Alhamdulillah

Showing posts with label Sunathon. Show all posts
Showing posts with label Sunathon. Show all posts

Sunday, 24 November 2013

Sudah potong...Sunathon!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah untuk kedua-dua orang putera tercinta kerana hari ini mereka berdua telah selamat dikhatankan secara beramai-ramai dalam majlis yang sangat meriah. Majlis berkhatan beramai-ramai ini atau namanya Sunathon telah dianjurkan oleh sekolah mereka dan dilakukan di sekolah. Seramai 33 orang murid mengambil bahagian. Program bermula seawal jam 8 pagi.

Semua peserta Sunathon dan famili masing2 dikumpulkan di Dewan Serbaguna. Ketibaan VIP untuk merasmikan majlis. Sedikit briefing diberikan daripada pakar perubatan yang in-charge (dari Pusat Perubatan HUKM). 

Acara di teruskan dengan penyampaian cenderamata berupa beg door gift (macam2 ada dalam beg tu..Alhamdulillah), duit (RM35) dan bunga telur kepada setiap seorang peserta Sunathon. Peserta termuda berumur 4 tahun.!

Seterusnya peserta diarak dan dikumpulkan serta dimandikan beramai-ramai dengan semburan paip dari ahli bomba. Meriah betul!

Selepas dimandikan...peserta tukar baju dan memakai kain pelikat dan dijamu dengan pelbagai hidangan yang enak2. Dan...bermulalah acara utama....jeng...jeng..jeng..


gift dan bunga telur untuk peserta Sunathon

tokbah bersama-sama cucu tersayang











sejukkk!





menunggu turn!


Dah selesai bersunat...syukur...semua berjalan lancar !

Dah selesai bersunat...syukur...semua berjalan lancar !



 Semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Syukur semua berjalan lancar dan tiada adegan yang tak diingini berlaku. Peserta Sunathon pun semua ceria n  'cool' je mungkin kerana semangat dan dorongan dari kawan2, para guru dan famili masing2.

Sekian,wassalam!