Alhamdulillah

Showing posts with label Mabohai Resort. Show all posts
Showing posts with label Mabohai Resort. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Mabohai Resort, Pantai Klebang, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih lagi sambungan tentang cerita cuti sekolah. Balik dari JB kami sempat singgah Melaka untuk satu malam (18-19/9/2014). Boleh klik disini untuk baca tentang KSL Hotel, JB dan De Hotel, Ipoh.

Sempat merasa makan Rojak Jawa kat Ayer Hitam on the way dari JB ke Melaka

Disebabkan percutian ke Melaka tidak dirancang awal, kami mengalami kesukaran untuk mendapat bilik hotel. Kebanyakan hotel yang kami inginkan semuanya penuh pada tarikh yang dikehendaki. Jadi kami hanya terjah sahaja area Pantai Klebang tu (memang mencari hotel area situ). Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga satu resort baru. Resort kecil sahaja dan masih ada satu blok lagi masih dalam pembinaan.

Mabohai Resort



Rate bilik untuk satu malam ialah RM140 (Seaview). Bilik kecil dan mempunyai 1 katil double dan 1 katil single. Harga amat berpatutankan.!
Ada juga 'swimming pool kecil' disediakan. Parking kereta depan bilik masing-masing.








Coconut shake Klebang yang sedap!

Coconut shake Klebang yang sedap!
Malamnya kami sempat mencari dobi layan diri untuk mencuci pakaian kotor sebelum pulang ke KL. Balik KL nanti takdelah penat sangat kan. Maklumlah dah berhari-hari travel.

Bubblelab Laundry Arcade, Taman Anika, Melaka

Besar juga dobi layan diri ni. Siap ada playground untuk kanak-kanak dan kerusi urut.

Esoknya sebelum pulang ke Kl sempat cuci mata tengok kebaya nyonya yang cantik dan sangat meriah warna dan coraknya.





Sekian dulu buat kali ini. Till we meet again. Wassalam!