Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nak tanya, kawan-kawan semua pernah naik 'ulcer' dalam mulut tak? Kalau naik 'ulcer'...anda semua letak ubat apa ya? Tau tak apa punca 'mouth ulcer' tersebut?
Hehe...ni gara-gara sebab ' now' ada 'mouth ulcer' sebijik naik dalam mulutku...huhu sakit....bengkak ' lymph nodes'ku kat leher....
so today dah pergi jumpa 'doctor' dan dapat ubat...so now mari kita sesama 'share' dan 'discuss' punca-punca 'mouth ulcer' ni...
jommmmm...terjah!

gambar ihsan dari wikipedia
Mouth ulcer ni dikenali juga sebagai oral ulcer or mucosal ulcer. Atau nama tak saintifiknya ialah mata ikan atau kudis/luka mulut. Secara amnya ulcer tidak merbahaya dan boleh dirawat. Tetapi sekiranya ia berlarutan melebihi 2 minggu.. please aware... itu mungkin juga simptom untuk oral cancer.
Nauzubillah, mintak jauh la kan...
Banyak faktor yang boleh menyebabkan mouth ulcer ni...kebiasaannya...:
- Kekurangan zat makanan contohnya vitamin c, zat besi, asid folic dan vitamin B12
- jangkitan/infeksi patogen (infectious agent)...banyak...boleh refer contoh2nya di Wikipedia
- stress (jangan stress dan berfikiran negatif...banyak penyakit datang bertandang huhu)
- perubahan hormon
- alahan pada bahan kimia tertentu
- alahan pada ubat-ubatan tertentu
- Radioterapi
- Kimoterapi
- kurang menjaga kebersihan mulut (gigi dan gusi)
- kurang minum air masak
- faktor cuaca
- faktor genetik
Apa yang boleh kita lakukan untuk melegakan rasa sakit ialah, antaranya:
- berkumur dengan cecair antiseptik
- banyakkan minum air masak
- minum air barli (memang berkesan...sila cuba)
- makan makanan lembut
- elakkan makanan pedas, panas dan berminyak
- sentiasa jaga kebersihan mulut
- sapu krim/gel penahan sakit pada ulcer tersebut
- Elakkan meminum jus yang masam
- Pemeriksaan gigi secara berkala (untuk elakkan ulcer)
- bla...bla...bla...
Itu saja untuk kali ini...Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.Jumpa lagi.
Wassalam