Alhamdulillah

Showing posts with label Banting. Show all posts
Showing posts with label Banting. Show all posts

Tuesday, 4 February 2014

Rumah Api Bukit Jugra & Kerepek Banting

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini sambungan  'entry' cerita kami di Pantai Morib. Kali ni nak bercerita tentang Rumah Api Bukit Jugra dan Kerepek Banting.

Bukit Jugra ni terkenal dengan rumah api, aktiviti paragliding dan sebagai balai cerap

Berlatar belakangkan rumah api



Sayangnya masa kami berkunjung ke sini, tiada aktiviti paragliding. Huhu melepas peluang nak tengok dengan mata sendiri. Maybe next time kami akan datang lagi.

Paragliding~gambar ihsan google
Paragliding~gambar ihsan google

Pemandangan dari atas Bukit Jugra

Rumah Api Bukit Jugra

Ada juga tangan2 yang gatal vandalisme pada mercu tanda Bukit Jugra ni. Penuh tulisan.

Datang Banting memang tak sah kalau tak singgah beli kerepek Banting.


Macam2 jenis kerepek ada kat sini

Kami pun sempat juga beli beberapa jenis kerepek untuk dibawa pulang.

Selamat datang ke Banting, Selangor
Sekian dulu untuk kali ini. Wassalam!

Sunday, 2 February 2014

Pantai Morib...kami datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga semua teman2 masih mengingati diri ini. Lama betul tak sempat bersiaran hehe.

Kali ini nak 'share' sedikit tentang Pantai Morib yang terletak di Banting, Selangor. (Kami sempat datang ke sini pada 31 jan-1 feb 2014).

Mercu tanda Pantai Morib

 
main layang-layang






Kami menginap di Hotel Impian Morib. Memang kami pergi 'gamble' ja tak 'booking' hotel dulu pun. Nasib baik masih ada bilik kosong. Alhamdulillah!
Hanya ada bilik Superior sahaja yang masih kosong. Room rate per nite per room ialah RM220 (with breakfast for 2 person). 1 katil queen dan 1 katil single sahaja. 

Hotel Impian Morib.
Terletak di tepi Pantai Morib dan bersebelahan dengan padang golf
Lobi hotel


Bilik kami
Cantik...! Pemandangan dari tingkap bilik kami..walaupun kolam renang ni tak sebesar 'water theme park' dekat Gold Coast Morib Resort...anak-anakku  tetap riang dan ceria!
memang suka sangat berendam dan main air!

Danish bersantai gitu!



Malam pula kami mencari ikan bakar untuk 'dinner'. Kami singgah di Restoran Juvita Seafood yang terletak di Jalan Kenanga, Kanchong Darat. Dekat sahaja dengan lokasi hotel kami.


Restoran ini katanya pernah masuk dalam rancangan tv Jalan-jalan cari makan (JJCM)~The best ikan bakar in Banting gitu.

Ikan cencaru bakar

Lauk-pauk lain pun semua ok..not bad!
Otak-otak pun ada

****************************** 
Pagi esoknya kami sarapan di hotel sahaja.

Temasya Restaurant ( Restaurant hotel )


Rate for breakfast, lunch and dinner

Kopi panas yang masih berasap!






Secara keseluruhannya tak banyak pilihan makanan disediakan  untuk sarapan di hotel ini dan rasa makanan juga biasa2 sahaja.

Jangan lupa baca sambungan kisah kami di Morib ni dalam 'entry' akan datang ye.
Sekian, wassalam!