Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tadi terbaca satu blog tentang seorang ibu yang risau kerana anak lelakinya yang berumur 5 tahun menulis ABC terbalik. Pada mulanya dia ingat kerana anaknya kidal. Tetapi dia terbaca artikel tentang penyakit Dyslexia dan hatinya mula gundah. Mintak jauh lakan! Nauzubillah. Teman-teman boleh dapatkan maklumat tentang Dyslexia di website.
My little Danish yang baru nak mencecah umur 4 tahun nipun selalu juga tulis terbalik-terbalik hehe. I hanya anggap sebab dia masih kecil dan sebab kami hantar dia belajar di Pusat Tahfiz jadi Danish lebih dahulu mengenal huruf jawi daripada rumi. Lagipun Danish menulis huruf jawi dengan betul. My little Danish juga lefthanded (kidal) tak seperti kedua-dua abangnya yang right-handed. My hubby memang suka sangat la 'coz' dia pun left handed, so dia ada geng hehe.
Danish's handwriting (tengok huruf J dan Z terbalik haha)..
rasanya tulisan dia dah ok untuk budak berumur 4 tahun kan ?
rasanya tulisan dia dah ok untuk budak berumur 4 tahun kan ?
So, memang tugas ibu bapa untuk memerhatikan anak2 , mendidik dan memberi kasih sayang yang sewajarnya . Hargai anak2 dan detik2 indah bersama mereka.
P/S: Tadi little Danish (yang suka main game di tablet) bertanya papanya,
" masa papa kecik dulu papa pandai tak main game ni?(merujuk game lumba lari kat tablet Samsungnya).
papa jawab," masa papa kecik dulu, tab tu takde lagi haha"
Tengok , perbezaan generasikan?hehe