Alhamdulillah

Showing posts with label Sugar Glider. Show all posts
Showing posts with label Sugar Glider. Show all posts

Sunday, 21 April 2013

Sugar daddy ..ops....Sugar Glider!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini bumi KL disimbah titisan hujan yang lebat...Tenang melihat titisan jernih air hujan jatuh menyimbah bumi. Pokok-pokok hijau kelihatan segar dibasahi air dari langit itu.

Hari ni beberapa kali buka blog tapi kehilangan idea untuk menulis hehe. Tadi 'try' cari 'outdoor photographer' tapi hasilnya masih zero. Hmmm...Teman-teman yang ada kenal 'outdoor photographer' yang tak 'busy' sepanjang Mei ni, share ya.!hehe

Terlupa nak kongsi tentang 'Sugar Glider'. Baru-baru ni masa kat 'shopping mall', kebetulan ada satu 'booth' menjual 'Sugar Glider' (tupai terbang). Tetiba haiwan kecil yang comel itu menarik perhatian ketiga-tiga orang anak terunaku. Hmmmm..cari pasal ni hehe. Especially si Danial (putera keduaku), memang beriya-iya nak memilikinya...Mama tengok macam geli walaupun comel. Nampak macam 'hamster' je.

Sugar Glider :
"The sugar glider ( Petaurus breviceps ) is a small, omnivorous, arboreal gliding possum belonging to the marsupial infraclass."


 Inilah rupanya  Sugar Glider tersebut

Seekor RM199...mahalnya!

ni gambar ihsan Google


'My hubby' cakap kat 'our kids', jika nak beli 'Sugar Glider 'ni boleh, tapi tunggu 'our kids' besar sikit dan pandai jaga sendiri 'pet'. Sebab 'Sugar Glider' ni perlu dimandikan ,di potong kuku dan memerlukan penjagaan rapi.
 Mama geli...jangan suruh mama mandikan Sugar Glider ni dah hehe.
So...abih cerita Sugar Glider' hehe.



p/s: tak sabar nak tunggu kedatangan bulan Mei...kerana bulan Mei banyak tarikh2 penting yang best hehe...tungguu!!!

oppsss...lupa nak kongsi, tadi terima berita baik daripada adik dan adik iparku yang mereka bakal menimang cahaya mata pertama!...Congrates ,dear! We love u...take care!

Sekian, Wassalam!