Alhamdulillah

Showing posts with label lawatan sambil belajar ke MSU. Show all posts
Showing posts with label lawatan sambil belajar ke MSU. Show all posts

Monday, 8 July 2013

Bilik mayat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah tajuk entry saya kali ini menarik atau seram ?hehe. Jangan takut ya...hari ni nak share tentang lawatan  ke Management & Science University (MSU), Shah Alam.

mula-mula sampai ke MSU
Ceria!


Murid-muridku dibahagikan kepada 3 kumpulan
 Aku dan seorang lagi teman guru membawa 74 orang pelajar aliran sains tulen untuk melawat kampus MSU. Disana kami berpeluang untuk masuk ke bilik bersalin, bilik mayat (mayat2 betul ini digunakan untuk tujuan pembelajaran bakal2 doktor) , dissection hall dll. Tapi sayangnya kami tak boleh nak ambil gambar huhu. 

Lawatan ini memang sangat mengujakan! Dapat melihat sendiri mayat basah yang terendam dalam larutan formalin ( bau formalin mmg sangat kuat dan menyengat hidung). Dapat melihat mayat kering . Ada juga mayat yang belum diproses yng disimpan di dalam freezer (Mayat2 ni dibeli dari India untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran). Dapat lihat organ2 dalam badan manusia yang telah di awet. Dapat melihat patung simulasi (patung wanita bersaiz kita yang dalam proses melahirkan anak!) . 1 patung simulasi ni berharga menyamai sebuah kereta Vios!


sempat snap pic pada screen semasa sesi taklimat
 (semasa masuk dalam dissection hall kami takleh ambil picture real spesimen )


Selain itu kami juga dibawa melawat library.


Kami juga dibawa melawat fakulti lain seperti  course  Diploma / Bachelor in Spa Management and Diploma/ Bachelor in fashion design.

Jacuzzi
 

Spa


kolam renang pun ada

Banyaknya mesin jahit
Galeri menyimpan  hasil kerja pelajar fashion design
Aiyoo..gemuks gedempol teacher dalam picture ni hehe

 Sebelum balik, kami semua dijamu makan tengahari dulu di kafetaria MSU. Memang lawatan yang best dan mengujakan serta menepati objektif. Pelajar2 yang menyertai lawatan hari ini majoritinya pelajar form 5 dan semuanya aliran sains tulen . Ramai yang bercita-cita nak jadi doktor, farmasi, saintis dll.

Terima kasih diucapkan kepada pihk MSU.
Sekian, wassalam!