Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni i dapat merasa jadi ' Puan Besar ' jap kat umah ni (2 jam ja) haha. Untuk sesiapa yang ada pembantu rumah, mungkin dah biasa lalui saat ni ...ceh...kelakar lak!! Bukan apa, hari ini, i berpeluang untuk upah ' part time cleaners' . Minggu lepas memang dah cuba cari 'part time cleaners' ni kat internet and taaadda...akhirnya dapat juga. So, selepas buat temujanji, 2 orang 'cleaners' (orang Filipina) dihantar ke pintu rumah ku hari ini. Tepat pukul 2 ptg mereka sudah terpacak di hadapan pintu rumah ku bersama-sama dengan alatan pembersihan, 'vacuum cleaner' dll. Mengikut perjanjian, masa yang diberi ialah 2 jam untuk 2 orang ' cleaners' dan 'charge' yang dikenakan ialah RM80.
Antara tugas yang boleh dilakukan oleh 'Part time cleaners' ni ialah membersihkan tandas dan bilik mandi, 'vacuum', mop lantai, bersihkan kipas dan lampu serta sawang2 di ' ceilling', dan mengelap tingkap serta ' sliding door'.
Apa-apapun , masih ada juga rasa tak puas hati kerana macam mereka tidak betul- betul cekap dan buat kerja sambil lewa sahaja (ada banyak benda yang mereka abaikan dan tak buat). Kalau buat kerja camni je, kita sendiri mampu buat lagi baik daripada mereka. Tapi bila memikirkan mereka mungkin penat kerana jadual kerja yang padat, hatiku tenang kembali. Yalah, mereka pun manusia biasa seperti kita yang kenal erti penat, bezanya?? mungkin tenaga mereka dikerah sepenuhnya untuk keuntungan syarikat tempat mereka bekerja.
So, ini pengalamanku mengupah 'part time maid'. Lagi best buat sendiri kerja2 rumah (walaupun penat, janji puas hati). Cuma mungkin sekali - sekala boleh cuba amik ' part time cleaners'.
Itu sahaja, wassalam!
taknak jadi macam ni..hehe
tapi nak jadi camni...
untuk suami tercinta...hihi...romantik tak?1!
me and my hubby! chewwah