Alhamdulillah

Showing posts with label 31 disember 2013. Show all posts
Showing posts with label 31 disember 2013. Show all posts

Sunday, 5 January 2014

Bilik hotel kena ketuk dan kelip-kelip

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masih lagi cerita tentang travelog kami . On the way balik dari Teluk Intan ke KL, kami tetiba buat keputusan untuk 'overnight' di Kuala Selangor. Anak2 nak pergi tengok kelip-kelip lagi. Nampaknya malam tahun baru 2014 ni kami sekeluarga akan sambut dengan melihat keindahan kerlipan kelip-kelip di Kampung Belimbing, Kuala Selangor.
Saya pernah tulis ' entry' tentang kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum ini (Feb 2013). Boleh lihat link ini.

Tiket  bot persiaran
Dewasa RM15, Kanak-kanak RM8
Kami datang pukul 8.00 mlm. Tak ramai sangat orang.

Bergambar sebelum naik bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip
Memang puas dapat tengok cahaya kelip2 malam tu kerana banyak sangat kelip2! Orang pun tak ramai so tukang pandu bot kami tu siap buat beberapa pusingan supaya kami semua dapat melihat lebih lama dan dekat. Sayangnya kami tak dibenarkan merakam sebarang gambar dan video huhu.

Ini aktiviti selepas tengok kelip2 hehe

Selepas tengok kelip-kelip, kami pergi cari kedai makan untuk makan malam. Perut pun sudah berkeroncong hehe. Kami singgah di Restoran Puyuh Seafood Corner. Makanannya pun ok.

Ikan masak 3 rasa

Alhamdulillah, kenyang!
Selepas makan malam kami terus pulang ke bilik hotel. Semua dah kepenatan dan mengantuk. Perut pun dah kenyang. Kami hanya bermalam di hotel bajet sahaja~ Malawati Ria Hotel, memandangkan ini plan 'ad hoc' dan tak 'booking' awal mana2 hotel. Ambil 'family room': ada dua katil queen dan room ratenya RM100 per night. Jadilahkan...nak tidur semalaman je. Pepagi esok dah nak balik KL.


My heroes!

Tapi tak disangka2 tidur  kami pada malam tu terganggu dengan ketukan bertubi2 di pintu pada pukul 2.20pagi. Memang terkejut, ingat hotel terbakar ke apa. Sekali bila my hubby buka pintu bilik, rupa-rupanya ada penguatkuasa JAIS sedang buat Ops Tahun Baru 2014! Penguatkuasa tu tak masuk pun bilik kami. Dia hanya tanya my hubby dengan siapa dan my hubby  jawab dengan isteri dan anak2. Dan mereka minta maaf dan terus bergerak ke bilik2 lain. Fuh! Dalam hati cam serik dan tak mo duduk hotel bajet lagi kuikuikui.

Pagi esoknya, sebelum berangkat pulang ke KL, kami sempat bersarapan di sebuah kedai mamak.


On the way balik kami nampak gerai menjual karipap gergasi hehe. Terus berhenti nak tengok besar mana karipapnya hehe. Mak oii, besarnya!

Inilah gerainya. Saya ada nampak dua gerai macam ni di kiri kanan jalan di Kuala Selangor ni

Sebijik RM3.50
 (Ada inti daging dan ada inti ayam)

Ini perbandingan saiz karipap gergasi dan karipap yang biasa kita makan huhu

Sekian dulu coretanku untuk kali ini. Sehingga ketemu lagi. Jangan lupa baca entry travelog kami ke Perak ye. Boleh klik disini.
Wassalam!