Alhamdulillah

Showing posts with label kota bharu. Show all posts
Showing posts with label kota bharu. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

Poksu Singapore Cafe & Cincin Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, telah selamat tiba ke kampung halaman tercinta untuk cuti-cuti Malaysia hihi. Yelah , time cuti sekolah ginilah baru berpeluang nak balik kampungkan.Balik kampung walaupun sekejap, tetap rasa sangat gembira. Layan gambar kami dinner malam pertama di kampung tercinta, Kota Bharu, Kelantan. Macam-macam ada.



Kerabu mangga, sotong celup tepung, ayam goreng kunyit, Chap Chai, Ikan 3 rasa dan telur dadar. Semua memang sedap menjilat jari.




Slice fish soup yang sangat sedap. RM13.90 semangkuk. Saiz M
 
Butter prawn RM29.90


Sesiapa yang berada di Kota Bharu, Kelantan boleh datang cuba makan di Restoran Poksu Singapore Cafe ini.
Address Cafe ini

Poksu Singapore Cafe
PT 1087, Tingkat Bawah, Jalan Long Yunus, 15200
Kota Bharu, Kelantan. 

014- 8448123

Dibuka bermula pukul 12 tgh - 12 tgh malam
(setiap hari)

^
^
^
^
^
^
Satu lagi cerita best yang berlaku pada diriku ialah hihi ..i dapat hadiah dari parents (hihi besar panjang pun masih ma & abah bagi hadiah ye hehe..tq ma abah!)


Sebentuk cincin emas
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Antara aktiviti biasa bila dah balik kampung ialah ke Pasar Siti Khadijah hihi. Kali ini kebetulan ada kawan kirim baju kaftan/ baju kelawar.

Disamping itu sempat juga singgah ke Butik Arra Kaftan yang terletak bersebelahan dengan Poksu Singapore Cafe. 
Saya pernah beli dress online dengan butik ni. So, alang2 dah balik kampung terus singgah cuci mata di butiknya pula.



Pada malam harinya, kami sempat berkunjung ke Zon Komersil Wakaf Che Yeh.



p/s: Suka sangat door gift ni. I dapat semasa kenduri kahwin. Sangat berharga dan bermanfaat kan berbanding hanya dapat gula2 sahaja. Ini pendapat sayalah. Jangan marah! hihi.

Surah Yaasin (hardcover & portable) dan tasbih yang cantik!

Ok ..itu sahaja cerita untuk entry kali ini. Esok nak bertolak pulang ke kampung suami pula di Terengganu. 
Sekian, wassalam!

Tuesday, 10 December 2013

Pantai Cahaya Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah dengar tentang Pantai Cahaya Bulan (PCB)? Terletak di Kota Bharu, Kelantan. Dulu nama asal pantai ni ialah Pantai Cinta Berahi tetapi telah diubah kepada nama yang lebih indah gitu.

Semalam kami sempat singgah sekejap di pantai ni. Pantai ni dah jauh berubah disebabkan faktor hakisan . Kalau masa saya kecil2 dulu...pantai ni cukup indah dengan pasir putih melepak, saujana mata memandang dan pokok nyiur melambai.

main pasir jelah..nak main air laut tak boleh...ombak besar musim tengkujuh

Uncle n nephew

Tokbah dan cucu tersayang


Banyak batu besar diletakkan untuk mengelakkan hakisan pantai





membasahkan tekak dengan air kelapa

'colek' campur hehe

Sekian, wassalam.

Monday, 9 December 2013

Anak-anak....Hari ini kita belajar sejarah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni kita sama2 belajar Sejarah Negeri Kelantan ye hehe. Alkisahnya...hari ini i bawa anak2 melawat Muzium2 bersejarah yang terdapat di  Kota Bharu, Kelantan. Biar anak2ku yang lahir dan membesar di KL tu kenal juga sejarah negeri tempat kelahiran ibunya ini.

Selepas sarapan nasi berlauk yang sedap..kami menuju ke lokasi pertama iaitu  
Istana Jahar :Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. 




Contoh pakaian pengantin & persandingan diraja zaman dulu


Adat istiadat berkhatan diraja zaman dulu



Perahu Petalawati Seri Kayangan

Pemandangan dari Anjung Istana Jahar

Pemandangan dari Anjung Istana Jahar

darling-butterfly-blinkie 


Lokasi kedua:
Istana Batu : Muzium Diraja 


Tempat santapan diraja

Bilik Biru
Bilik kuning
tv diraja zaman dulu-dulu


Galeri barang perhiasan diraja





Lokasi ketiga:
Menara Tambatan Diraja


Sungai Kelantan
Sungai Kelantan

Kami hanya naik sampai tingkat empat sahaja hehe.. Penat juga naik tangga plus gayat pulak hehe

Pemandangan dari atas menara (tingkat 4)

Little Danish with uncle

Lokasi ke-4:
Memorial Perang (Bank Kerapu)






Radio zaman dolu-dolu
Tiket yang dikenakan untuk masuk ke semua lokasi di atas amat berbaloi dan boleh dikategorikan murah.

Sampai sini dulu kelas sejarah kita ye. Jumpa lagi next entry. Terima kasih coz sudi tengok banyak sangat foto ni hehe.
Sekian, wassalam!