Alhamdulillah

Monday 20 October 2014

Mak Arab celup yang vogue!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini nak 'share' sedikit pengalaman manis kami minum petang dengan tema Arabian Style. Majlis 'Hi-tea' ini adalah jamuan akhir tahun untuk semua guru dan staf sokongan sekolahku. Majlis ini berlangsung dengan meriah, ceria dan santai . Lokasi pilihan kami tahun ini ialah Hotel Maya, KL. Majlis bermula pukul 12-4 ptg (Sabtu,18 Okt 2014). Selaku salah seorang AJK Kelab Guru 2014, aku dan kawan2 berada di hotel tersebut seawal pukul 11pg untuk persiapan majlis. Majlis berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran semua guru dan staf yag sangat 'sporting' mengikut tema yang telah ditetapkan. Jom kita sesama cuci mata dengan foto2 di bawah.


Sempat berinai tangan sempena majlis ini. RM10 sebelah tangan. 5 minit sahaja masa diambil untuk melukis inai itu. Lokasi:City One, Masjid India. First time mencuba.

On the way ke Hotel Maya. Make up : Kak Pah, Jemari Studio. (Tak pernah make up, tetiba gatal nak make up ala-ala Arab huhu ok ke?). Charge RM100.
Frienship forever!

me and gothic friends!

me and beutiful Nora!

1 love you all!

me and the boss!

me and sexy lady, Yushie!

saudagar batu permata dari padang pasir!

kronisme!

Me and Wana, neighbour!

Me and the Principal!

Ya Habibi..Ya..Maulana


Best dress winners!

Enjoy the variety and yummylicious food!





Syukran! Dapat Grand Prize cabutan bertuah


Wajah bila orang yang tak pernah make up telah di make up kan








1 Malaysian in Arabian Style!

Lega bila majlis berjalan lancar dan berakhir dengan meninggalkan seribu kenangan manis. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.

Kredit to:

 kedai sewa costume

Centrestage Vision Dynamic

No. 43-1, Tingkat 1, Jalan 46B/26, Taman Seri Rampai, Setapak, 55300, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 53300
Telefon:03-4143 2743

Sekian, wassalam!



Wednesday 8 October 2014

Cikgu Kimia bernujum!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bahang SPM sudah semakin hampir. Tentunya saat ini merupakan saat penuh debaran kepada semua calon SPM 2014, ibu bapa dan tentunya para guru! SPM akan bermula pada 3 November 2014. Lebih kurang sebulan dari sekarang.

Sebagai cikgu, tentunya ingin melihat anak didik masing2 berjaya dengan cemerlang. Saya mengajar subjek Kimia. Subjek ini selalu dikatakan 'killer' subjek. Padahal bagiku subjek ini amat menarik dan senang!

gambar ihsan google

Tahun ini tahun terakhir ada 3 kertas bertulis untuk subjek Kimia SPM. Bermula SPM 2015, hanya ada 2 paper bertulis dan satu lagi adalah ujian amali 'hands-on'.

Paper 1 (50 Marks)
50 Objective Questions 
__________________________ 

Paper 2 ( 100 marks )
Part A (60 Marks) =6 Structure questions
Part B (20 Marks)= 2 Essay questions
Answer only 1 question
Part C (20 Marks) =2 Essay questions
Answer only 1 question
____________________________ 

Paper 3(50 Marks)
Part A (33 Marks) =1 or 2 Structure questions
Part B (17 Marks) =1 Essay question
________________________________ 

TOTAL (Paper 1+2+3)= 200 Marks
^
^
^
^
Untuk Kertas 1, biasanya akan keluar soalan objektif dari semua topik tingkatan 4 (9 bab) dan tingkatan 5 (5 bab).

Untuk kertas 2 pula, antara soalan yang wajib keluar setiap tahun ialah :

Bab 2 : Struktur Atom (T4)
Bab 4 :Jadual Berkala Unsur (T4)
Bab 6: Elektrokimia (T4)
Bab 1 : Kadar Tindak Balas (T5)

... dan untuk tahun 2014 ini, tolong beri perhatian juga kepada beberapa topik yang mungkin keluar kerana belum keluar pada tahun 2011 &2012.

Bab 3:Formula dan persamaan kimia (last keluar  SPM 2012)
Bab 5 : Ikatan Kimia (last keluar SPM 2011)~ikatan ionik dan kovalen
Bab 9 : Bahan Kimia dalam Industri ~aloi / Proses Haber/ Proses Sentuh
(last keluar SPM 2011)
Bab 3: Pengoksidaan & Penurunan (T5)
(last keluar  SPM 2012)
Bab 4 :Termokimia (T5)~(last keluar SPM 2011)
Bab 5 : Bahan Kimia untuk pengguna (T5)~(sabun & detergent/bahan tambah dalam makanan/ ubat)

__________________________ 

Untuk kertas 3, soalan yang selalu keluar ialah dari bab:

Bab 6 :Elektrokimia (T4)
Bab 7 : Asid & Bes (T4)
Bab 1 :Kadar Tindakbalas (T5)
Bab 4 : Termokimia (T5)


*** Apa-apa pun, ini hanya ramalan berdasarkan analisis soalan SPM 2006-2013. Tidak semestinya ramalan ini 100% tepat (nama pun ramalan kan). Boleh dijadikan panduan untuk 'study' di saat-saat akhir ini. All the best untuk semua calon SPM especially untuk subjek Kimia/Chemistry!
You can do it! Doa cikgu sentiasa bersama kalian.
Sekian, wassalam!

gambar ihsan google


Monday 6 October 2014

Mabohai Resort, Pantai Klebang, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih lagi sambungan tentang cerita cuti sekolah. Balik dari JB kami sempat singgah Melaka untuk satu malam (18-19/9/2014). Boleh klik disini untuk baca tentang KSL Hotel, JB dan De Hotel, Ipoh.

Sempat merasa makan Rojak Jawa kat Ayer Hitam on the way dari JB ke Melaka

Disebabkan percutian ke Melaka tidak dirancang awal, kami mengalami kesukaran untuk mendapat bilik hotel. Kebanyakan hotel yang kami inginkan semuanya penuh pada tarikh yang dikehendaki. Jadi kami hanya terjah sahaja area Pantai Klebang tu (memang mencari hotel area situ). Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga satu resort baru. Resort kecil sahaja dan masih ada satu blok lagi masih dalam pembinaan.

Mabohai Resort



Rate bilik untuk satu malam ialah RM140 (Seaview). Bilik kecil dan mempunyai 1 katil double dan 1 katil single. Harga amat berpatutankan.!
Ada juga 'swimming pool kecil' disediakan. Parking kereta depan bilik masing-masing.








Coconut shake Klebang yang sedap!

Coconut shake Klebang yang sedap!
Malamnya kami sempat mencari dobi layan diri untuk mencuci pakaian kotor sebelum pulang ke KL. Balik KL nanti takdelah penat sangat kan. Maklumlah dah berhari-hari travel.

Bubblelab Laundry Arcade, Taman Anika, Melaka

Besar juga dobi layan diri ni. Siap ada playground untuk kanak-kanak dan kerusi urut.

Esoknya sebelum pulang ke Kl sempat cuci mata tengok kebaya nyonya yang cantik dan sangat meriah warna dan coraknya.





Sekian dulu buat kali ini. Till we meet again. Wassalam!











Friday 3 October 2014

KSL Hotel & Resort, JB

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada umat Islam. 

gambar ihsan google

Entry kali ini nak berkongsi cerita tentang  KSL Hotel & Resort di Johor Bahru. Kami sekeluarga telah menginap selama 3 hari 2 malam di hotel bertaraf 5 bintang ini pada 16-18 september 2014 lalu. Memang hotel ni sangat menarik dan of course tarikan utama hotel ini ialah 'Dinosaurs Alive Water Theme Park' yang memang membuatkan kanak2 teruja dengan kehadiran 5 ekor dinosaur yang besar dan boleh menggerakkan ekor dan kepala. 
Menu sarapan pagi juga sangat banyak pilihan dan sedap-sedap! Haishh masih teringat lagi nasi lemaknya yang sedap...nyum nyum nyum.

KSL Hotel & Resort
32, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
07-288 2666
gambar ihsan google

Hotel ini terletak di dalam bangunan yang sama dengan KSL City Shopping Mall.

Bilik superior dengan katil bersaiz king , bilik yang luas serta lengkap dengan segala kemudahan dan bilik air juga dilengkapi dengan bath tub

Ada kaunter jual tiket ke Legoland di lobby hotel ini. Legoland hanya 20 minit dari sini.
Rate untuk bilik Superior katil king ialah :
RM238 per nite (gov rate)
RM278 per nite (corporate rate)














Tak sah bila melancong kalau tak merasa makanan 'glamer' penduduk setempat. Oleh itu kami  sempat merasa salah satu makanan istimewa orang Johor iaitu Kacang pool di sebuah kedai makan di medan selera bersebelahan Balai Bomba Larkin.

Memang sedap sangat!

Makanan ini kalau ikut sejarahnya berasal dari Negara Arab
Sempat juga ajak encik suami teman cuci mata di Johor Premium Outlet (JPO).




To be continued! Wassalam!