Alhamdulillah

Friday 30 August 2013

Open house & daging dendeng arab

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam hari jumaat; penghulu segala hari. Moga teman semua berada dalam keadaan aman sejahtera.

gambar ihsan google

Alhamdulillah, hari ini ada satu lagi jemputan rumah terbuka dari teman sekerja. Rezeki hari Jumaat..! So, selepas tamat waktu persekolahan, kami beramai2 konvoi menuju ke destinasi. Dekat je hehe.

Pelbagai juadah yang lazat disajikan antaranya nasi with daging dendeng Arab (yang sangat sedap!), nasi himpit kuah kacang, makaroni bakar, spaghetti, ayam bakar, daging kambing pun ada dll. Alhamdulillah. Terima kasih Kak Hazlila! Moga lebih murah rezeki dan hidup lebih diberkati. In sha Allah!



makaroni bakar



meriahnya raya!
Tuan rumah ( Kak Hazlila) yang bertudung biru
cantik hiasan atas meja ni!

Ok Kak La, terima kasih banyak2. Lain kali ajak lagi tau hehe. Tata! Wassalam!

"Gendang gendut, tali kecapi,
kenyang perut, suka hati"


Sebelum terlupa, nak wish juga:

gambar ihsan google
gambar ihsan google


Jumpa lagi next entry.

Thursday 29 August 2013

Drilling charge$

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entry kali ini adalah sambungan kepada 'extra charge' yang dikenakan oleh My world Logistics Home Delivery yang membuat penghantaran perabot Ikea ke rumahku.

Sila klik sini untuk baca entry sebelumya.


Rupanya memang ada statement yang mengatakan tentang wujudnya 'drilling charge' ..hmmmm..cuma tak dinyatakan berapa RM.

Inilah  'cabinet' kecil tempat our little Danish simpan keretanya.



Banyak lagi kereta mainannya yang tak muat nak letak dalam ni hehe





muffin coklat lagi!...buat atas permintaan anak2. Kali ni Danial pula nak bawa ke sekolah.

pelajar tingkatan 5 sedang menduduki Percubaan SPM

Tuesday 27 August 2013

Trial SPM, Coway water Purifier & Ikea extra charge?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum terlambat , nak wish good luck untuk semua pelajarku (tingkatan 5) yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM bermula hari isnin (26/8/13). Buat yang terbaik ya!!!


Minggu lepas, ada satu lagi 'pembantu baru' dari Korea di dapurku hehe...tadaa! !
(sila rujuk gambar di bawah).
 Alhamdulillah

Coway water purifier (model : Petit )

Minggu lepas juga sesi menggantikan aircond lama yang rosak (dah tak dapat dibaiki lagi ) kepada aircond baru (dalam bilik tidur utama). Pendek kata, memang banyak la benda baru sehari dua ni kat rumah ni. Kebetulan sebenarnya.

Hari ahad (25/8/13), kami sempat berkunjung ke Ikea untuk mencari barang yang sekian lama diminta oleh our little Danish hehe. Tau apa yang Danish nak? Danish nak 'display cabinet' untuk simpan semua kereta mainannya hehe. Danish dapat idea ni semasa berkunjung ke rumah ibu saudaraku yang kebetulannya memang ada satu unit display cabinet utk toys anak2nya di rumahnya. Tapi kami tak beli  display cabinet yang diperbuat daripada glass kerana takut mudah pecah dan membahaya pada anak2ku. Kami pilih bookcases berpintu kaca.

seronok sangat naik troli barang hehe
best sangat gi Ikea kan. Sumer nampak cantik je hehehe
Almari putih tulah yang Danish punya.
Baru sampai tadi (Selasa, 27 /8/13) jadi belum sempat isi mainan Danish lagi.
Almari ni berpintu kaca
Mama Danish tak sempat lagi nak simpan semua kereta Danish.
Tu yang sikit tu Danish yang simpan sendiri hihi

Sebenarnya ada sedikit rasa sangsi dan tak puas hati semasa pemasangan unit kabinet ni tadi di rumahku. Ini kerana aku dikenakan caj tambahan untuk 'drill' satu lubang pada dinding supaya almari ni 'attached' pada dinding dan tak mudah terbalik. Padahal memang dah ada dalam manual pemasangan yang almari ni perlu di 'attach' pada dinding pada bahagian atasnya. 

Manual Pengguna


Mengapa mesti kena caj tambahan sebanyak rm65  untu tebuk satu lubang di dinding? Atau aku kena kelentong dekat pekerja Ikea yang datang pasang tadi? Sebab segala kos penghantaran dan pemasangan telah dijelaskan di Ikea pada hari kami membeli produk ini.


details yang telah dijelaskan bayarannya di Ikea (ini untuk satu item sahaja):

Billy Olsbo glass (pintu cabinet) = RM80.00
Billy bookcases (almari) = RM125.00
Home delivery charge(penghantaran) =rm75
Assembly charge (pemasangan) = 16.40

tetiba today, masa pemasangan, Mat Bangla tu cakap kena bayar lagi extra rm65. Tak puas hati betul tapi malas nak tanya lebih2 sebab my hubby pun takde kat rumah...i'm alone je huhu. Kan takut diapa2kan pulak. Nauzubillah!


Sekian, wassalam!
Jumpa lagi next entry!

Sunday 25 August 2013

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasanya rata2 teman masih ramai yang 'busy' menganjurkan rumah terbuka serta menghadiri rumah terbuka. Alhamdulillah rezeki disepanjang bulan Syawal ini. Yang tak tahannya ialah menghadapi  kesesakan lalulintas dihujung minggu terutamanya di KL ni.

Cerita hari Sabtu (24 ogos 2013), saya telah menjadi guru pengiring untuk membawa pelajar menyertai Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri 2013 . Ada 4 acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan Saintis muda, Solar Car Race, Solar Boat Race dan Portable Cooking with nature. Saya dan 3 orang lagi guru sains dipertanggungjkawabkan untuk membimbing pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam ke empat2 acara tersebut.

sarapan dulu sebelum pertandingan bermula

peserta Saintis Muda di salah satu station pertandingan
litar untuk perlumbaan Kereta Solar
3 orang pelajar & guru pembimbing Solar Car (dari sekolahku)
antara model kereta yang turut bertanding dalam acara Solar Car Race
antara model kereta yang turut bertanding dalam acara Solar Car Race
antara model kereta yang turut bertanding dalam acara Solar Car Race


portable cooking with nature
antara model boat yang turut bertanding dalam acara Solar Boat Race


Walaupun pasukan sekolah kami gagal membawa pulang hadiah (johan/naib johan atau tempat ke-3), kami semua gembira dan bertuah dapat menyertai semua acara yang dipertandingkan serta dapat mengutip pengalaman berharga. (Persaingan memang sengit kerana 49 buah sekolah mengambil bahagian).

"yang menang, merendah diri,
yang kalah, usaha lagi"

Sekian, wassalam.
Jumpa lagi next entry ya!Tata!

Thursday 22 August 2013

Bila Danish buat biskut cornflakes madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama dah tak bersiaran hehe. Nasib baik tadi okje datang jenguk dan tanya kenapa takde entry baru hehe. Terharu sangat!

Sebenarnya memang banyak cerita nak dikongsi tetapi memang tak berkesempatan nak update blog kerana busy dengan pelbagai tugasan harian. Ditambah pula baru saja mula bekerja setelah 2 minggu bercuti raya .

Minggu ini atas permintaan kids, sempat buat biskut cornflakes madu dan muffin coklat lagi untuk di bawa ke nursery Danish untuk sambutan hari raya di nursery Danish.

Danish yang buat sendiri tau hehe



Selain itu nak tempek juga kat sini kad raya dan sarung duit dari Habib Jewel. Haish...pandai betul depa promosi ye...siap hantar katalog lagi yang tak tahan tu hehe.

kad raya dan sarung duit dari Habib Jewel

susun atur baru bilik anak2 bujangku~ Haikal & Danial

susun atur baru bilik anak2 bujangku~ Haikal & Danial

tadaaa..yang ni gambar gediks...gajet baru di 'kitchen' ku hehe. Jangan mare!

Sekian, wassalam!

Sunday 18 August 2013

Rumah terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Al-kisah...sibuk pula memenuhi undangan rumah terbuka dan majlis akikah kawan2 dan saudara -mara di area KL & Selangor ni. Bagus juga, boleh ziarah-menziarahi dan bertukar-tukar cerita serta bermaaf-maafan apabila peluang masih ada ni.
Hari sabtu (17 ogos 2013), kami sempat beraya di 5 buah rumah. Sebuah rumah lagi memang tak sempat dah nak singgah...maaf sangat Izan ya.

Mula-mula, singgah rumah terbuka sahabat baik sejak di USM (dan kini anak kami bersekolah di sekolah yang sama, malah sekelas hehe). Rumahnya area Wangsa Maju

gambar kenangan dengan one of my bestfriends masa di universiti dulu...Su
Kemudian kami menuju ke Selayang Baru, ke rumah kawan suami yang membuat majlis akikah anaknya. Di Selayang tu juga kami singgah beraya di rumah bapa saudaraku . Raya hari tu tak sempat jumpa dia walaupun dia juga balik kampung...ini kerana time tu aku berada di rumah mertuaku.

ada pulak tangan gi tutup muka mama hihi

gambar candid
Dari Selayang, kami bertolak pula ke rumah sepupuku di Kajang dan rumah terbuka terakhir hari ini ialah rumah adik iparku di Semenyih . Fuh....! Kami keluar beraya dari pukul 10.oopg hingga pukul 9.oo mlm baru sampai ke rumah semula.

me and my cousin...Kak Ta



bestnya naik buaian hehe
Sekian, wassalam.
Jumpa lagi next entry...tata!