Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lamanya tak sempat nak menulis di blog kesayanganku ini...harap masih ada teman2 yang sudi membaca coretan untuk kali ini...sebenarnya banyak cerita nak kongsi ni...hehe...satu-satu ye...
Mula-mula nak 'share' tentang aktiviti kami pada weekend hari tu (sabtu, 15 jun 2013). Seawal pagi kami dah bertolak ke Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru untuk mengikuti ekpedisi jungle trekking ke air terjun Sg Chilling yang dianjurkan oleh opis my hubby.
8.30 pg kami dah sampai ke destinasi...semangat berkobar2 coz ni first time my heroes di bawa menyertai aktiviti jungle trekking hehe |
happy sangat dapat main air sungai untuk julung-julung kalinya |
beratur untuk melintasi jambatan untuk memulakan pengembaraan |
Danish peserta termuda dan paling cilik untuk ekspedisi kali ini hehe |
kami digalakkan memakai sandal bertali |
Yes!! dah sampai air terjun dengan selamatnya...syukur! |
Air terjun Sungai Chiling...cantikkan! Subhanallah. Sejuk sangat airnya...Segar! |
banyak sangat ikan kelah!! |
Danial ...memang enjoy betul dapat sesekali mandi air sungai hehe |
Danish buat istana pasir di gigi air |
Haikal mandi air terjun sampai biru bibir mulut...sejukkk! |
ni menempuh perjalanan pulang ke tapak perkhemahan |
Periuk Kera |
dah sampai...Syukur! |
main masak-masak |
makan time !!hehe ayam masak kicap pun ada tau cuma takde dalam pic ni... memang lazat semua makanan ni |
rajin la pulak little Danish dok sapu daun kering hehe |
sebahagian peserta kembara bergambar sebelum berangkat pulang ke KL |
![]() |
Camera kesayanganku ini ter'selam' 2x dalam sungai (tanpa sebarang pelindung) sewaktu menyeberangi sungai. Syukur sebab masih berfungsi dengan baik seperti sediakala |
Sekian...itu sahaja cerita jungle trekking. Nantikan entry seterusnya tentang bowling tournament pulak ye (ni aktiviti pada hari ahad, 16 jun 2013 pulak). Ish...Ish...ish...padat betul jadual haha
Tata..!