Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap semua berada dalam keadaan sejahtera. Nampaknya malam ni baru dapat 'mood' nak kongsi cerita percutian sambil beli belah ke Bandung....(sebenarnya lebih kepada 'shopping') haha.
First time sebenarnya diizinkan suami bercuti ke luar negara bersama teman2! hehe... Once in a blue moon dapat green light. Biasa kalau gi memana mesti dengan famili je hehe.
Kami pergi bertujuh. Trip 4 hari 3 malam ke Bandung dan Jakarta. Kami bertolak pada 29 mei 2012 ke Bandung dan pulang ke Malaysia semula pada 1 Jun 2012.
Airport Bandung...kecik je kan
Hotel Royal Corner ~ kami diami di Bandung (3 hari 2 mlm)
'Corridor' depan bilik kami. Kami sewa 2 bilik.
Mula-mula sampai hotel dah nampak menu pelik ni kat cafe huhu...mula2 tak tau maksudnya...pastu baru tau maksudnya sup ekor haha
Kami sampai awal pagi ke Bandung.. So , dari airport kami terus ke hotel untuk 'check-in' dan selepas tu keluar kembali untuk 'lunch'.
Kami makan tengahari di Restoran Simpang Raya. Nasi padang yang amat sedap...fuhh! Yang penting...halal!
Sempat 'posing' tuh
Ini antara lauk pauk yang dihidangkan
Menu
Destinasi kami seterusnya ialah Pasar Baru. Disini memang syurga beli belah bagi wanita. Semua ada. Pelbagai seleksi kain cotton, lace, tudung, baju pengantin, kain sulam dan kerawang, butik2, kain telekung solat dan lain2. Memang masing-masing 'shopping ' sakan di sini haha. Kami masing2 jinjing beg beli belah kiri kanan.
Selepas itu kami ke destinasi seterusnya iaitu Outlet Rumah Mode. Kami bergerak ke sana sini dengan menaiki van yang kami sewa bersama-sama pemandunya.
Rumah Mode
(ni gambar ihsan dari Google)
Bakso.!..makan lagi...haha...jalan-jalan shopping and makan gitu
Aiyoo...kenapa pelik sangat nama makanan ni ..hehe
Day 2 (Bandung)
Kami pergi lagi Pasar Baru hari ni kerana tak puas lagi 'shopping'.Aci tak gitu? Teruk2!
Borong kain pasang lagi haha
Bergambar depan 'outlet'
Lunch nasi timbel (ada ayam dan ikan masin) @ Heritage Food Market
Lunch nasi timbel (ada ayam dan ikan masin) @ Heritage Food Market
Pas makan kami sambung 'shopping' kat Heritage Factory Outlet di sebelah Heritage Food Market. Semua 'factory outlet' yang kami pergi ini terletak di Jalan Riau.
Heritage Factory Outlet
Memang hampir semua 'factory outlet' di Jalan Riau kami terjah huhu..
Kami juga tak lupa berkunjung ke Kartika Sari (Jalan Dago) untuk membeli Brownies Kukus dan Brownies panggang yang lazat!
Ini contoh Brownies yang ada terjual di outlet yang besar bagi istana itu.
(Gambar ihsan dari Google)
Setelah penat seharian 'explored' dan ' shopping' di 'factory outlet' di Bandung, kami pulang ke hotel dan keluar semula makan malam di restoran berhampiran.
Baso Malang Karapitan
Baso Malang Super Komplit (Memang complicated namanya hehe)
Bandung di waktu malam
Pagi esoknya, kami bersedia untuk berangkat ke Jakarta.
Penat pulak nak habiskan 'entry' ni. Aci tak kita sambung next episode~ Part 2 hehe. Tunggu tau dan jangan lupa baca..Kalau nak tau apa yang i dah ter'shopping ', jangan lupa baca Bandung-Jakarta part 2. Sila klik disini ya.
Sekian, Wassalam.