Alhamdulillah

Showing posts with label cendawan goreng celup tepung. Show all posts
Showing posts with label cendawan goreng celup tepung. Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

Telur Bungkus dan Cendawan Goreng Celup tepung

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semuanya berada dalam keadaan sejahtera. Insha allah.

Menu berbuka hari ini simple sahaja iaitu telur bungkus dan cendawan goreng celup tepung (2 menu ni yang saya masak sendiri). 

Kemudian saya ada beli dua jenis lauk lain di kedai makan berhampiran rumahku untuk top-up hehe. (Nak masak semua tak sempat hari ni kerana ada urusan2 lain yang perlu dibereskan).

cendawan goreng celup tepung yang rangup
Dibawah ini di sertakan resepi mudah dan cepat untuk membuat cendawan goreng celup tepung ni. Resepi ini diambil dari blog canteq.blogspot.com.


Bahan2 :
1. Cendawan
2. Telur - 1 biji
3. Perencah maggi kari
4. Tepung jagung

Cara2 Nak Membuatnya :

1. Cendawan kena basuh n toskan kasi betul2 kering (boleh gunakan kitchen towel/tisu utk serap lebihan air kat mushroom ni)
2.Pecahkan telur then masukkan perencah maggi ke dalamnya. Pukul hingga kembang
3. Celupkan mushroom ke dalam telur
4. Keluarkan dari telur tu, golek2 kan pulak mushroom ni kat atas tepung jagung
5. Masukkan ke dalam minyak panas
6. Goreng hingga kekuningan
7. Angkat dan toskan




Alhamdulillah...semua licin! Tiada pembaziran berlaku.

Jom perbanyakkan mengaji Quran dan memahami tafsir Quran
(gambar ihsan google)

Sekian, wassalam.