tours
naik beca
dll

Tapi untuk 'pit stop' kami kali ini, kami tak berniat untuk berkunjung ke semua tempat di atas (kerana kekangan masa dan nasib baik semuanya sudah banyak kali dilawati...tapi anak2 tetap 'excited' setiap kali datang Melaka hehe mama dia pun sama), kami hanya singgah bermalam di hotel dan pada keesokan harinya terus bertolak pulang ke KL. Sebelum pulang ke KL sempat breakfast di kedai makan yang menjadi kegemaran kami setiap kali berkunjung ke Melaka kerana roti  canai dan karinya yang sedap hehe. Nasi lemak dan murtabak pun ada. Nasi beriani dia kami tak pernah try lagi coz biasanya kami gi kedai ni untuk breakfast.


apa yang khusyuk sangat dok tgk kat BB papa tu?
Selepas breakfast, kami ronda-ronda sekejap Bandaraya Melaka sebelum bertolak pulang ke KL.  Tetapi tetiba otw tu ternampak pulak signboard Taman Seribu Bunga. Eh, tak pernah singgah sini...jom singgah jap bang hehe. Sempat lagi tu. 


over pulak mama posing huhu
Danial yang cucuk kaktus bukan kaktus yang cucuk Danial hehe


cantik bunga ni kan..Big leaf Hydrangea 

cantik juga taman ni...masuk pun percuma je. 

gambar ihsan Mr Google
gambar ihsan Mr Google
gambar ihsan Mr Google


Taman Seribu Bunga Melaka
Jalan Gapam, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh 
Melaka



Ok, sampai sini dulu untuk entry ku kali ini. Sehingga ketemu lagi dalam entry akan datang. Sekian, Wassalam!