Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak kongsi...terrarium pertama milikku hihi. Tadaaa!
![]() |
My terrarium...cantik tak? |
Apa maksud terrarium?
"Terrarium atau vivarium adalah media atau wadah yang terbuat dari kaca atau plastik lutsinar berisi tanaman hidup, yang diperuntukkan bagi pelbagai tujuan, seperti untuk ujikaji, kaedah bercucuk tanam maupun sebagai dekorasi (hiasan dalaman dan landskap luar rumah). Dapat dikatakan bahawa terrarium merupakan biosfera buatan yang paling natural kerana fungsi biologi yang terjadi dalam terarrium pun mirip dengan yang terjadi di alam ini. Terrarium dapat juga dijadikan sebagai mini makmal biologi ."
Saya mula tahu dan terus tertarik hati dengan terrarium bila berkunjung ke Floria Putrajaya 2014 baru-baru ini. Kebetulan di sana terdapat satu booth yang mempamerkan dan menjual ready - made terrarium. Sangat unik, kreatif dan mesra alam . Harganya juga berpatutan dan anda juga sebenarnya boleh membuat terrarium anda sendiri di rumah!
Booth Terrarium Malaysia di Floria 2014 |
Anda boleh berkunjung ke Facebook Terrarium Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang terrarium ini.
Jom kita layan beberapa keping gambar terrariums!
![]() |
gambar diambil dari facebook Terrarium Malaysia |
![]() |
gambar diambil dari facebook Terrarium Malaysia |
![]() |
gambar diambil dari facebook Terrarium Malaysia |
gambar diambil dari Instagram Yuna~Tiny Forest Terrarium by Yuna pun sangat kreatif dan aktif menghasilkan Terrarium! |
![]() |
gambar diambil dari Instagram Yuna~Tiny Forest Terrarium by Yuna pun sangat kreatif dan aktif menghasilkan Terrarium! Ok itu sahaja perkongsian setakat ini. Terrarium dah menjadi satu trend terkini sekarang. Sangat cantik dijadikan sebagai dekorasi di dalam rumah dan pejabat. Selain itu, tumbuhan hijau ini juga menyegarkan mata serta menjadi terapi minda. Senang dijaga dan berupaya membekalkan oksigen kepada kita. Tumbuhan juga bertindak sebagai pembersih udara semulajadi di dalam kediaman. Sesuai juga dijadikan hadiah sempena Aidilfitrikan . Sekian, wassalam! |